بِسْـــــــــمِ
اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang
dihormati;
Ketika berada
di dapur, tiba-tiba anda dapati beberapa ekor lalat bebas berterbangan
mengelilingi tong sampah. Apa yang terbayang pada fikiran anda? Pasti ada
sesuatu dalam tong sampah itu yang menjadi “magnet kotor” penarik sang lalat.
Itulah hukum alam yang kita lihat saban hari. Radar sang lalat sangat sensitif
dengan sampah, najis atau sesuatu yang busuk. Itu kisah sang lalat, apa pula
daya tarikan syaitan?
Dan sesiapa
yang tidak endahkan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha
Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu Syaitan itu menjadi temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan
sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka daripada jalan yang benar,
sedang mereka sangka bahawa mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah az-Zukhruf:
Ayat 36-37)
Alhamdulillah
kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk kita meneruskan kehidupan di
atas bumi-Nya. Mungkin kisah kali ini bacaannya agak berat dan agak serius
kerana pelbagai kefahaman dan perbezaan dalam proses perawatan. Penulisan ini berkaitan
dengan pendekatan Encik Omar sahaja dan tidak pula mengatakan bahawa cara yang dilakukan
oleh orang lain salah dan tidak betul. Siapa kita untuk menidakkan orang lain?
Matlamatnya hanya SATU iaitu setiap amalan niatnya hanyalah kepada ALLAH cuma
mungkin jalannya yang berbeza.
Ada perguruan hanya membenarkan para pengamal
amalan menghalau sahaja jin syaitan yang mengganggu manusia. Selebihnya setelah
dihalau, si pesakit sendiri perlu mempersiapkan diri untuk menangkis atau
membentengi diri daripada gangguan syaitan laknatullah. Itu cara mereka. Kita
berlapang dada sahajalah sebab semua kelebihan dan kehebatan hanyalah milik
Allah dan bukannya milik manusia. Secara peribadi, walaupun pokcik kurang
bersetuju dengan kaedah yang diamalkan itu akan tetapi pokcik tetap menghormati
cara mereka.
Pokcik
kurang berkenan kaedah itu sekiranya melibatkan orang tua yang sudah uzur dan lemah.
Dalam keadaan itu, ada dalam kalangan mereka sudah tidak dapat berfikir dengan
tenang dan baik akibat keuzuran diri. Senanglah jin yang dihalau itu akan
datang semula dan mereka tertewas. Jadinya mahu tak mahu, si anak atau keluarga
yang lain terpaksa memanggil semula perawat supaya datang dan ikhtiarkan si
sakit. Gangguan akan terus berlaku sehinggalah si sakit meninggal dunia dan
kalau berkaitan saka, jin tersebut akan mencari pewarisnya dan drama ini akan
terus berlaku dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Jin itu mungkin
akan mati juga tetapi kalau jin itu ada pasangannya, maka anak cucu cicit jin
itu pula akan menggantikan tugas nenek moyang mereka.
Berbalik
kepada kisah pada kali ini. Alkisah pada suatu hari pokcik menerima panggilan
telefon daripada bapa saudara pokcik di
Pelis. Kenapa pula tiba-tiba sahaja bapa saudara pokcik menelefon. Mungkin ada
kecemasan berkaitan dengan saudara terdekat. Itu memang bermain dalam fikiran
pokcik. Kali ini berkaitan dengan nenek pokcik sendiri. Menurut bapa saudara
pokcik, si ibunya sudah terlalu uzur. Biasalah orang tua. Semua orang makin
lama makin tua. Semua orang akan tuan kecuali Namanya ialah MUDA. Sampai
bilapun orang akan memanggilnya MUDA. Hihihihi…
Menurut bapa
saudara pokcik lagi, bab uzur dan tua itu bukanlah masalahnya. Yang menjadi
masalahnya ialah apabila hampir maghrib saja budak-budak akan nampak lembaga
berbaju putih bermain di atas atap rumah. Bukan bermain bola dan sebagainya.
Apa yang dimaksudkan ialah, Lembaga berbaju putih sering muncul dan dilihat di
atas tap rumah. Agak-agaknya penghuni dalam rumah boleh tidur ke sekiranya ada Lembaga
seolah-olah berjalan di atas atap zink. Selain
itu, terdapat bunyi cakaran di dinding rumah. Yang peliknya, sebelum terdengar
bunyi makhluk tu bermain atas atap, akan kedengaran bunyi burung terlebih
dahulu sebagai isyarat kehadiran Lembaga itu.
Setelah kami
menamatkan perbualan melalui tetefon, pokcik pun masih berkira-kira untuk
pulang ke kampung di Perlis. Selepas sahaja solat Maghrib, pokcik pun meminta
petunjuk dan memohon kepada Allah untuk berkomunikasi dengan hamba Allah tu
atau makhluk yang berdamping dengannya. Apabila pokcik bukakan mata pokcik
nampak dia depan mata. Pokcik bertanya dalam bahasa utara “Awatnya jadi lagu tu?
Dia tak jawab. Dengusan sahaja yang keluar dari mulutnya. Huhhhhhhhhh. Begitulah
lebih kurang kata-kata yang terpacul keluar dari mulut makhluk tu.
Malam tu
juga pokcik bertolak ke Perlis dengan manaiki bas. Orang rumah pokcik bertolak
dengan mak mertua pokcik keesokan harinya dengan menaiki kereta. Dia kenalah meminta
cuti daripada majikannya terlebih dahulu. Pokcik senang sahajalah nak bercuti
sebabnya bukan penting sangat pun. Semua boleh ganti kalau setakat nak memikul simen
sahaja. Hahahahaha. Pokcik bergurau sahaja. Pokcik menaiki bas ekspress pada
malam itu dan sampai keesokan paginya. Sesampainya di Perlis, bapa saudara
pokcik sudah sedia menunggu. Sempat lagi kami mengeteh di sebuah kedai di
Kangar.
Ketika
mengeteh, kami sempat berbual tentang kejadian pelik yang berlaku. Katanya anak-anaknya
sampai takut nak ajak-ajak ayam mengajak si ibu datang bermalam di rumah mereka.
Katanya lagi, kalau si anak mengajak dia ke rumah dalam bergurau pun, malam tu
pasti dia sampai walaupun dalam keadaan terbongkok-bongkok. “ Tadi ajak aku
maiii katanya awat tak ajak masuk” kata Lembaga yang menyerupai si ibu.
Adoiiii. Parah. Anaknya yang berkerja di ADK pun sama. Kalau bekerja syif malam
dia selalu bergurau dengan emaknya. “Cheq bosan kerja malam, maii laa teman,”
katanya bergurau kepada si ibu. Memang malam itu lembaga yang menyerupai ibunya
akan sampai. Hihihihi.
Katanya
dalam dua hari kot sebelum tu ahli keluarga menjemput Jemaah Pusat Perubatan
Darul Syifa datang. Betul dah tindakan itu. Jin yang mengganggu si ibu dihalau
pada malam berkenaan. Alhamdulillah, Berjaya seizin Allah. Masalah baru pula
timbul selepas itu. Jin yang dihalau itu mengganggu pula seluruh orang kampung
terutama yang datang menziarahinya. Apabila berlaku peristiwa seumpama itu,
orang kampung mula takut untuk menziarahinya. Entah jin apa yang berada
bersamanya. Sekiranya anak-anakmemasang dan perdengarkan ayat suci al-Quran,
tiba-tiba cd tu bertukar dan dipasang pulak lagu dangdut. Bergedik kaki jin itu
itu. Mmmmmmmm.. Pelik tapi benar.
Selesai sahaja
menghabiskan sisa minuman yang tinggal setelah lama berbual, kami pun bertolak
ke kampung. Sesampainya pokcik di sana kelihatan sanak saudara dan jiran
tetangga sudah ada berkumpul. Mungkin mereka sudah dimaklumkan terlebih dahulu
akan kepulangan pokcik ke kampung. Tanpa membuang masa, pokcik terus
mengadapnya. Dia terbaring. Mata terpejam. Mulutnya menuturkan kata yang pokcik
tak fahami. Nak kata bahasa siam bukan. Entah Bahasa apa yang dituturkan,
memang pokcik pun tak faham. Pokcik kemudiannya memanggil namanya tapi dia tak
menyahut panggilan.
Pokcik terus
membacakan ruqyah. Tak lama kemudian dia mula bersuara. Jangan buat dia. Dia
baik. Lama dah dia dok berkawan dengan aku. Begitulah lebih kurang ayat yang
terpacul dari mulutnya. Baik laa sangat. Pokcik malas layan lalu terus pokcik
minta kepada Allah untuk rentap keluar benda tu. Alhamdulillah dia pun sedar
dan membuka matanya. Pokcik pun tanya lagi, “Ada lagi kaa benda tu? “ Katanya, “ Tuu kat penjuru tu.” Jarinya
menunjukkan arah penjuru rumah itu.
Ketika ini
pokcik meminta suruh semua orang keluar sebab dibimbang ada budak kecik
dirasuk. Bukan apa, langkah keselamatan sahaja. Manalah tahu jin itu merasuk
orang lain pula. Kesemua orang yang berada di dalam rumah itu keluar kecuali
pokcik dan dua orang bapa saudara. Yang bestnya, pada mulanya salah seorang
bapa saudara pokcik turut keluar bersama orang lain. Bukan takut. Segan
agaknya. Hahahahaha. Sebaik sahaja semua sudah keluar, pokcik meminta ditunjukkan tempat
lembaga tu. Elok jaa dia bangun duduk dan mengesot ke arah penjuru tu. Tubuhnya
yang lemah dan terbaring tidak bermaya tadi, kini seperti gagah dan tiada
sebarang sakit. Nenek kemudiannya berusra, “ Dia tak mau pergi. “ Elok sangatlah.
Kalau dah pergi nanti jadi masalah pula sebab terpaksa panggil jin itu untuk
datang mengadap. Itu pun kalau Allah perkenankan permintaan dan doa kita.
Elok dia sahaja
dia tunjuk arah penjuru itu, pokcik pun berdoa kepada Allah bersungguh-sungguh
untuk memusnahkan dan membakar hangus makhluk tu. Selepas selesai, pokcik bertanya
lagi. Manalah tahu ada lagi tercongok di situ. Pokcik bukannya nampak jin.
Hahahaha. “Alhamdulillah tak dak dah.
Tatsat ada situ. Tak tau piii ke mana dah.” katanya. Hihihi. Pokcik cuba kesan
lagi. Alhamdulillah memang taka da sebarang getaran dan aura di situ
Setelah itu
pokcik pun ruqyah buah limau untuk diberi mandi kepadanya. Seingat pokcik,
pokcik doakan limau itu untuk dimandi olehnya selama tiga hari. Pada hari
pertama mandi tu panas katanya. Nak melepuh.kulit. Huhuhu. Kemungkinan besar
bekas pakaian yang keluar dan tiada lagi lapisan tu.. Wallahua'lam. Hari kedua
dimandikan dah ok. Alhamdulillah dah tak sakit dan panas katanya. Alhamdulillah
segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan kami semua. Alhamdulillah sejak
itu dia lagi kelibat di atas atap rumah. Penduduk kampung juga tidak lagi
diganggu oleh makhluk yang menyerupai dirinya.
Alhamdulillah
keesokan harinya orang rumah pokcik dan mak pokcik sampai. “ Haih mana orang
sakitnya,” tanya mereka sebaik sahaja sampai. Hihihi hamba Allah ini sebenarnya
sudah tak terbaring. Siap duduk di sofa luar rumah lagi. Tak lama kemudian
hamba Allah ni meninggal dunia. Semasa dia dah sedar tu sempat lagi pokcik
bertanya kepadanya tempat makhluk itu
diambil. Menurutnya dia mengambil jin
itu dari satu tunggul kayu di tengah sawah. Wallahua'lam. Apa pun semoga roh
beliau dicucuri rahmat. Moga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian
pokcik ni. Harap berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.