Friday 10 March 2017

Amalan Diri Episod 2

Image result for assalamualaikum image
Pokcik akan sambung kisah sebelum ini. Katanya dunia ini menakutkan. Memang pada awalnya pokcik tidak memahami maksudnya itu. Namun begitu, bagi pokcik cerita tidak penting. Walau apa pun sakitnya kita perlu menaruh keyakinan bahawa hanya Allah yang mampu menyembuhkannya. Seperti yang dijanjikan, pokcik meminta gambarnya untuk tengok lebih kurang apa yang ada padanya. Ketika itu sudah pukul 6.00 lebih. Terkejut juga pokcik hanya apabila dia hanya menghantar gambar kakinya. Adesssss. Tak lepas nak scan. Bukan setakat mohong-mohong, tak bohong pun pening kepala. Kecuali hamba Allah ni berada di hadapan kita. Itu lain.

Pokcik pun bagitau, hantarlah gambar nampak semua. Kalau segan dan tak mahu menunjukkan muka dan pokcik kenal, hantarlah gambar dari tepi. Janji berlunjur mengadap kiblat. Adesssss kali ni dihantar pula gambar tanpa kepala. Setakat dada sahaja. Hahahahaha. Parah betul kali ni. Pokcik pun teruskan juga walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu. Pokcik tak dapat gambaran keseluruhan hamba Allah ini tapi pokcik beristighfar bagi menenangkan fikiran. Kalau tak, syaitan dah menang dalam hasutannya. Kini baru pokcik tahu sebab apa dia kata dunia ini menakutkan. Rupanya dia hilang kepercayaan kepada orang lain. Mungkin juga dia takut pokcik hantar hantu padanya. Apa pun pokcik beranggapan dia mungkin berhati-hati. Entahlah.. Hanya Allah yang tahu apa yang berada dalam hatinya.

Setelah beristighfar agak lama pokcik meminta dia beristighfar juga dan memohon agar Allah menyembuhkannya. Pokcik memulakan langkah. Pokcik cuba membawa diri kepadanya. Proses diteruskan lagi. Pokcik memohon kepada Allah agar membakar semua yang ada dalam dirinya. Setelah itu, pokcik ikhtiar mengeluarkan debu-debu jin di dalam dirinya.
Alhamdulillah selesai juga walaupun dalam keadaan yang tidak sempurna. Setelah itu pokcik mesej hamba Allah ini dan meminta dia memberitahu keadaan dirinya. Katanya dia panas. Namun begitu dia terasa ada gelombang bergerak di bawah perutnya. Mungkin itulah gelombang yang membakar apa yang ada dalam perutnya itu kerana katanya di situlah dia bermasalah.

Namun begitu, pokcik tak mahu juga keadaan itu berterusan. Macam api memakan papan pulak gayanya. Kasihan juga dia jika keadaan itu berterusan. Dalam pada itu sempat lagi pokcik membebel. Hahahhahahhahaha. Dia nak hantar semula gambarnya tetapi pokcik tidak mahu kerana masa sudah menjangkau pukul 7 malam dan pokcik juga mesti bersedia untuk solat maghrib.
Pokcik ikhtiar pula untuk menghentikan gerakan atau gelombang itu. Alhamdulillah dia kini sudah tidak berasa gelombang di bahagian perutnya itu. Kini dia hanya merasa kepanasan pada bahagian belakang dan perutnya itu. Alhamdulillah selesai buat masa itu. Dalam berasa hati dan agak tersinggung pokcik gagahkan juga. Namun usaha dengan adanya sedikit perasaan sebegitu mengganggu juga konsentrasi pokcik.

Bahaya juga rupanya perasaan sebegitu. Apa pun alhamdulillah juga setakat itu usaha dan keikhlasan pokcik maka begitu juga yang diberikan oleh Allah. Ada kelompongan dalam usaha pada kali ini. Yaa laa hati bercampur baur. Dah tentu hasilnya begitu juga. Allahu akbar. Sedetik dan sedetak niat dihatiku Allah mengetahui. Maha suci Allah. Pokcik pun memintanya agar berehat dan minum banyak air untuk memulihkan keadaannya.
Keesokan paginya..........