Pada waktu ini isteriku sedang menangis di luar. Aku berada di dalam bilik sambil melayan perasaan yang bergelora. Ahh, biarkan dahulu.. Aku ingin meneruskan kisah ini.. Kekok juga kurasa. Maklumlah sudah lama tidak meluahkan isi hati yang terpendam. Tugasanku yang banyak dan bertali arus sedikit sebanyak menghilangkan duka yang lama terpendam. Namun begitu, sungguh pun lukanya kering tak bersisa akan tetapi kesan parutnya masih dirasa. Aku bukannya tidak boleh menerima hakikat kehidupan namun kukongsikan sebagai tatapan insan yang sayang akan haiwan yang diberi nama kucing. Mungkin kisahku ini akan mengimbau nostalgia indah bersama mereka.
Setelah kehilangan Panda, kehidupan kami berdua berjalan seperti biasa. Bukan tidak terasa akan pemergian Panda, namun Bulat dan Dedek masih ada. Tambahan pula, Panda pergi dengan hanya menumpang kasih kepada kami dalam tempoh masa yang tidak terlalu lama. Air mata isteriku kini sudah kering. Bulat dan Dedek dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Bulat membesar dengan sihat. Kini Bulat seakan-akan seorang pemuda tampan yang mencuit hati setiap gadis yang memandangnya. Aku berbangga. Isteriku tak henti-henti memuji ketampanan Bulat tatkala rakannya bertandang ke rumah kami. Aku tumpang gembira.
Berbeza dengan Dedek yang cacat sebelah matanya. Matanya sering berair. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku dan isteriku itu mengelap matanya. Tidak cukup dengan itu, Dedek sering kami bawa ke pusat rawatan haiwan untuk menerima rawatan yang rapi.. Kami tidak pernah mengeluh. Dedek tidak pernah kami abaikan. Sungguh pun Dedek bukanlah daripada baka yang baik namun kami tetap menyayanginya. Kami tidak pernah membezakan kasih sayang antara Bulat dan Dedek. Dedek tetap akan diperkenalkan dengan bangganya sebagai anak kami kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke teratak kami.
Dalam hati, kami sentiasa berdoa semoga Bulat dan Dedek sentiasa berbahagia dan berbangga dengan kami. Aku juga berharap, Bulat dan Dedek yang dipinjamkan kepada kami oleh Allah akan terus membesar dan beranak pinak. Akan tetapi, aku tidak dapat menyembunyikan kerisauan yang ada. Maklumlah, Dedek membesar dalam keadaan yang tidak sempurna dengan hanya mempunyai sebelah mata. Sungguh pun, Dedek tidak pernah mengeluh seperti sesetengah manusia, namun keperitannya tetap aku rasa. Berbekalkan sebelah sahaja mata, siapa sangka ada juga kucing jantan yang menyukainya.. Hehehehehe aku ketawa sendirian melihat gelagat kucing jantan yang cuba mendekati Dedek. Tak sangka Dedek juga mempunyai daya penarik yang tersendiri. Hati-hati Dedek, ayah tengok lain macam sahaja kucing jantan tu menggodamu.. Aku tersenyum sendiri. Dalam hatiku berkata," Bertambahlah lagi isi rumah ni." Hendak ditegah Dedek untuk keluar rumah, kasihan pula. Mmmm biarlah, sesungguhnya Allah Maha Bijaksana.....

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.