بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang dihormati;
Alhamdulillah dipertemukan sekali lagi oleh Allah dalam ruangan ini. Agak lama Encik Omar tidak kongsikan tentang ikhtiar atau doa yang dipanjatkan terhadap hamba Allah dari jauh. Kali ini pokcik usahakan seorang hamba Allah yang dikatakan demam dan mengalami masalah paru-paru berair. Amran (bukan nama sebenar) juga meminta pokcik usahakan seorang lagi hamba Allah yang ada penyakit BUSUNG tetapi pokcik memintanya ikhtiar berdepan dahulu tapi tak lama kemudian pokcik mendapat berita bahawa hamba Allah itu telah meninggal dunia.
Secara jujurnya pokcik lebih suka seseorang pesakit ikhtiar secara BERSEMUKA dengan perawat lain terlebih dahulu. Bukan apa, mereka tidak mengenali pokcik. Manalah tahu pokcik ini penipu. Kan. Ikhtiar jarak jauh ini sebenarnya banyak RISIKO yang terpaksa ditanggung oleh pesakit. Antaranya, PERAWAT CARI MAKAN dengan menipu, PERAWAT TAK IKHTIAR tetapi kata dah ikhtiar lalu AMBIL DUIT SECARA HARAM, perawat GUNA JIN, perawat KAYANGAN dan sebagainya.
Pokcik bukanlah orang yang MENCARI MAKAN dengan merawat dan BUKANLAH PERAWAT cuma sekadar menolong kerana tanggungjawab sebagai INSAN dan HAMBA ALLAH serta EHSAN sesama manusia. Pokcik tak mahu menulis terlalu Panjang dalam perkongsian pada kali ini kerana perbualan pokcik dengan seorang hamba Allah yang menghubungi pokcik ini sudah agak Panjang. Sekali lagi pokcik ingin tegaskan dengan nama ALLAH bahawa perbualan ini adalah BENAR.
PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH TETAPI NAMA WATAK BUKAN NAMA SEBENAR
AMRAN : Salam tok nak tanya atok ngubat area mane nie.. Maaf lupa nak kenalkan diri..saya amran dari kuang
You can now call each other and see information such as Active Status and when you've read messages.
OMAR : Waalaikumussalam. Ooo kuang ada akrine noo. Sahabat dari sana kaa?
AMRAN : Yer saye dari sane
OMAR : Alhamdulillah. Pokcik xkira tempat sebab pokcik xdak pusat perubatan
AMRAN : Ooo.. Tinggal mane pokcik
OMAR : Jauh dekat kalau free pokcik layan laa. Kuantan
AMRAN : Kuantan.. Kalau dekat leh jumpa pokcik .. Nak berubat jugak nie
OMAR : Sakit apa tu sahabat
AMRAN : Kalau mai kl bagitaular.. Boleh ikhtiar ngan pakcik lak. Lama dah sakit nie
OMAR : In shaa Allah. Ramai sahabat di kl tu. Langit ketujuh kl juga. Wan di rawang
AMRAN : Saya pun xtau ada ckp santau...
OMAR : Cuba pm langit ketujuh. Dia ok
AMRAN : Walaupun 90 persen sembuh. Tapi bisa dlm badan nie leh ubah ubah. Kadang kat dada. Kat kepala. Kat perut
OMAR : Ooo cuba sahabat pm langit ketujuh. Jgn biar lama
AMRAN : Langit ketujuh ada dlm group ke pokcik
OMAR : Yaa. Admin
AMRAN : Lama xlama dah setahun lebih gak..
OMAR : Xpe usaha segera laa. Dekat dah tu. Dia pun xletak harga
AMRAN : Ok pokcik nanti saya contact dia.. Dia mengubat gak ke
OMAR : Yaa
AMRAN : Berubat jap baik.. Pastu sebulan dua dia mai balik. Badan bisa bisa
OMAR : OK naa sahabat.. Cuba ikhtiar dgn dia. In shaa Allah
AMRAN : Time kasih pokcik.. Ada masa nanti kite jumpa..
OMAR : Sama2. Assalamualaikum. In shaa Allah
AMRAN : Waalaikumsalam
07/04/2018, 08:51
AMRAN : Assalamualaikum pakcik
OMAR : Waalaikumussalam
AMRAN : Saya Amran pokcik. Segan nak ckp . kalau boleh nak minta tolong pakcik ubatkan saudara saya dah sebulan kat sepital. Dah mcm mcm test ..ubat doctor cuba utk hentikan demam dia. Tapi masih demam sampai skrg. Ustaz pun dah 2 3 org panggil tegokkan dia. Masih demam xberenti.
Setiap lima jam doc bagi ubat .habis ubat dia demam menggigil. Now agakyan byk masuk air paru paru dah berair
OMAR : Bahaya kalau sampai paru2 berair tu. Jadi sakit fizikal
AMRAN : Hospital sg buluh tolak dia kat hkl. Now dah sebulan kat hkl. Saya bkn tak.mau panggil ustaz majid. Dgn dia mmg kena wat appointment. Lepas tu tunggu giliran. Agak lama. Saya takut dia xmau gi hkl. Doc pun xkasi dia kuar hospital. Kalau x saya boleh bawak dia ke akrine kuang. Mak dia pun dah panggil 2 3 ustaz ..masih sama keadaannye. Menangis minta tolong kat saya kot saya ada kenal org yg pandai.
OMAR : Asalnya sebelum demam tu apa sahabat
AMRAN : Mmg dia demam mengigil doc tak tau puncanya pakcik
OMAR : Paru2 berair ni bahaya tau. Boleh hilang nyawa kalau xkena gaya
AMRAN : Yer pakcik saya tau.. Mmg bahaya. Sampai.lar nie setiap 5 jam dia akan demam..
OMAR : Dia sedar tak?
AMRAN : Yg heran dia sedar dan ada selera makan. Cuma kalau dia demam dia kurang selera
Cuma agak.kurus sikit
OMAR : Cuba suruh mak dia htr gbr dia sekarang ni
AMRAN : Sekejap pokcik ada wasup x.. Semalam mak dia ada bagi gambar. Gambar dlm.wasup
OMAR : Htr sini je. Forward je dari whatsapp
AMRAN : Alamak.xtau caranye.. Jap saya cuba. Saya dah hantar pokcik
OMAR : Panas sgt kepala dia ni.. Boleh sawan
AMRAN : Kalau xbagi ubat dia menggigil kuat
OMAR : Dada kanan pun dah effect teruk
AMRAN : Masalah doc tak dapat cari punca
OMAR : Mcm ni laa.. Pokcik ikhtiar dia kejap lagi.. Pesan kat mak dia pokcik xambik upah.. Lepas pokcik ikhtiar, minta dia sedekahkan duit ke tabung surau atau masjid
AMRAN : Nak suruh dianstandby ke cammane pakcik. Saya xde hospital
OMAR : Mesej je dia
AMRAN : Ok pakcik.. Terima kasih pakcik. Saya inform dia skrg
OMAR : Ok... Kalau dia setuju pokcik usahakan. Tapinya xjanji laa kesembuhan tu. Lagi satu, dah jadi sakit fizikal sampai berair paru2.
AMRAN : Saya dah call ayah dia ngan pesakit.. Dia setuju. Xpe kite ikhtiar jer pakcik
OMAR : Kejap lagi pokcik usahakan.. Tengah sibuk sikit ni.
AMRAN : Ok pokcik
07/04/2018, 11:33
OMAR : Assalamualaikum
AMRAN : Wsalam pakcik
OMAR : Pokcik baru nak usahakan. Call ayah dia suruh tengok keadaan dia
AMRAN : Ok pakcik. Jap saya call
OMAR : Minta si sakit bertenang dan zikir apa patut dlm hati
AMRAN : Baik pakcik
OMAR : Mohon pada Allah utk sembuhkan
OMAR : Assalamualaikum
AMRAN : Wsalam. Pakcik sekejap. Ayah dia xde. Dia pergi ambil isteri dia dekat tempat menginap area hospital tu jap. Pakcik minta maaf .. Xde org tengok ..dia sorang jer. Ayah dia gi balik hotel mandi apa semua .. Ambil isteri dia. Takut dia mai lepas zuhur.. Minta pakcik tangguhkan sekejap. Nanti saya inform pakcik balik.. Minta maaf pakcik
OMAR : Xpe pokcik teruskan dah niat nak buat. In shaa Allah
AMRAN : Baik pakcik. Mudah mudahan allah mudahkan urusan pakcik
OMAR : Tapi xsempurna laa usaha ni sebab putus2
AMRAN : Itular pakcik. Mcm mane pakcik.. Saya serahkan kat pakcik jer nie
OMAR : Pokcik buat putus2. Nanti tengok dia mcm mana. Apa pun, in shaa Allah. Patutnya tapi apa pun jgn mesej dah..
AMRAN : Baik pakcik. Nanti saya info pakcik perkembangannya..
OMAR : Ok
08/04/2018, 14:07
AMRAN : Salam pakcik. Alhamdulillah hari nie dia masih belum demam. Doctor pun terkejut. Now doc cuma nak kuarkan air dlm paru paru.masih ada kuman . Harap dia xdemam lagi. Nampak dia sihat sikit hari ini..
OMAR : Waalaikumussalam. Alhamdulillah
AMRAN : Terima kasih byk pakcik. Start semalam katil hospital tu tak bergegar. Kalau x abis ubat jer dlm 5 jam . mesti dia menggigil kuat sampai bergegar katil .. Syukur alhamdulillah
OMAR : Alhamdulillah segala puji bagi Allah
AMRAN : Alhamdulillah
10/04/2018, 07:31
AMRAN : Assalamualaikum pakcik.. Alhamdulillah dah tiga hari saudara saya tu dah xdemam.. Cuma saya nak minta izin dan tolong pakcik kalau ada sahabat kite yg berada di kl yang pandai ubat busung.. Pesakit nie sama wad ngan anak saudara saya ari tu. Perut dia kejap kempis kejap kembung . lepas tu dia akan muntah darah yg agak byk.. Agaknya mak saudra saya ada cerita pasal anak dia.. Serba salah pulak saya jadinya.
Yg saya tau busung nie pun ada penyakit fizikal dan ada yg disihir. Mcm biasa jugak lah pakcik dah dipanggil juga ustaz dari darussyifa..begitu gaklah keadaannya kejap kempis jap kembung lepas tu muntah darah.. Saya ingat nak share kat group tapi saya bkn ahli keluarga pesakit. Mcm xmolek jer. Kalau pakcik ada no sahabat yg kat kl atau pakcik sendiri nak cuba ubat boleh pakcik bagi kat saya nombor.saya akan bagi pada ahli keluarga pesakit yg minta tolong nie..maaf saya pakcik panjang lebor lak..
OMAR : Waalaikumussalam. Cuba contact langit ketujuh. +6016626****. Panggil dia cikgu zul
AMRAN : Langit ketujuh.. Baik pokcik ..saya akan bagi no nie pada ahli keluarga dia sendiri
OMAR : Ok. Cakap pokcik bagi nombor ini pun xpe
AMRAN : Baik pokcik ..terima kasih byk pakcik ..saya contact dia dulu
OMAR : Ok
10/04/2018, 11:03
AMRAN : Salm pakcik .. Saya dah wasup . Sahabat kite ada baca dlm wasupp tapi dia xreply..nak minta izin ngan dia dulu utk bagi no phone dia kat keluarga pesakit. Mybe dia busy kot..
OMAR : Waalaikumussalam.. Ok
AMRAN : Ok pakcik. Bau jer dpt berita dari hospital. Pesakit dah meninggal.. Keluarga dia pun dah ikhtiar dgn daruasyifa hari tu.. Dah sampai ajal.. Terima kasih byk pakcik . susahkan pakcik jer..
OMAR : Innalillahi wainna ilaihirojiun. Sama2
12/04/2018, 09:44
AMRAN : Salam pokcink .saudara saya tu dah kuar hospital semalam. Alhamdulillah. Mak ayah dia kim sallam dan ucap terima kasih kat pokcik. Saya pun dah pesan suh sedekah kat masjid.. Insyaallah mereka tunaikan.
OMAR : Waalaikumussalam. Alhamdulillah
AMRAN : Tengok pakcik post pasal demam pagi nie.. Teringat saya.. Saya nak masuk group ucap time kasih tapi coz hari tu ada nama ustaz majid dlm group.. Mmg dia kenal saya .. Satu kampungkan. Takut ada yg menyampai lak.. Pokcik tolong ucapkan terima kasih pada semua yg mendoakan anak saudara saya..
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.