Monday, 8 June 2020

RIBUT SEBELUM BERMULA


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah kerana kita masih di sini dan dapat menghirup udara segar-Nya secara percuma atas ehsan daripada Allah “ Maka Nikmat Tuhanmu yang Manakah yang Kamu Dustakan?” kalimat itu diulang-ulang sebanyak 31 kali dalam surah Ar-Rahman agar kita berfikir akan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada semua makhluk. Salah satu nikmat yang utama ialah lahir dalam Islam dan iman.

Baiklah para sahabat yang masih lagi menjadi sahabat FB Encik Omar. Semalam sebenarnya pokcik ada usahakan sat ukes dari jauh berkaitan dengan isteri orang yang menghubungi pokcik kerana si isterinya mempunyai gangguan. Antaranya selalu nampak ular besar, orang tua, berbau kemenyan, berkelakuan seperti budak-budak di hadapan orang ramai dan sebagainya. Namun, kita biarkan dahulu kes itu. In shaa Allah pokcik akan kongsikan juga nanti jika diberikan kesempatan oleh Allah dan diberikan kesihatan yang baik.

Kali ini pokcik akan berkongsi pengalaman ikhtiar secara berdepan atau bersemuka pula. Alhamdulillah, pada suatu hari pokcik telah dijemput oleh seorang hamba Allah di Bukit Setongkol Kuantan kerana beliau telah mengadakan kenduri doa selamat. Kata tuan rumah, anaknya akan melanjutkan pelajaran ke Moscow, Russia. Alhamdulillah. Majlis pada hari itu berjalan dengan lancer dan sempurna seizin-Nya. Pokcik kiranya satu-satunya insan yang  bukan sanak saudara atau jemaah masjid mahupun penduduk tempatan yang dijemput ke majlis itu. Kiranya pertolongan dan usaha pokcik yang tak seberapa terhadap keluarganya tidak lama sebelum itu dihargai oleh mereka sekeluarga.

Kisahnya, pada suatu malam pokcik diambil oleh birasnya untuk ke rumah hamba Allah ni. Macam datuk pulak rasa pokcik tua ni apabila dijemput di rumah. Hihihi. Sesekali berasa jadi orang besar apa salahnya. Hahahahahaha. Pokcik dibawa ke sebuah rumah yang amat besar dan cantik di Bukit Setongkol Kuantan. Terkesima jugaklah orang susah macam pokcik ni. Serba salah juga dibuatnya. Takkan pokcik nak ajak si sahabat pokcik itu balik. Sahabat pokcik yang datang mengambil pokcik itu sebenarnya seorang ustaz betul dan bukannya ustaz perubatan yang sesetengahnya pergi kursus perubatan tiga kali lalu menggelarkan diri mereka ustaz kepada pesakit yang datang berubat.

Sampai kami di sana, pokcik dan sahabat tadi berbual di luar pintu pagar rumah. Kami sempat berbual tentang usaha yang pernah dilakukan oleh tuan rumah berkaitan dengan rumah dan keluarganya. Mungkin tuan rumah telah bercerita serba sedikit tentang perkara itu kepada sahabat pokcik itu.  Tak lama kemudian keluarlah tuan rumah dengan berkain pelekat. Dia mengajak kami masuk ke rumahnya tetapi pokcik memintanya masuk dahulu. Bukan apa, pokcik baru sahaja menghidupkan api rokok daun. Hahahahaha. Lepaklah kami di luar pagar rumah sambil ditemani oleh tuan rumah.

Tuan rumah mula bersuara dan meminta pandangan pokcik tentang keadaan rumahnya itu. Entah apa jawapan yang pokcik akan jawab. Maklumlah pokcik bukannya KASYAF atau BUAT-BUAT NAMPAK bagi menaikkan HARGA KOS PERKHIDMATAN sekiranya pesakit atau pelanggan kagum dengan KEBOHONGAN atau cerita yang sengaja direka-reka. Kalau pokcik jawab ruamahnya sangat besar dan menawan nanti tuan rumah riak, bongkak, sombong dan ujub pula. Kakakakka. Serba salah juga pokcik nak jawab soalan tuan rumah. Agaknya dia bertanya tentang gangguan di rumahnya itu. Sabar. Kisah sebenar belum lagi bermula. Hihihi..

Habis sebatang rokok daun, pokcik pun memberi salam bermula dari masuk di pintu pagar luar lagi. Biasalah adab. Elok saja pokcik melangkah masuk, secara tidak semena-mena berlaku ribut atau angin yang sangat dahsyat di rumahnya itu. Nampaknya memang ada sesuatu sedang menanti pokcik dari awal lagi. Gamaknya dia marah sebab tak mengajak dia gulung rokok daun itu sekali agaknya. Hahahahaha. Tadi elok saja cuaca. Tiba-tiba suasana berubah sekelip mata. Kelihatan pokok sampai nak menunduk rapat ditiup angin kencang. Pokcik menoleh melihat keluar untuk memastikan di tempat lain pun sama. Namun, kelihatan cuacanya amatlah berbeza. Persekitaran rumah orang lainkelihatan tenang tidak seperti di perkarangan rumah tersebut. Kebetulan agaknya. Hihihihi.

Pokcik tidak mahu lama-lama di luar rumah itu. Kami terus masuk ke dalam rumah itu. Bukan apa, sestengah orang suka mendengar cerita KAYANGAN. Kalau pokcik kata pokcik karate angin itu, silap-silap ada yang percaya. Tapi bukannya sahabat FB pokciklah sebab pokcik percaya sahabat pandai menilai dan bijak berfikir. Sebaik sahaja masuk pokcik mula merawat orang rumahnya. Orang rumahnya dikatakan dah beberapa kali membuat pembedahan tetapi keadaannya masih sama. Boleh kata berubat kampung tak tau laa banyak mana. Orang kaya katakan. Seluruh Malaysia dia bawa. Habis dah semua DARUL mereka pergi namun masih belum berjodoh.



Alhamdulillah selesai orang rumahnya. Ada suatu kepelikan semasa pokcik usahakan orang rumahnya itu kerana tempat gangguan ni seolah-olah terbalik. Dia berasa sakit pada bahagian kiri tetapi gangguan dikesan pada bahagian kanan. Haih lain macam sahaja. Jarang pokcik mengalami keadaan begitu. Walaupun begitu, pokcik usahakan seperti biasa iaitu pada bahagian yang pokcik kesan dan bukannya pada bahagian yang sakit. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, hilang sakit pada bahagian yang bertentangan biarpun pokcik usahakan di bahagian lain.Selepas tu pokcik tengokkan suaminya. Elok saja dia menyerahkan diri. Pelik orang rumahnya.

Orang rumahnya memberitahu bahawa dia agak sukar meminta diusahakan dirinya dengan perawat lain sebelum-sebelum ini.Menurut isterinya lagi, sebelum ini suaminya tak mau dirawat atau diperiksa walaupun diminta oleh si isteri. Kali ini setelah melihat cara perubatan pokcik dia dengan rela datang di hadapan pokcik lalu meminta pokcik melihat keadaan dirinya. Hihi. Dia tengok pokcik tak dak pelik-pelik kot. Hemboiihh mohong-mohong saja. Tak membawa apa-apa barang dan sebagainya. Mereka juga tidak perlu menyediakan apa-apa seperti kain hitam, kain kuning, air kolah masjid, air tujuh kuala dan sebagainya. Cukup sekadar bawa diri dan pokcik doakan. Itu pun doa yang mana tahu sahaja. Maklumlah pokcik bukannya pandai sangat pun.

Haritu katanya mereka menjemput juga anak buah Ustaz SS yang popular dalam tv tu seramai enam orang. Pokcik tertanya-tanya juga kenapa sesetengah pusat perubatan datang beramai-ramai untuk ikhtiar seorang pesakit atau satu rumah. Gamaknya untuk saling melengkapi seperti suami isteri kot. Kata Tom Cruise kepada kekasihnya dalam filemnya, YOU COMPLETE ME. Agaknya macam itu la kot. Entahlah, pokcik pun tak faham sangat. Pokcik cuba bersangka baik tetapi kalau datang dengan enam buah kereta yang berbeza, agak-agak berapa yang perlu diberi oleh tuan rumah? RM50 cukup ke? Katanya Ketika nak masuk ke rumah pun mereka terpaksa hembus-hembus terlebih dahulu kerana  disekat di depan pintu rumah Ketika mereka ingin masuk ke rumah itu. Macam pokcik tadi agaknya tapi pokcik jenis malas nak layan sangat.

Setelah diperiksa, nampaknya tiada sebarang tanda-tanda gangguan pada suaminya. Setelah itu pokcik usahakan anak lelakinya pula. Emaknya memberitahu bahawa si anaknya itu sedang belajar untuk menghadapi SPM. Dia takut untuk bangun tidur dan berjaga pada waktu tengah malam sebabnya dia selalu melihat kelibat di dalam rumahnya itu. Biasalah kalau ada makhluk tu maka dia akan lihat mengikut sudut pandang mereka. Lagi satu, ada juga kemungkinan makhluk itu memunculkan diri untuk menunjukkan mereka ada di situ. Apa pun, alhamdulillah selesai anaknya.


Setelah itu pokcik dibawa melawat di setiap bilik di rumahnya. Semua bilik pokcik usahakan dan buang apa yang ada dengan izin Allah. Semua bilik diperiksa dengan teliti. Bilik utamanya dan bilik amahnya yang agak kuat gangguan. Apa pun pokcik hemboiihh pii laa mohong-mohong. Selesai kerja malam tu. Alhamdulillah sejak haritu takdak lagi dengar dan nampak pelik-pelik di rumahnya. Alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan usaha pokcik dan setidak-tidaknya tuan rumah serta seisi keluarganya dapat hidup tenang dan mudah beribadah kepada-Nya.

Orang rumahnya pun dah Alhamdulillah ceria apabila pokcik berjumpa dengannya dalam majlis baru-baru yang diadakan itu. Anaknya yang kini telah berangkat ke Moscow juga mencium tangan pokcik ketika bersalaman sebagai tanda hormat terutama kepada orang tua seperti pokcik. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Moga jumpa lagi kalau akaun pokcik tak kena hack lagi. Kakakkakaka. Wallahua'lam. Salam hormat.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.