Alhamdulillah dipertemukan lagi buat sekian kalinya. Pokcik akan sambung kisah sebelum ini. Apabila mengetahui tentang amalannya itu maka pokcik bercadang untuk bertanya dengan lebih lanjut kenapa dia mengambil amalan itu. Namun begitu dia bercerita perihal sakitnya dahulu. Katanya dia sukar untuk bersolat kerana ada gangguan. Jangan kata bersolat, ketika mengambil wudhuk pun dia bermasalah. Dia akan mengambil wudhuk beberapa kali. Ada yang pokcik dengar mempunyai masalah yang hampir sama dengannya. Masalahnya ialah was-was. Ketika berubat dan berikhtiar dengan perawat wanita itulah dia diberikan amalan ini.
Namun begitu, yang bagusnya dia tak ingin menyalahkan perawat wanita itu atas apa yang berlaku. Katanya niatnya hanya untuk sembuh. Pokcik juga baru mendapat tahu dia juga ada mengamalkan satu kitab. Dia dan ibunya menggunakan kitab ini untuk dijadikan amalan apabila tiba bulan-bulan tertentu seperti bulan Rejab. Pokcik ditunjukkan kitab amalan tersebut. Sekali lagi pokcik menasihatinya agar berguru supaya tidak diambil kesempatan oleh jin dan syaitan. Dia benar-benar insaf dan tak akan mengulanginya lagi. Setelah semuanya jelas maka pokcik mula berusaha untuk membersihkan kesan amalannya itu.
Katanya dia berasa panas di seluruh anggota tubuh. Memang itulah yang berlaku apabila terdapat banyak sangat jin di dalam tubuh. Kasihan pun ada namun dalam kes ini mungkin dia tidak sedar akibatnya melakukan amalan tanpa berguru dan melakukan amalan tanpa ijazah dan sanad yang betul. Setelah selesai semuanya pokcik meminta dia berehat seperti biasa. Pokcik sekali lagi memintanya agar tidak lagi melakukan perbuatan seperti itu kerana kesannya amatlah teruk.
Kesempatan itu digunakan oleh jin untuk masuk ke dalam dirinya. Amalan sebegitu juga menidakkan sebarang kefahaman. Apa sahaja yang ada dalam buku itu tidak dapat diimplentasikan dengan tepat. Kita hanya membaca bukannya menafsir apa sahaja kandungan yang terdapat dalam buku atau amalan itu. Kesempatan inilah digunakan sebaik mungkin oleh syaitan. Sebab itu pokcik tanya, kalau tiada beguru, siapa yang menjadi gurunya? Jawapannya ialah syaitan. Wallahua'lam.
Setelah selesai semua itu, keadaannya semakin baik dari sehari ke.sehari. Dia saperti tidak percaya dengan perubahan mendadak dirinya. Katanya.dia dah berbelas tahun sakit, seolah-olah tidak percaya dengan kebesaran Allah, sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu berlaku pasti ia berlaku tanpa syarat. Maha Suci Allah. Tuhan sekelian Alam.
Moga kita semua peroleh manfaat daripada perkongsian pokcik ini. Maaf andai ada sebarang kata-kata dan ungkapan pokcik yang tidak manis dan enak pada pendengaran sahabat semua. Moga berjumpa lagi. Pesan pokcik sebelum menutup cerita ini, belajarlah dan bergurulah tetapi pilihlah guru yang tepat. Pilihlah amalan yang mendekatkan diri kepada Allah dana bukannya belajar kerana inginkan kehebatan dan kemasyhuran. Wallahua'lam. Salam hormat.