بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang dihormati;
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih diberikan kesempatan oleh-Nya menghirup udara segar dan melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Pada kesempatan ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah tentang tipu daya syaitan dan usaha yang dilakukan agar manusia sukar untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.
Pada hari Ahad baru-baru ini pokcik seperti biasa akan bertolak dari Kuantan ke Muadzam Shah menuju ke rumah sewa. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah iaitu Ustaz Azhar (bukan nama sebenar). Nada suaranya seperti serta salah ingin meluahkan isi hati kerana percakapannya yang agak tersekat-sekat seolah-olah sedang menyusun kata-kata yang sesuai untuk diucapkan.
Ustaz Azhar : Assalamualaikum
Encik Omar : Waalaikumussalam
Encik Omar : Waalaikumussalam
Ustaz Azhar : Ada di mana?
Encik Omar : Saya dalam perjalanan ke Muadzam Shah
Encik Omar : Saya dalam perjalanan ke Muadzam Shah
Ustaz Azhar : Kawan ada hajat ini. Daripada orang kampung.
Encik Omar : Hajat apa? Lain macam je bunyinya
Encik Omar : Hajat apa? Lain macam je bunyinya
Ustaz Azhar : Ada orang kampung datang ke rumah. Anaknya sakit.
Encik Omar : Sakit macam mana tu?
Encik Omar : Sakit macam mana tu?
Ustaz Azhar : Katanya anaknya nak lari dari rumah. Sudah lima malam tak tidur.
Encik Omar : Oooo. Apa-apa nanti kita mesej di rumah. Tak sampai lagi ni.
Encik Omar : Oooo. Apa-apa nanti kita mesej di rumah. Tak sampai lagi ni.
Setelah tamat perbualan telefon, pokcik meneruskan perjalanan. Lebih kurang 10 minit akhirnya pokcik pun sampai di rumah. Tepat pukul 10.11 malam, masuk satu mesej daripada Ustaz Azhar yang bertanyakan keperluan sekiranya pokcik ingin scan dari jarak jauh. Betul juga tu. Ada yang mahukan alamat pesakit. Untuk apa agaknya tu? Hihihihi… Kalau sekadar nak scan cara tak pandai sekadar ikhtiar, pokcik biasanya minta gambar pesakit. Itu pun bukan semestinya betul sebab kalau kita tahu perihal ghoib memang lain macam dah tu. Berdasarkan tanda pada diri pesakit, pokcik dapat kesan ada gangguan yang berat pada bahagian kepala dan dadanya. Jin apa agaknya? Wallahua’lam.
Pokcik memberitahu hal itu kepada Ustaz Azhar. Berselang beberapa minit, Ustaz Azhar menelefon pokcik lagi. Beliau ingin menceritakan serba sedikit perihal si sakit. Menurut beliau, ketika itu keluarga si sakit ada di rumahnya. Mereka mendengar cerita bahawa Ustaz Azhar memang pandai berubat. Oleh itu mereka terus ke rumahnya untuk meminta beliau usahakan si sakit. Mungkin Ustaz Azhar pemalu agaknya. Ketika berbual dengan pokcik pun, beliau agak merendah diri. “ Berubat budak menangis tiup-tiup telinga bolehlah. Nak lebih-lebih tak pandai, ” katanya kepada pokcik.
Kalau Ustaz Azhar tak pandai, pokcik lagi tak pandai. Hahahahaha. Apa pun, beliau meminta pokcik usahakan kes itu. Menurut beliau lagi, si sakit merupakan seorang peniaga. Kalau tak salah pokcik, sebelum berlaku kejadian itu, beliau meniaga di Sri Jaya. Ketika dalam perjalanan pulang, beliau terasa ingin membuang air kecil. Dalam keadaan hujan yang lebat, beliau keluar dari kenderaan lalu melepaskan hajatnya. Bermula dari saat itu, beliau mula berkelakuan aneh. Beliau akan berlari di dalam rumah dan melakukan pelbagai kelakuan yang tidak dibuat oleh manusia normal.
Ketika Ustaz Azhar menghubungi pokcik, si sakit tidak tidur selama lima hari. Setelah tamat perbualan, pokcik berjanji untuk tengok beliau dari jauh sahaja pada malam itu. Tambahan pula pokcik agak letih dan baru sahaja sampai di rumah. Setelah doakan beliau, pokcik pun memberitahu Ustaz Azhar dan meminta mereka memberitahu keadaannya. Keesokan harinya (semalam), adik ipar dan abangnya datang ke tempat kerja pokcik. Mereka meminta pokcik datang juga ke rumah mereka. Serba salah juga sebab pokcik sedang bekerja. Namun, perasaan ingin tahu dan simpati menyebabkan pokcik gagahkan diri pergi ke rumah mereka. Tambahan pula pokcik dimaklumkan bahawa si sakit cuba lari setelah diberitahu pokcik akan datang ke rumahnya namun berjaya ditangkap oleh ahli keluarganya yang lain. Ada sesuatu yang tak kena lagi tentang si sakit.
Kali ini pokcik pergi dengan salah seorang rakan sekerja. Kebetulan rakan sekerja itu memang tahu di mana rumah si sakit. Akhirnya kami sampai ke ruamhnya. Kelihatan ramai ahli keluarga dan kenalan berada di situ. Kelihatan dua orang lelaki sedang duduk di sofa. Pokcik boleh agak yang mana satu si sakit kerana lelaki di sebelahnya berpakaian agak kemas dan bersongkok. Dalam hati pokcik, mungkin lelaki itu perawat atau pun memang bersedia untuk menangkap si sakit sekiranya dia lari. Namun dari segi pakaiannya boleh lebih terarah menjangkakan si lelaki berkupiah itu merupakan seorang perawat yang dipanggil oleh keluarga si sakit. Wallahua’lam.
Sebaik sahaja bersalaman, pokcik akhirnya duduk di sebelah si sakit. Lelaki berkupiah itu turun dan duduk tidak jauh dari kami. Pokcik dan rakan sekerja yang datang berbual mesra dengan si sakit dan ahli keluarganya yang lain agar suasana yang agak tegang dapat dikendurkan. Sesekali rakan sekerja pokcik membuat lawak dan diikuti dengan hilai ketawa penghuni rumah itu. Setelah keadaan agak tenang, pokcik berbual dengan si sakit. Pada mulanya dia agak tenang menjawab soalan pokcik. Tiba-tiba, dia menjadi gelisah dan mula menunjukkan perlakuan yang agresif.
Melihat keadaan itu pokcik terus memulakan langkah pertama. Pokcik meminta beliau bertenang dan ingat akan Allah. Pokcik pun tak tahu sama ada dia mendengarnya atau pun tidak. Dengan lafaz basmallah pokcik pun membacakan beberapa potong ayat-ayat suci Al-Quran. Nafasnya semakin kencang dan di amula mendengus seperti kerbau yang disembelih. Dadanya mula berombak dengan kencang. Akhirnya dia menjeling tajam tanpa berkelip ke arah pokcik yang betul-betul berada di sebelahnya. Semakin dibacakan ayat-ayat suci al-Quran, dia semakin panas dan kelihatan tangannya cuba diangkat.
Kelihatan si sakit berasa geram yang teramat sangat kepada pokcik. Entah berapa kali dia cuba mengangkat tangannya tetapi alhamdulillah tangannya terpasak pada bahagian lututnya. Kalau berjaya diangkat memang naya pokcik. Huhuhuhu… Ketika menundukkan sedikit muka, pokcik dapat merasakan wajah si sakit dah berubah. Wajahnya menjadi besar. Pokcik takt ahu sama ada itu mainan perasaan pokcik atau sebaliknya. Pokcik abaikan. Akhirnya, dia yang agresif tadi mula lemah. Matanya yang menjeling tajam ke arah pokcik, mula dihalakan ke hadapan dan akhirnya dia menundukkan kepalanya.
Ketika pokcik membacakan surah An-Nas, di amula mengikut apa yang dibacakan oleh pokcik. Setelah itu pokcik cuba ikhtiar menarik keluar gangguan daripada tubuhnya terutama pada bahagian kepala, dada dan perutnya. Dia akhirnya terkulai. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Melihat keadaan itu, pokcik meminta dua orang ahli keluarganya memapahnya ke katil. Sebaik sahaja sampai di katil, si sakit terus tidur. Sahabat pokcik yang menelefon ahli keluarganya pada pukul 1.30 petang itu dimaklumkan bahawa si sakit masih lagi tidur. Letih agaknya kerana sudah beberapa hari tidak melelapkan mata.
Setelah selesai, lelaki berkupiah meminta pokcik scan salah seorang perempuan di situ. Katanya dia dan suaminya selalu bertengkar. Permintaannya pokcik ikut tetapi pokcik tak akan usahakannya kalau ada gangguan sekali pun kerana ingin berkejar semula ke tempat kerja. Pokcik hanya menghalakan tapak tangan ke arahnya namun orang lain pula yang sendawa berkali-kali. Nampak gayanya, sebelum melarat pokcik meminta diri dan mengatakan bahawa tiada gangguan pada hamba Allah yang pokcik halakan tapak tangan itu.
Sebelum balik, sempat lagi pokcik memberikan tazqirah ringkas. Pokcik terangkan bahawa sesiapa sahaja yang usahakan si sakit, hanyalah berikhtiar kerana hanya Allah yang boleh menyembuhkan sesorang. Perawat mana pun tiada apa-apa kuasa atau kelebihan. Mereka memohon kepada Allah dalam setiap usaha yang dilakukan. Pokcik juga menasihati mereka agar jangan terlalu taksub dan mempunyai tanggapan berlebihan terhadap seseorang perawat. Sebenarnya, nasihat itu pokcik berikan kerana mereka sudah mula menggelarkan pokcik sebagai USTAZ sebaik sahaja pokcik selesai usahakan si sakit. Pokcik bimbang, ada segelintir perawat yang mengambil kesempatan dengan gelaran USTAZ yang diberikan atau menggelarkan diri sendiri sebagai USTAZ bagi mengaburkan mata masyarakat.
Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf andai kata pokcik ada tersalah cakap dan penulisan pokcik ini kurang menyenangkan hati sahabat. Sesungguhnya semua manusia adalah sama di sisi Allah dan tidak dinilai daripada gelaran dan pangkat melainkan KEIMANAN dan KETAQWAAN kepada-Nya. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Salam hormat. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.