Saturday 11 March 2017

MUHASABAH DIRI

Image result for assalamualaikum image


 Santai, suam, panas-panas kuku, dingin, beku dan sebagainya topik kali ini. Sesekali nak hangatkan suasana. Bukan selalu. Banyak pengalaman sendiri mahupun rungutan daripada pesakit mahupun perawat sepanjang pokcik terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang ini.

Kisah tentang perubatan sahaja tanpa menyimpang ke tajuk lain. Mula-mula pokcik nak ceritakan perihal diri sendiri. Sudah tentu ada pahit dan manis dalam kehidupan. Itulah warna warni dan penyeri yang membezakan kita dengan robot yang tidak mempunyai perasaan. Ini bukan luahan hati tetapi perkongsian pengalaman.

Antara yang tidak boleh pokcik lupakan ialah apabila pokcik usahakan satu kes yang agak berat, pokcik pula mendapat fitnah. Kesnya pernah pokcik kongsikan lama dahulu. Perihal seorang hamba Allah yang pokcik usahakan secara jarak jauh. Itu pun apabila adiknya sendiri yang meminta pokcik usahakan kerana tidak tahan melihat penderitaan kakaknya sendiri.

Kakaknya itu mengalami pendarahan tidak berhenti-henti sejak beberapa tahun sehinggakan pihak hospital sama ada doktor pakar dan sebagainya buntu dengan keadaannya itu. Alhamdulillah setelah usahakan dengan izin Allah maka semuanya selesai dan darahnya berhenti. Kini timbul cerita yang adiknya yang berpakat dengan pokcik sihirkan dia dan sebab itulah boleh menghentikan pendarahan itu.

Tak apa lah Allah Maha Mengetahui. Kesabaran pokcik akhirnya Allah beri ganjarannya kerana baru-baru ini dia meminta adiknya menghubungi pokcik semula kerana dia kini menghadapi penyakit yang lain pula. Mungkin pihak hospital juga buntu dengan masalahnya itu dan membuatkannya mengambil keputusan untuk menghubungi pokcik bagi mendapatkan ikhtiar.

Itu antara pengalaman diri sendiri. Bagaimana pula dengan pengalaman pesakit yang diadukan kepada pokcik. Banyak sangat aduan yang sampai kepada pokcik daripada pihak pesakit. Antaranya perihal rawatan jarak jauh merupakan salah satu daripada modus operandi agar pergi kepadanya untuk mendapatkan rawatan susulan.

Namanya pun disebut tetapi eloklah pokcik rahsiakan. Kadang kala, kes ni merupakan kes terpencil tetapi apabila berlaku, tempiasnya mercik kepada semua sahabat perawat yang melakukan rawatan berdepan atau jarak jauh. Ini termasuklah pokcik sendiri.

Ada juga kata si mangsa, perawat masuk ke group sama ada group facebook, telegram dan sebagainya hanya untuk mencari MANGSA. Apabila pesakit mengadu masalah, perawat berkenaan akan terus menghantar askarnya bagi mengganggu si sakit.Setelah itu, pesakit diminta berjumpa dengan gurunya. Harga diletakkan sampai mencecah ribuan ringgit.

Ada juga rungutan daripada pesakit, si perawat diam sahaja dalam group berkenaan. Tak kira group ni atau group lain. Apabila pesakit mengadu sahaja sakit, perawat berkenaan akan terus menghubungi pesakit dan menetapkan harga ribuan ringgit. Namanya juga disebut kepada pokcik.

Macam-macam aduan yang sampai ke telinga pokcik. Yang lebih menyayat hati, yang dikatakan perawat dalam group, apabila dihubungi oleh pesakit, dia akan menghalakan pesakit kepada gurunya atau rakannya. Mahar juga ribuan ringgit. Entahlah, mungkin dia orang tengah atau sebagainya pokcik pun tak tahu. Namanya juga disebutkan kepada pokcik.

Jadinya pening juga pokcik apabila banyak sangat aduan diterima. Ada juga pesakit yang bertanya kepada pokcik perihal perawat yang merawatnya. Yang ni memang pokcik tak setuju. Sepatutnya, kalau tidak yakin, jangan minta perawat berkenaan ikhtiarkannya. Jangan dah separuh jalan baru bertanya sana sini. Lagi satu, siapa pokcik untuk menilai orang lain?

Pokcik pun seperti orang lain juga. Ada salah dan silapnya. Kita bukannya maksum. Perawat juga tidak berkecuali merungut terhadap pesakit. Pesakit dikatakan lebih berminat untuk bertanya itu ini tentang sakitnya. Siapa yang buat? Kenapa dia buat? Sihir apa yang dia buat? Sihir orang asli, siam atau apa dan sebagainya.

Tak kurang juga yang menghubungi pokcik semata-mata kerana ingin meminta pokcik membalas atau menghantar sihir yang dikenakan kepadanya kepada si pelaku. Terasa macam ahli sihir pulak pokcik ni. Hihihi. Ada juga pesakit yang berjanji untuk datang. Perawat membatalkan segala janji temu dengan pesakit lain kerana tidak ingin bertembung dengan pesakit lain.

Jenuh tunggu, sebab pesakit berkenaan tidak muncul-muncul. Gamaknya pesakit itu tidak menghubungi perawat berkenaan untuk membatalkan janji yang telah dibuat. Wallahua'lam. Namun begitu, macam pokcik cakaplah sudah tentu ada pahit dan manisnya. Ada juga pesakit yang mewakafkan tanah atas nama kita apabila kita tak mahu mengambil mahar.



Ada juga yang memasukkan nama kita apabila mereka mengadakan kenduri doa selamat. Ada juga yang menghadiahkan wang ke tabung masjid dan niatkan atas nama kita. Sesungguhnya perjalanan seseorang dalam sesuatu bidang atau di atas muka bumi Allah ini telah dirancang dan ditetapkan oleh Allah. Berdoalah kepada Allah agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung pada hari akhirat kelak.
Ada perkongsian daripada perawat mahu pun pesakit berkaitan dengan perubatan ni pokcik alu-alukan selagi tidak menyebut nama si polan. Kita ambil ikhtibar dan pengajaran daripada perkongsian para sahabat dan memuhasabah diri sendiri. Banyak lagi sebenarnya kalau pokcik ingin kongsikan namun cukuplah setakat itu buat kali ini. Maaf andai ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara. Wallahua'lam. Salam hormat.