Sunday 12 March 2017

SAKIT LUTUT

Image result for assalamualaikum image

Apa khabar semua sahabat yang pokcik kasihi? Harap semua sihat laa noo. Tak sihat, cepat-cepat makan ubat jangan sampai melarat. Sakit yang datang kita anggap sebagai ujian, kifarah serta penghapus dosa-dosa kecil. Kalau kita sengaja cari sakit tu menempah diri cari penyakit namanya. Hihihihi.

Malam pun masih muda jadi sempatlah pokcik menaip sepatah kata. Haih kisah petang tadi sahaja bukannya lama sangat. Tadi pokcik memenuhi jemputan makan di rumah salah seorang bapa saudara orang rumah di Sungai Soi Kuantan. Pokcik gerak pun lewat dah walaupun jemputan makan selepas waktu Asar.

Apapun pokcik sampai juga ke sana lebih kurang pukul 6.15 petang. Makan nasi dagang petang tadi. Banyak jugaklah makanan lain seperti rendang dan sebagainya. Untunglah depa jemput orang tua macam pokcik ni, makan tak banyak. Kakakkakakkaka. Sempatlah orang belakang nak merasa kot noo.

Sesampainya pokcik di sana, sempat laa balut rokok daun sebatang. Balut saja laa sebabnya tak sempat cucuh api orang rumah dah bawak nasi dagang bagi kat pokcik. Laju je pak menakan orang rumah tolong hisap bagi pihak pokcik. Hihihi. Sambil hisap sambil dok puji kesedapan tembakau pokcik. Amboiii kerling sajalah pokcik. Mulut kunyah mata jeling rokok daun. Adessss...

Tengah sedap makan tiba-tiba mak sedara orang rumah maiii berdiri depan pokcik. Ada laa tu gamaknya. Dia kata kali ni dia sungguh-sungguh nak mintak pokcik usahakan dia. Haih dulu kat rumah ni jugak pokcik usahakan salah seorang pak menakan orang rumah. Saka pendekar pokcik jumpa. Hihihihi.. Tak paa laa, tu cerita sebelum ini.

Mak menakan dok mengadu perihal tapak kaki dan tumit kakinya yang sakit. Nak berdiri tegak lama pun tak boleh. Nak berjalan pun tak selesa katanya. Tapak kakinya berasa seperti menerima tusukan jarum. Sangat sakit katanya. Sebab itulah pada kesempatan kali ni dia nak juga pokcik usahakan.

Orang pulak masih ramai lagi dok makan. Nak buat kat mana agaknya. Nak tak nak, pokcik mintak kebenaran daripada pak menakan ( tuan rumah ) untuk menggunakan biliknya bagi tujuan itu. Dia ok saja. Isterinya siap tolong pasang air conditioning lagi kat dalam biliknya. Adessss tak dak alasan lagi laa.

Lepas siap makan terus saja pokcik dan mak menakan masuk ke dalam biliknya. Scan lebih kurang nampaklah masalah pada bahagian bawah pelipat lututnya hingga ke kaki. Bahagian kanan agak kuat masalahnya daripada bahagian kiri. Betisnya agak tegang seperti urat menarik dan dicengkam sesuatu. Apabila pokcik check tapak kakinya terasa seperti ada sesuatu di situ.

Apa pulak dok kat bawah tu. Tak serik kot no kena pijak. Kakakkakakakka. Hemboiihh lebih kurang cara tak tau, buat pulak bedah mohong-mohong kat betisnya. Mohong-mohong saja tau. Bukannya reti. Satgi ada pulak suruh pokcik buat bedah batin. Jenuh nak jawab. Kakaakkakakkakaka. Hemboiihh sikit-sikit betisnya mula mengendur.

Siap tu pokcik ikhtiarkan belakangnya pulak. Dah tegang kat betis kadang kala ada kaitan dengan tulang belakang. Urat katakan. Agak sajalah, bukannya pokcik tau dan arif bab ni. Alhamdulillah selesai buat pokcik suruh berjalan. Alhamdulillah tapak kakinya dah tak berasa sakit sangat seperti sebelum ni. Dia juga dapat merapatkan tapak kakinya dan berjalan seperti biasa. Alhamdulillah.

Pokcik pun keluar laa pekena rokok daun. Gian dari tadi katanya. Dah laa selepas makan tadi tak sempat nak pekena. Mak menakan pun ikut keluar. Berkaki ayam pulak dia kali ni. Berjalan ke sana sini. Duduk bangun duduk bangun sambil membetulkan lututnya. Alhamdulillah dah boleh bengkokkan lutut katanya pada suaminya dan adiknya.

Adess tiba-tiba bapa saudara yang lain pulak terdengar perbualan mak sedara tadi. Dia pulak mintak pokcik tengokkan tangan menantunya. Pokcik tolak elok-elok laa sebab dah lewat. Apapun pokcik sempat kerling dan tengok tangannya diam-diam dari jauh sambil dok hisap daun pucuk tu. Haih tangan kanannya ada masalah. Ada dok bertenggek kat pergelangan tangan kanannya.



Tapinya pokcik buat tak tau sajalah sebab boleh lagi dia angkat tangan kanannya untuk makan. Hahahahhahahhaha. Jemu-jemu nanti jin tu pii laa kat tempat lain pulak. Kalau tak pun, dia ajak kawannya yang lain pulak dok belah kiri tangan. Yaa laa bosan tak dak jiran katanya. Ada jiran boleh menyembang kaa ngeteh kaa pekena kangaroo goreng sama-sama kaa. Hihihi. Ok laa pada pokcik melalut jauh elok stop di sini dulu. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada salah silap dan terkasar bahasa. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat dan selamat malam semua.