Saturday 11 March 2017

SYARAT TUBUH EPISOD 4

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah bertemu kembali pada kali ini. Pokcik sambung perkongsian yang terhenti semalam. Setelah makan-makan kami pun bersedia untuk pulang. Pokcik berpesan kepada anaknya agar memberitahu perkara yang tergantung yang ingin diberitahu olehnya itu melalui telefon. Semasa bersalaman dengan suami si sakit, si anak datang sambil membawa beberapa keping wang kertas tapi pokcik menolak dengan elok.

Alhamdulillah kami balik dengan selamat dan tak ada peristiwa yang pelik berlaku. Lebih kurang seminggu dua kemudian pokcik menerima panggilan telefon daripada anak si sakit. Katanya rumah tu dah tiada kelibat yang menunjukkan rupa. Tiada lagi kedengaran entiti bermain di atas bumbung. Alhamdulillah.

Namun begitu, dia mmeberitahu bahawa emaknya sakit pada bahagian kemaluan. Mungkin pada malam itu dia segan memberitahu kerana ada ramai orang di situ. Pokcik juga tak sempat scan tipu-tipu seperti biasa kerana agak letih membersihkan rumahnya. Di mana dia cakap sakitnya itu di situlah pokcik melakukan pembersihan tanpa melihat secara menyeluruh. Namun begitu sakit belakang dan kakinya sudah pulih seperti biasa. Alhamdulillah.

Kali ni pokcik meminta dia pula datang ke rumah pokcik. Seperti mana yang dijanjikan, dia datang bersama si sakit dan dua orang anaknya seingat pokcik. Salah seorang cucu si sakit down syndrom. Sesampainya dia pokcik mula scan secara terperinci dan bahagian yang terjejas ialah bahagian kemaluannya. Hihihihi. Bahaya-bahaya.

Pokcik pun bertanya kepadanya apa amalan yang dia buat. Dia mula menceritakan satu persatu. Yang sadisnya dia juga mengajar anak perempuannya agar dapat memikat hati suami. Sefaham pokcik ilmu tu digunakan bagi mengetatkan bahagian bawah itu dengan harapan suami berpuas hati. Masa muda semua tu memang nampak berguna tetapi apabila dah tua, satu persatu amalan memakan diri.
Ketika ini nak menyesal pun dah terlambat.

 Menurutnya lagi bomoh yang memberikan amalan itu sudahpun meninggal dunia. Payah kalau diikutkan nak buang ilmu yang sudah sebati dan menjadi darah daging. Nak dedeh buang ke? Kalau dedeh buang tak ada tuttt dia tu.. Hahahhahahhaa. Takkan nak buang air kecil guna straw. Macam-macam no, biasalah manusia biasa yang tak lepas daripada kesalahan dan kekhilafan.
Time sedap tak ingat sengsara yang akan ditanggung pada suatu hari nanti.

Kini mata pokcik tertumpu di situ. Adoiiiiiiiii. Takkan sakit kaki nak piiii picit kepala. Lain macam pulak. Pokcik istghfar banyak-banyak bagi menenangkan keadaan. Mujur juga orang tu dah tua. Kalau umur 23 tahun macam mana gamaknya. Hahahahaha. Kuat dugaan kali ni. Moga pokcik tabah mengadapi ujian kali ni. In shaa Allah.. Tenang ye pokcik tenang ye pokcik. Pokcik meredakan keadaan sendiri. Tabah...