Friday 24 March 2017

MINAT SUNGGUH BELA HANTU RAYA

Image result for assalamualaikum image

Dok saja-saja maiii nak kongsikan pasaiii hantu raya. Raya maksudnya besar kot no. Sebab tu toyol tak boleh jadi raya sebab kecik. Hihi. Dalam dok cerita bab raya ni kita biasa dok dengar orang lelaki yang bela. Hantu raya ni bagoihhh. Ngan bini tuan pun dia bela. Siap belai sekali. Pakej laa tu. Dalam lagu tu pun ramai lagi dok bela. Tak tau laa apa sebab. Kalau dah keturun tak boleh salahkan depa laa kot noo. Nak buat lagu mana. Bukan kehendak depa.

Dulu masa sahabat dok di kampung, dia dok rajin laa tengok orang tua sebelah rumahnya tu. Tapi dok intai laa dari celah dinding rumahnya. Orang sebelah rumah dia tu tua dah. Perempuan laa pokcik dok cerita ni. Masa orang ada dan nampak dia bukan main tak larat nak jalan. Bertongkat lagi jalannya. Kalau kawan pokcik dok intai laju jaa dia jalan. Entah dia entah belaan dia yang kawan pokcik dok tengok tu.

Ada satu hari, jirannya tu piii laa ke rumah anak dia di KL kalau tak salah pokcik. Haih pagi-pagi elok saja dia berkemban kat corridor rumahnya. Mau tak seram kawan tu dok berjiran dengan pembela hantu. Tapinya nak lari ke mana. Takkan nak usung rumah tu piii kat tempat lain. Kakakkakakakakkaa.

Dalam dok tengok jiran sebelah rumahnya yang bela hantu raya, sahabat ni tak perasan mak mertuanya pun bela juga. Adessss. Pengakuan mak mertuanya sendiri bahawa dia membela tiga ekor hantu raya. Hihihi patutlah dulu dia kata selalu nampak berok dok main kat belakang rumahnya. Manja pulak tu. Siap boleh bukit kepala suruh depa tolong cari kutu. Hihihi yang ni jangan percaya. Pokcik mohong saja.

Alkisah pada suatu malam dia menghubungi pokcik. Katanya pernah dia nak piii ke dapur untuk minum air. Tiba-tiba dia disekat oleh lembaga mak mertuanya. Kalau kecil tak paa laa. Sama tinggi dengan syiling. Tudia aih. Macam king kong laa sebab besar sangat. Penuh jalan nak ke dapur dengan lembaga tu saja.

Mula-mula dia merahsiakan perkara ni daripada orang rumahnya. Yaa laa bimbang bini takut. Sapa tak sayang bini oooiiii. Entah macam mana pada suatu hari bini dia pulak terserempak. Nak kata apa dah. Nak sorok pun tak guna dah. Jadi dia pun ambik keputusan bagitau pokcik. Pokcik laa pokcik ni sebab dia mintak pokcik maiii ke rumahnya.

Senyap laa kes hantu raya tu. Aih tiba-tiba ada yang lain pulak. Katanya ada orang kampungnya maiii ke rumahnya walaupun dia dah berpindah. Maiii cari jugak tu. Kalau maiii saja-saja nak menziarahi ok lagi. Ni maiii letak benda pulak. Katanya depa laa ni selalu nampak kelibat ular pulak. Macam-macam. Orang kalau dah busuk hati kot mana pun depa akan cari pasaiii juga. Dah perangai lagu tu noo. Payah dah nak ubah.

Dia bagitau pulak pokcik pasaiii ular ni. Pokcik pun tak dak masa lagi nak piii menziarahi depa. Sibuk sangat katanya pokcik laa ni. Lagi pun ular tu tak mengganggu sangat sampai depa sekeluarga sakit. Maksudnya sampai laa ni depa masih dapat bertahan. Pokcik tunggu free sikit dan akan piii rumah hamba Allah ni. Pii berjalan saja. Tak kan laa nak hantar puaka pulak kat hamba Allah ni. Hihi

Baiklah sampai di sini saja perkongsian pada kali ni. Santai-santai saja laa noo. Orang lelaki bela hantu raya suruh jaga kebun dan jaga rumah serta orang rumah. Depa juga sering disuruh buat kerja berat. Yang perempuan pulak pokcik tak tahu laa apa tujuan depa bela. Suruh jadi body guard kot noo. Hihihi. Sampai jumpa lagi. Maaf andai ada terlebih bicara dan kurang manis tutur katanya. Maaf sekali lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.