Saturday 11 March 2017

SYARAT TUBUH EPISOD 3

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dapat menitipkan kata lagi pada kali ini. Pokcik sambung kisah sebelum ini. Apabila selesai sahaja ruang antara dapur dengan ruang tamu tu pokcik melihat kepada sahabat pokcik. Dia menguap lagi. Pokcik tahu ada lagi yang belum selesai. Kali ni pokcik pergi ke dapur pula. Pokcik terlihat sebuah bilik. Dari jauh pokcik tanya bilik siapa, rupanya itu bilik tuan rumah.

Pokcik dapat rasakan satu tenaga yang kuat dari dalam bilik itu. Tanpa membuang masa pokcik terus mengambil entiti itu. Alhamdulillah selesai semua kerja pembersihan di rumah itu. Sesampai di ruang tamu tuan rumah mula menceritakan perihal bilik tidur mereka. Macam-macam cara depa diganggu. Tak paa laa pokcik tak mau cerita bab itu satgi panjang lagi cerita ni. Mau sampai 10 episode baru habis. Kakakkakakkakakaka.

Selesai sahaja pembersihan di rumah itu barulah pokcik mengadap isteri tuan rumah. Dia mengesot datang ke tengah ruang tamu. Kelihatan dia menahan kesakitan yang amat sangat. Dia mula bersuara menceritakan perihal dirinya. Ke mana dia pergi untuk berubat dan sebagainya. Ketika ini keluar cerita bahawa dia sanggup berjumpa bomoh orang asli dan ke wat siam untuk ikhtiarkan sakitnya itu. Pokcik beristighfar berkali-kali.

Tak paa laa pokcik kata, apa yang dah berlaku tetap tak dapat diubah. Pokcik mula mendekatinya dan memulakan langkah. Sahabat pokcik mula sendawa sekali lagi. Hihihi boleh tahan jugak jin ni pokcik cakap dalam hati. Entah jin mana-mana dia angkut sepanjang berubat tu. Ikut suka saja piii ikut orang cakap. Mau kaa tak ada macam-macam dalam tubuh.

Kawan pokcik masih sendawa. Pokcik abaikan dan tumpukan pada si sakit. Katanya sakit di belakang dan kaki seingat pokcik. Pokcik terus tumpukan pada bahagian itu. Lebih kurang dua puluh minit Alhamdulillah selesai kerja pembersihan. Lebih kurang MPK jugak laa. Selesai sahaja dengan izin Allah belakangnya yang berat kini dah ringan katanya. Kakinya juga sudah kurang sakitnya dan sudah boleh bangun.

Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.semua pada malam itu. Si sakit juga semakin ceria dan mula berbual-bual dengan kami. Malam tu kami.disajikan dengan bubur lambuk. Alamak pokcik tak makan sangat. Bukan apa, pokcik banyak memelihara kucing. Pokcik teringat sesuatu kalau nak telan. Adessss. Sahabat pokcik makan dengan berselera sangat. Dia suka sangat bubur lambuk.
Sambil makan tu sempat lagi dia cakap tadi mengantuk gila. Menguap sampai sakit keng. Ni ok dah. Tu yang laju jaa suap. Hihihi....
Image may contain: one or more people, eyeglasses and closeup
Pokcik tengok sahabat pokcik dah tambah dua kali. Suka pokcik tengok dia makan. Tiba-tiba, anak si sakit bersuara. Katanya ada sesuatu yang dia nak bagitau. Tapinya belum sampai masanya lagi. Mungkin dia segan nak bagitau kerana ramai berada di situ ketika itu. Apa pulak kali ni. Sahabat pokcik meneruskan suapan. Pokcik dok memikirkan apa pulak nak maiii kali ni.. Apa agaknya yaa?