Friday, 10 March 2017

Amalan Diri Episod 3

Image result for assalamualaikum image


Kini pokcik akan menyambung kembali kisah sebelum ini. Keesokan paginya pokcik mendapat mesej daripada hamba Allah ini. Katanya dia tidak boleh dan selesa ketika hendak tidur. Katanya ketika hendak tidur dia terasa berdenyut, perit, pedih dan sebagainya. Setakat mana keikhlasan kita setakat itu saja yang Allah beri.. Hihihihi.

Pokcik mula memikirkan kepincangan ketika melakukan ikhtiar semalam. Kebiasaannya dengan izin Allah setakat ni kebanyakannya hanya pokcik ikhtiarkan sekali sahaja. Alhamdulillah. Ada juga yang pokcik ikhtiarkan selama tiga hari berturut-turut bagi kes yang amat berat dan kritikal seperti masalah lumpuh haritu, gila, kaki gajah dan kaki membusuk kerana uratnya putus. Kesemua kes itu pun pokcik usahakan dari jauh. Alhamdulillah.

Apa pun alhamdulillah kesembuhan Allah berikan kepada mereka. Bagi pokcik kes ini melibatkan kepincangan dan kelompongan hati ketika usahakannya kerana ketika itu hati pokcik juga berbolak balik. Menurutnya lagi dia juga bermimpi pada malam itu. Dalam mimpnya itu, dia dikatakan duduk di atas rumah. Dia boleh nampak ada ular di bawah rumah. Ular itu mengacau orang di situ.

Tiba-tiba ada seseorang mengambil ular itu lalu diletakkan di hadapan pintu rumahnya. Ketika itu dia cepat-cepat menutup pintu rumahnya tetapi ular itu masih berjaya meloloskan diri dan masuk juga ke dalam rumahnya. Dia mengambil penyapu lidi lalu menghalau ular itu. Ular itu kemudiannya hilang entah ke mana.

Oleh sebab dia bermimpi sedemikian maka pokcik tahu ada lagi yang tak selesai. Pokcik berjanji akan menghubunginya petang itu. Setelah itu pokcik berfikir untuk mendapatkan gambaran tentang maksud mimpinya itu namun pokcik tidak dapat menangkap apa erti yang tersirat daripada mimpinya itu.


Nampaknya seperti permainan sihir sahaja. Namun begitu kehadiran ular menandakan kehadiran jin atau gangguan. Tidak semestinya kehadiran jin menandakan kehadiran sihir. Jin ikut suka sahaja nak datang dan mengganggu kedamaian manusia. Kalau jin yang taat kepada perintah Allah, mereka tidak akan mengambil tahu urusan manusia ni. Sibuk depa beribadah kepada Allah. Tak ada masa depa nak mencampuri urusan manusia.

Apapun seperti dijanjikan, pada petang itu pokcik menghubunginya lagi. Kali ini pokcik minta dia menghantar gambar sekali lagi bagi pokcik mendapat gambaran yang lebih jelas apa sebenarnya yang berlaku kepadanya. Akhirnya dia menghantar gambar yang membolehkan boleh melihat dengan lebih jelas masalahnya. Ketika inilah pokcik mula faham dengan maksud mimpinya itu. Alhamdulillah, pokcik mula mendapat kefahaman.
Apa sebenarnya maksud mimpinya itu?