بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن
الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang dihormati;
Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah
dikembarkan dengan Qarin. Ia merupakan makhluk ciptaaan Allah daripada kalangan
Jin. Nabi Muhammad S.A.W. telah dikembarkan dengan perkara yang sama. Namun
demikian, ketika pembedahan pertama yang dilakukan Malaikat Jibril, Qarin
tersebut telah dibuang dipisah dari tubuh badan Baginda serta diIslamkan. Bagi
kita sebagai manusia biasa, Qarin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir
hayat dan cuba menyesatkan manusia.
Apabila seseorang itu meninggal dunia, Qarin tersebut akan
bertukar menjadi Hantu Mayat, ianya dikenali sebagai BADI atau Sawan
Mayat dan berfungsi selama 40 hari. Selepas itu, seandainya ada sebarang
gangguan atau jelmaan, ianya berkemungkinan ilmu salah / hitam yang dituntut
oleh Si Mati ketika hidup di dunia.
( Sumber: KAMI-Badan Pengurusan Jenazah )
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia oleh Allah. Kali ni Encik
Omar akan kongsikan kisah perihal badi. Kebiasaannya sesorang yang menguruskan
serta memandikan jenazah berkemungkinan berdepan dengan gangguan perihal badi.
Namun begitu, bukanlah kesemua jenazah. Kita pun janganlah pula takut dengan
jin berkenaan kerana mereka tidak boleh berbuat apa-apa kepada manusia tanpa
seizin Allah. Pokcik akan kongsikan beberapa kes berkaitan dengan badi yang
pernah pokcik jumpa.
Kisah pertama berkaitan dengan ibu saudara orang rumah
pokcik. Beliau menjaga seorang hamba Allah ketika hamba Allah ini sakit
sehinggalah arwah meninggal dunia. Dua kali beliau mengalami gangguan berkaitan
badi mayat dan baru-baru ini pokcik usahakan beliau juga berkaitan dengan kes
badi mayat ini. Kedua-dua kes mempunyai symptom yang hampir sama. Biasalah jin, setan ini, memainkan akan
memainkan peranan Ketika berlaku kematian seseorang hamba Allah bagi menimbulkan fitnah kepada si mati.
Mak saudara berasa amat letih dan mengantuk. Sampaikan pada satu
tahap, dia boleh tertidur ketika solat. Apabila membuka sahaja Al-Quran untuk
dibaca, matanya mula layu dan akhirnya terus terlelap sambil duduk. Lebih parah
lagi, beliau boleh tertidur Ketika mengerjakan solat. Sahabat boleh bayangkan
seseorang yang sedang berdiri Ketika solat boleh tertidur Ketika itu. Memang
melampau sangat perbuatan syaitan dan jin yang mengganggu umat Islam yang ingin
menunaikan kewajipan kepada Allah.
Dalam kes ini, pokcik terus pergi ke rumahnya di Bandar
Indera Mahkota, Kuantan dan ruqyahkan air untuk diberi mandi kepada beliau.
Senang sikit kalau pokcik ikhtiar atau doakan secara berdepan. Jangan kata
botol mineral, pokcik minta sediakan besen besar terus. Hahahahaha. Alhamdulillah,
Allah izinkan dan dia kembali kepada kehidupannya yang normal seperti orang
lain. Seperti mana yang pokcik beritahu tadi, baru-baru ini beliau terkena lagi
badi mayat. Simptomnya juga sama. Kali ini pokcik hanya doakan air mineral kerana
kebetulan kami berjumpa di rumah orang lain. Alhamdulillah, tiada lagi berita
tentang masalahnya itu sehingga kini… Alhamdulillah segala puji bagi Allah.
Kisah kedua pulak berkenaan dengan seorang hamba Allah yang
datang ke rumah pokcik. Kisahnya agak berbeza sedikit daripada kisah pertama
tadi. Hamba Allah ni sering melawat kawannya yang juga seorang jururawat di
hospital. Namun begitu tidak lama kemudian, sahabatnya itu meninggal dunia.
Semenjak sahabatnya itu tiada, dia sering terbayangkan arwah di mana-mana. Nak
tidur macam mana seandainya asyik ternampak wajah si mati apabila ingin
melelapkan mata. Huhuhuhu. Terer noo syaitan dok mainkan minda manusia.
Kebiasaanya, pokcik akan syorkan kaedah rawatan secara
mandian kepada pesakit yang mengalami masalah berkaitan badi. Namun, oleh sebab
dia datang ke rumah pokcik maka pokcik pun hemboiihh laa mohong-mohong kot-kot
dia nak pengsan kaa apa kaa. Kakakkakkaka. Dak aih, pokcik gurau-gurau saja.
Hihihi. Pokcik hanya ruqyahkan dia sahaja dalam rawatan pada kali ini. Alhamdulillah
Allah juga memberikan ehsan-Nya pada kali ni. Dia tak lagi terbayangkan wajah
si arwah. Kalau tidak jenuh jugalah. Cuba bayangkan ketika mencangkung nak membuang
air besar tiba-tiba ternampak kelibat si arwah mencangkung di depan dia.. Mau
terbantut hasrat. Hihihi.
Kes ketiga merupakan kes seorang budak lelaki. Ayahnya
mengambil pokcik di rumah pada suatu malam untuk dibawa ke hospital. Ketika
berada di hospital pun suhu badan semakin tinggi walaupun sudah dimasukkan air
dan sebagainya. Nak dipendekkan cerita, sesampainya di sana pokcik terus scan
mohong-mohong. Adoiii ternampak pulak beruk dgn muka cina yang tiada mata
sebelah. Mungkin ia hanya mainan perasaan pokcik sahaja. Manalah tahu. Syaitan
memang pandai memanipulasikan keadaan.
Apabila ditanya secara lebih terperinci, rupanya anak hamba
Allah ni terkejut melihat seekor beruk pada waktu siang tu. Cina tu pulak
rupa-rupanya kebetulan menghembuskan nafas yang terakhir di sebelah katilnya.
Entahlah, bab dgn haiwan pun ada. Bab dengan manusia pun ada. Tapinya pada
pandangan pokcik semua tu mainan syaitan saja bagi menimbulkan fitnah dan
kelihatan seperti si arwah atau binatang tu laa puncanya. Mmmmmm.. Entahlah.
Pokcik pun tak minat untuk mengetahuinya lebih lanjut bimbang hanyut dan SYOK
sendiri.
Apa pun setelah semua kes tu diruqyah dan dihembus laa
tipu-tipu sambil sesekali pokcik berlakon geleng kepala sikit, Alhamdulillah.
Tu kira ok lagi laa pokcik tambah satu lagi taktik membohong dengan cara
gelengkan kepala. Lain kali pokcik nak tambah pulak satu lagi. Hihihi. Sambil
gelengkan kepala sambil mulut berdecit dan cakap ish ish ish berat kes ni.
Kakakakkakakkakaa. Dalam gurauan pokcik pun, memang kita selalu melihat keadaan
seperti itu. Kalau menonton drama atau filem Melayu pasti kita akan melihatnya.
Mungkin apa yang ditonjolkan itu merupakan hasil kajian dan berkaitan dengan
perkara yang benar-benar berlaku di luar sana. Apa pun, alhamdulillah anak
kecil itu, dibenarkan pulang keesokan harinya setelah suhu badannya Kembali normal.
Kes keempat berkaitan dengan badi ayam hutan sehingga meragut
nyawa. Namun pokcik tak mahu kongsikan perihal itu kerana pokcik hanya
mendengar sahaja peristiwa yang berlaku itu. Mungkin nampak macam mengarut,
tetapi sesiapa yang ingin memburu di hutan, perlulah melengkapkan diri dengan
sedikit ilmu agar tidak menjadi mangsa jin. Kalau kita dah mempersiapkan diri
namun berlaku juga, anggaplah itu sudah ketetapan daripada Allah bagi menguji
kesabaran dan iman hamba-Nya.
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf andai ada
salah silap dalam penulisan pokcik pada kali ini. Sesungguhnya sebagai manusia
biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan silap dan dosa. Moga berjumpa
lagi pada lain kali. Wallahua'lam. Salam hormat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.