بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن
الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang dihormati;
PENGENALAN
Seperti yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional
telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah
yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya amalan
jampi.
AMALAN JAMPI DALAM PERUBATAN
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi
di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat
tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu.
Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal
syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa
al-Mu’asirah, suatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3)
syarat:
Ia mesti disasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya.
Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata yang boleh
difahami maknanya.
Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan
sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.
JAMPI YANG DIHARAMKAN
Antara ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut;
Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan,
menggunakan ilmu hitam atau sihir.
Menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk
seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian
diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan
“Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpanya.
Menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung
Firman Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari
Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka
jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan
perbuatan syirik itu)”.
Rujukan
·
http://islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.htm
·
Jabatan Kemajuan Islam Kebangsaan (JAKIM)
·
Kementerian Kesihatan Malaysia
Alhamdulillah, beryukur kita kehadrat Allah kerana massih
lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas buat Ketika ini. Masa yang
diberikan ini haruslah kita manfaatkan sebaiknya. Sepertimana pengenalan, kali
ini Encik Omar akan membicarakan perihal amalan atau perbuatan yang menyalahi
syariat. Selalunya kita membicarakan perihal jampi yang meragukan, ilmu hitam
serta penggunaan jin dalam rawatan. Itu memang jelas menyalahi syariat. Namun,
kita perlu perhalusi lagi agar pesakit di luar sana TERSELAMAT daripada perawat
yang memang BUAT-BUAT tak tahu bahawa cara mereka menyalahi syariat.
Alkisah, suatu malam pokcik telah pergi ke sebuah rumah
kerana ikhtiarkan seorang hamba Allah. Demam katanya tak kebah-kebah walaupun
dah disuntik bagai. Tapi pokcik bukan nak cerita bab malam tu tapi apa yang
diceritakan oleh ahli keluarganya yang pernah pergi berjumpa perawat bergelar
ustaz katanya. Alhamdulillah, perawat tersebut menggunakan ayat-ayat suci
AlQuran dalam perubatannya. Alhamdulillah. Namun, ada sahaja cerita tak elok
daripada pesakit tentang perawat yang ikhtiarkan mereka. Entalah pokcik nak
bercakap pun tak kena, nak pendamkan pun rasa tercekik. Oleh itu,
timbang-timbanglah aduan pesakit dan buatlah penambahbaikan untuk memajukan
diri.
Katanya pertama dia pergi ke Dungun, Terengganu. Kes sakit
jantungnya. Baguslah berikhtiar. Orang sakit dan sedikit berkemampuan, kalau
dengar ada perawat di mana-mana pun mereka akan pergi. Sesampai di sana, dia disuruh melakukan
senaman. Lebih kurang ketuk ketampi laa. Kakakakkakkaka. Kena buat 100 kali
katanya oleh ustaz tu. Adoiiii. Jenuh sedut gas katanya. Dahlah kawan tu ash ma.Katanya
yang paling mencuit hati pokcik ialah, ' DAH JADI MACAM HANTU CINA' .
Kakakkakkaka. Nak merawat ke nak buat senaman nak memilih atlet pecut
kebangsaan.
Habis cerita di situ, dia cerita pula tentang cara perawatan yang
pernah dia jalani di Pekan, Pahang. Kali ini dia berjumpa lagi dengan seorang
perawat yang bergelar ustaz juga. Kali ini, cara perawtannya adalah dengan meletakkan
kayu di celah jari kaki kelingking dan jari kedua. Selepas diletakkankayu itu, dikepitkan pula kayu itu dengan kuat. Tak
cukup dengan itu, kayu berkenaan dipusingkan kayu. Melelas kakinya dan anaknya itu apabila
diperlakukan sedemikian rupa. Apa perasaan kita sendiri seandainya perbuatan
itu dilakukan terhadap anak atau isteri kita dan di hadapan kita? Agak-agak
kita akan marah atau senyum dan ketawa girang sekiranya ahli keluarga kita
diperlakukan sedemikian rupa. Sekiranya kita sendiri berasa sakit apabila orang
buat terhadap kita, begitulah juga dengan pesakit yang mengalaminya.
Ada juga pesakit yang datang berjumpa dengan pokcik dan
dikelubung dengan kain. Setelah dikelubung, pesakit berkenaan dicekak pada
bahagian bahu. Sambil mencekak atas bahu, perawat berkenaan membacakan
ayat-ayat suci Al-Quran. Apabila melihat pesakit tidak menunjukkan sebarang
reaksi, cekaknya semakin kuat sehinggalah pesakit TERPAKSA MENJERIT. Macam-macam
cara untuk meyakinkan orang agar datang kepada kita KONONNYA MENGIKUT syariat KERANA
bagi sesetengah perawat, mengikut syariat ialah MEMBACAKAN AYAT-AYAT SUCI
AL-QURAN sahaja dan mengetepikan bab lain.
Tak kurang juga yang menggunakan playar atau duri landak
lalu dikepitkan di celah-celah jari pesakit lalu dikepitkan dengan kuat. Ada
lagi sebenarnya yang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambal spray mata
pesakit dengan lada hitam. Kalau buta mata pesakit, siapa yang mahu
betanggungjawab? Pokcik hanya senyum apabila melihat video perawat meruqyah sambil
spray air menggunakan WATER JET, ruqyah sambil LUKU KEPALA PESAKIT dan sebagai.
Perkongsian ini bukannya bertujuan perlekehkan sesiapa, namun bagi menyedarkan
PESAKIT atau PERAWAT agar mempelbagaikan kaedah selagi tidak bercanggah dengan
ajaran Islam.
Agaknya, kalau kita tak pulas pesakit, tidak kepit, luku
kepala atau ketuk sakit pesakit, , jin takkan lari ke? Takkan kita yang
beragama Islam ini tidak mempercayai mukjizat al-Quran. Takkan sampai memperlakukan
pesakit dengan sedemikian rupa supaya pesakit lain sedang menunggu ketika itu
percaya. Takkan kita kena tunggu pesakit menjeritdan katakana bahawa jin itu
sedang sakit dan keluar. Maaflah andai ada terkasar bahasa. Kalau terkena
dengan cara sahabat mungkin hanya kebetulan sahaja. Maaf sekali lagi. Pesan
pokcik kepada diri pokcik yang tua ni belajarlah lagi dan yakinlah dengan diri
dan yakinlah dengan kehebatan ayat-ayat suci al-Quran.
Perdengarkan sahaja ayat-ayat suci al-Quran tanpa MEMEGANG
atau MENYENTUH PESAKIT yang berlainan JANTINA, melakukan PENDERAAN FIZIKAL, TIDAK
menggunakan jin, tidak membacakan ayat-ayat yang meragukan dan sebagainya.
Jangan kita anggap, mengikut SYARIAT hanya SEKIRANYA kita membacakan ayat-ayat
suci al-Quran sahaja tetapi melupakan aspek lain yang dituntut dalam Islam.
UBAHLAH dan BELAJAR kerana tidak semua kita tahu dan semakin banyak kita
belajar, semakin banyak kita tahu selama ini memang kita memang tidak tahu. Moga
berjumpa lagi. Santai sahaja perkongsian
pokcik pada kali ini. Wallahua'lam. Salam hormat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.