Saturday, 13 June 2020

KENANGAN MENGIMBAU KEMBALI


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah dipertemukan lagi buat sekian kalinya. Pada kesempatan ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah. Perlu pokcik ingatkan kepada diri pokcik dan sahabat FB pokcik bahawa setiap perkongsian merupakan perkongsian pengalaman sahaja dan bukannya ingin menceritakan kononnya pokcik ini hebat atau ahli dalam bidang perubatan ini. Sekali lagi pokcik ingin tegaskan bahawa pokcik bukanlah perawat tetapi hanya sekadar membantu atas ehsan sebagai hamba Allah. Pokcik bukannya sesiapa dan sebagai manusia yang sifatnya lemah maka pokcik hanya berharap kepada ehsan, rahmat dan pertolongan daripada-Nya.

Perkongsian bertujuan mengingatkan diri pokcik dan para sahabat agar mencari ikhtiar mengikut syariat yang ditetapkan, mengetahui simptom sekiranya terdapat gangguan pada diri dan sebagainya. Sekiranya sahabat berasa bahawa perkongsian pokcik ini ada unsur riak dan sombong maka tolong REMOVED POKCIK daripada list FRIEND sahabat sebab pokcik tak mahu sahabat menanggung dosa dan perkongsian pokcik menjadi punca kepada dosa kita bersama. Na’uzubillahimin dzalik.

KIsah kali ini mengimbau Kembali kenangan pergi ke Tanjung Agas di Pekan Pahang kerana menghadiri jemputan makan yang dianjurkan oleh pihak keluarga di sana. Dalam perjalanan pergi itu pokcik sempat mengambil adik ipar yang turun dari Johor di bandar Pekan. Setelah mengambilnya di stesen bas, kami terus menunju ke kampung. Dalam perjalanan itu banyaklah cerita disampaikan sehinggalah  sampai kepada ceritanya perihal seorang lelaki yang juga abang kepada kawannya yang pernah pokcik usahakan dahulu.

Katanya hamba Allah itu sudah boleh tidur malam macam biasa dan tidak lagi bergantung harap pada ubat hospital. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Itu juga merupakan berkat doa dan usaha ibunya juga. Apabila adik ipar menceritakan tentang hamba Allah itu maka kenangan pokcik usahakannya mula tersingkap kembali. Kisah ini pernah pokcik kongsikan dahulu dalam group pokcik dahulu sebelum akaun itu tidak boleh dibuka. Kenapa agaknya akaun itu tak boleh dibuka? Hihihihihi. Mungkin lebih 200 perkongsian kisaah dalam group itu telah dibuat namun kesemua perkongsian hilang kesemuanya begitu sahaja.

Suatu malam, pokcik dihubungi oleh adik ipar pokcik lalu diceritakan abang kepada seorang sahabatnya. Disebabkan masalah ingin berkomunikasi maka pokcik meminta dia memberikan nombor telefon pokcik kepada kawannya itu. Ketika dihubungi, dia mula menceritakan perihal abangnya itu. Katanya abangnya normal pada awalnya. Dia bekerja sebagai mekanik. Entah mekanik kereta atau motosikal, memang pokcik tidak bertanya secara terperinci. Kita bukannya nak tahu sangat tentang sejarah pekerjaan yang tidak berkaitan sangat dengan masalahnya itu.

Abangnya sangat rajin. Ramai pelanggan yang suka berurusan dengan abangnya. Dalam usia yang muda iaitu pada usia 19 tahun dia berkahwin. Beliau berkahwin agak muda kerana Ketika itu kedudukan kewangannya sudah boleh menyara kehidupan dirinya dan orang yang bakal ditanggungnya. Entah apa yang tak kena, dia mula menjadi tidak siuman. Dia mula tidak tidur malam dan siang. Perangainya mula berubah sama sekali. Akhir sekali kerja ke mana, isteri ke mana. Dia mula merayau-rayau ke sana sini tanpa tujuan.

Disebabkan keadaannya semakin teruk ibunya mula ikhtiarkan cara hospital. Biasalah, pihak hospital akan beri ubat penenang. Dia mula tidur sekejap pada waktu malam. Tapinya lama- kelamaan ubat tersebut sudah tidak memberi kesan. Dia mula tidak tidur malam dan siang. Abangnya itu terpaksa dikurung di dalam rumah. Kalau tak dikurung sudah pasti dia akan merayau di merata-rata tempat saja mengikut sahaja kakinya melangkah. Dengan kata lain, dia sudah menjadi kurang siuman atau gila.

Setelah itu mulalah ibunya cuba pula ikhtiarkan secara kampung. Dari Johor merantaulah ke seluruh pelusuk tanah air menurut adiknya itu. Sehinggakan sudah habis semua simpanan dan wang KWSP dikeluarkan untuk ikhtiarkan anaknya itu. Sampai satu tahap ibunya seperti sudah berputus asa. Ketika pokcik dihubungi olehnya Ketika itu usia abangnyaitu  sudah mencecah umur 41 atau 42 tahun. Maksudnya dia sudah berkedaaan begitu seawal umur 19 tahun sehingga lebih kurang berumur 42 tahun.

Tidak hairanlah ayat pertama yang keluar dari mulut adiknya itu ialah berapa maharnya sekiranya pokcik usahakan abangnya itu. Pokcik tak mahu bercerita bab mahar tu tapi ia soalan yang memang patut ditanya sekiranya ingin berikhtiar agar tidak menyesal pada kemudian hari. Dia juga menceritakan lagi serba sedikit tentang kekuatan abangnya itu. Perihal motosikal yang dilambung macam tu sahaja apabila marah dan sebagainya. Biasalah orang tak normal. Kekuatan mereka memang luar biasa.

Dipendekkan cerita, pokcik usahakan jugalah abangnya itu selama tiga malam berturut-turut. Malam pertama usahakan tu pokcik hanya usahakan buang apa yang ada padanya seizin Allah. Alhamdulillah apabila ditanya keesokannya dia tidur sampai ke siang. Ibunya sendiri yang beritahu kerana dia juga tinggal berasingan dengan ibunya. Maklumlah sudah bekerja dan tinggal berasingan gamaknya. Malam kedua pokcik usahakan untuk kembalikan semangatnya. Begitu juga dengan malam yang ketiga.

Bagi sesetengah kes, ada gila yang disebabkan roh atau sukma mereka dikurung. Nak ceritakan bukannya pokcik orang yang arif. Sekadar usahakan sahaja. Itupun dari jauh sahaja kerana bagi pokcik, nak berdoa di mana-mana saja pun boleh kecuali di tempat yang tidak dibenarkan. Alhamdulillah selesai tiga hari dan pokcik bagitau adiknya hanya itu yang termampu pokcik usahakan.

Alhamdulillah dalam kunjungan pokcik ke Johor selepas itu dia datang berjumpa dengan pokcik. Ibunya menyampaikan salam dan memberitahu baawa mereka telahpun membuat doa selamat atas keadaan anak lelakinya itu.Alhamdulillah dia telah Kembali pulih seperti sedia kala seizin Allah.  Sesungguhnya sakit itu ujian dan kita wajib percaya sakit itu penghapus dosa. Alhamdulillah sampai masanya Allah akan beri kesembuhan juga. Tak kira sembuh dari sakit akibat kematian atau sihat seperti sedia kala seizin-Nya. Kes ini melibatkan gangguan atau masalah sihir. Kalau kes gila yang tiada kaitan dengan unsur mistik, memang pokcik angkat tangan awal-awal kerana kes seumpama itu memerlukan rawatan psikitrik dan motivasi secara berterusan.

Bgitulah kisah pada kali ini.. Apabila berjumpa dengan adik ipar, ada sahaja cerita yang timbul sebabnya dia agak rajin meminta pokcik usahakan kawan-kawannya atau keluarga sahabatnya di Johor. Apa pun, apa yang pokcik nak sampaikan ni bukannya tentang hebatnya pokcik merawat pesakit tetapi kesembuhan itu milik Allah. Pokcik tahu siapa diri pokcik, bukannya orang yang arif dan alim dalam sesuatu tapi pokcik sentiasa yakin bahawa niat kita perlulah sentiasa betul dan tidak mengharapkan ganjaran dunia yang bersifat sementara serta pengharapan kepada Allah dalam setiap usaha yang dilakukan.

Mohon maaf andai ada terkasar bahasa. Sekali lagi pokcik tekankan, pokcik bukannya orang yang arif. Hanya orang marhaen dan bukannya sesiapa. Namun percayalah, setiap perbuatan dengan niat yang lurus, in shaa Allah akan dipermudahkan oleh Nya. Percayalah setiap ujian yang diberikan oleh Allah dan disertai dengan kesabaran maka ganjarannya amatlah besar. Hanya beberapa orang Rasul sahaja yang bergelar ulul Azmi dan kita sebagai manusia biasa tidak layak kerana ujian atau dugaan yang Allah berikan kepada kita hanyalah sekelumit berbanding para Rasul namun kita jadikan para rasul yang berkenaan sebagai contoh dan para ikutan. Moga kita tergolong dalam golongan insan yang direhai oleh Allah di dunia dan akhirat. Aamiin.

Moga berjumpa lagi.
Wallahua'lam. Salam hormat semua.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.