Wednesday 10 June 2020

ORANG TUA IKUT, ULAR BESAR dan BAU KEMENYAN


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Apa khabar semua sahabat? Moga semuanya sihat dan dalam lindungan Allah SWT. Kali ini coretan Encik Omar pendek sahaja disebabkan perkongsian kali ini disertakan dengan perbualan bersama suami si sakit yang pokcik namakan sebagai HALIM (Bukan nama sebenar). Halim menghubungi pokcik pada hari Ahad baru ini tetapi pokcik sengaja menunggu beberapa hari untuk membuat perkongsian bagi mengetahui perkembangan pesakit selepas ikhtiar dilakukan.

Menurut Halim, dia memperoleh nombor telefon pokcik daripada sahabatnya yang bernama NOR. Nor yang mana satu pun pokcik tak tahu. Mungkin juga sahabat pokcik atau mungkin juga bekas pesakit yang pernah pokcik usahakan dahulu. Pokcik harap NOR itu bukan dalam kalangan sahabat FB pokcik kerana memang pokcik berpesan kepada sesiapa yang dapat nombor telefon pokcik, mereka tidak boleh panjangkan kepada orang lain. Lagi satu, sepatutnya NOR memaklumkan atau memberitahu kepada pokcik terlebih dahulu sebagai memegang AMANAH daripada pokcik.

Lupakan bab itu. Satu perkara lagi, sebelum meminta sesiapa pun ikhtiar, tanya BAYARAN terlebih dahulu. Bukan apa, pokcik tak mahu pesakit terbeban dengan harga bayaran yang tidak masuk akal yang dikenakan ke atas mereka oleh setengah perawat yang MENCARI MAKAN dengan cara itu… Kalau nak tahu apa yang berlaku, sahabat boleh baca perbualan pokcik dengan HALIM di bawah. Nama isterinya yang pokcik catat dalam perkongsian ini juga bukanlah nama sebenar.

PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH

SUNDAY
3.32 PM,6/7/2020

HALIM : Assalamualaikum wbt.  Maaf ganggu. Sy dpt no encik dr sahabat sy. Sy ada masalah encik. Isteri sy. Selalu berperangai pelik. Dia selalu nampak, Ular besar, Org tua. Kadang dia tak kenal org. Sy nk mintak bantuan encik. Dia selalu bau kemiyan. Kadang dia ckp ada org tua ikot dia
OMAR : Waalaikumussalam. Tuan di mana ye.

HALIM : Tolong lah encik. Nak gambar dia ke. Di selangor
OMAR : Oooo...

HALIM : Kadang perangai macam budak kecik. Tak kira depan org ke tak
OMAR : Kalau Selangor, mungkin dapat nombor ni daripada sahabat saya di sana. Lama dah ke tuan masalah tu

HALIM : Lama dah encik. Masa bujang kurang sikit. Lepas kahwin lagi teruk encik. Kadang tengah solat dia boleh lupa nk baca apa
OMAR : Mcm ni laa. Saya biasanya ikhtiarkan keadaan diri si sakit semasa. Maksudnya tuan atau anak kena tunggu di sana dan dihantar gambar semasa kejadian

HALIM : Sekarang dia tgh solat. Tu dia tgh solat ( Sambil menunjukkan gambar isterinya )
OMAR : Tapinya petang ni saya tak sempat sebab saya nak keluar petang ni

HALIM : Baik tuan. Harap sgt tuan dpt bantu. Kadang sy dimaki dimarahnya. Dia kata bau sy busuk mcm kemiyan
OMAR : In shaa Allah sekadar ikhtiar. Tetap tetap kena pegang akidah kita kesembuhan hanya daripada Allah..

HALIM : Betul tuan. Kite mampu merancang tapi Allah maha mengetahui
OMAR : Tuan tunggu saya pm kalau btl2 nak ikhtiar

HALIM : Baik tuan
OMAR : Dapat daripada siapa nombor ni tuan

HALIM : Kawan nama nor
OMAR : Suhaida ke

HALIM : Bkn tuan. Sy panggil dia Nor je. Hari ni sy bawak dia berjalan...depan org dia buat perangai..semua org tengok...jd mcm budak2
OMAR : In shaa Allah, mungkin juga berkaitan pendamping atau saka... Kalau Allah izin,  saya akan ikhtiar pisahkan

HALIM : Ye ke tuan... tolong ye tuan... hanya Allah SWT kite berserah
OMAR : Tuan tak cuba ikhtiar di Darul Syifa dan sebagainya ke

HALIM : Pernah masa balik ke Terengganu dulu. Alhamdulillah sembuh seketika. Lepas tu jadi lagi
OMAR : Masa tengah merasuk ke tu. Merah mukanya. Kalau mcm tu, in shaa Allah saya akan cuba usahakan. Nanti saya mesej semula ye tuan

HALIM :  Dia marah kat sy skrg tu. Apa yg sy ckp semua tak kena
OMAR : Sekarang ni dia marah ke

HALIM :  Ye tuan. Ok tuan.  Jiran yg selalu dtg hantar makanan ada kat rmh. Dia blh tak kenal
OMAR : Tak apa tuan. Abaikan... Biarlah dulu..

HALIM : Sy tunggu apa yg tuan suruh sy buat. Tuan selesaikan kerja tuan dulu
OMAR : Nanti saya mesej semula ye... Nak keluar dah sekejap lagi. Assalamualaikum

HALIM : Wassalam. Trm ksh tuan
OMAR : Sama2 tuan

[9:37 PM, 6/7/2020]
HALIM : Assalamualaikum wbt tuan. Seandainya ada kelapangan. Tolong ikhtiar untuk kesembuhan kesyifaaan isteri sy ye ustaz
OMAR : Waalaikumussalam. In shaa Allah. Kalau mlm ni dlm pukul 10 agak-agak org rumah dah tidur ke tuan

HALIM : Kol 8 dah tido ustaz sbb dia ngatuk sgttttttt tu. Sbb dah byk MLM tido tak lena. ido sejam 2' je satu malam
OMAR : Apa nama org rumah tuan... Kalau ikhtiar gangguan biasa saya tak minta nama. Ini berkait dgn perjanjian. Mesti diputuskan kalau melibatkan pendamping atau saka

HALIM : Norina bte Wahab
OMAR :  Baiklah.. Baik... Sekarang ini, tuan cuma perlu cakap lembut dgn isteri tuan... Cakap padanya kalau ada jin atau sesuatu yg mengganggu, kita akan ikhtiar pisahkan. Cukup dia kata ya sahaja

HALIM : Ok ustaz. Nanti sy ckp bile dia sedar dari tido. Ok ustaz
OMAR : Takpe dlm mamai pun ok... Takut dia sedar dan dikuasai jin jadi lain pulak. Kalau org rumah tuan tengah tidur itu pun saya boleh usahakan sekejap lagi

HALIM : So nk tunggu dia bagi jawapan baru ustaz on. Gitu ke ustaz
OMAR : Ya.

HALIM : Nanti sy kejutkan dia
OMAR : Kalau dah dia cakap ya itu saya akan solat dulu. Pastu baru usahakannya

HALIM : Ok ustaz
OMAR : Kalau org rumah tuan dah cakap ya. Biarkan dia tidur. Takde masalah

HALIM : Ok ustaz

[9:58 PM, 6/7/2020]

HALIM :Ok ustaz dia cakap ya
OMAR :  Baiklah... Tuan tak perlu buat apa2... Saya hanya akan doakan dan usahakan dari sini sahaja. Kalau seandainya orang rumah tuan merasuk dan sebagainya, abaikan dan jangan pm saya sehingga saya pm semula nanti...

HALIM : Ok ustaz.. berita diterima dan difahami. Semuga usaha ikhtiar ustaz mendapat perkenan dari Allah SWT.. aaminn ya Allah ya Rabbal aalamiin

[10:36 PM, 6/7/2020]

OMAR : Assalamualaikum
HALIM : Waalaikumussalam wbt ustaz

OMAR : Mcm mana keadaan org rumah tuan
HALIM : Sy kejutkan dia mkn tadi

OMAR :  Seeloknya jgn kejutkan
HALIM : Keadaan dia nmpk syukur Alhamdulillah

OMAR : Tapi tak kisahlah tu.. Ada org rumah kata sakit kat mana2 sekarang
HALIM : Lenguh satu badan ustaz

OMAR : Itu tak apa.. Alhamdulillah Allah permudahkan atas niat yang baik
HALIM : Sakit kepala sakit belakang sakit tengkuk. Sakit2 badan. Dia ckp badannya tak selesa

OMAR :  Tak apa itu kesan rawatan... Tapi saya akan cuba ikhtiar buang semua kesan pada tubuh badannya. Moga Allah permudahkan. Sekejap ye tuan
HALIM : Syukur Alhamdulillah.. Aamiin ya Rabbal aalamiin.in sya Allah moga dipermudahkan. Ye ustaz

OMAR : Ok cuba tanya semula... Kalau tinggal kebas, abaikan. Selepas ini berilah org rumah tuan berehat... Kasihan dia
HALIM : Kebas kat tgn kaki

OMAR : In shaa Allah dah tu kalau mcm tu. Biarkanlah dia berehat...
HALIM : Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT. Dia ada terkena buatan orang ke ustaz. 🙏🙏🙏 bertanya

OMAR : Tak apa laa bab tu... Biarlah ia menjadi rahsia Allah... Kita ikhtiar sahaja. Semua hak-Nya
HALIM : boleh tengok kan sy sekali tak. Sy selalu sakit dada dicucuk sebelah kiri, sakit tengkuk, sakit bahu. Terima kasih byk2 ustaz..kite bertawakal je..kite berserah kepada Allah SWT yg menyembuhkan

OMAR : Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kita sekadar ikhtiar sahaja. Semua hak-Nya. Baiklah tuan...Biarlah org rumah berehat... Letih dia
HALIM : Dia ckp dia penat letih mcm lepas berlari beejojing

OMAR : Betul dah tu... Saya tak ambil sebarang upah jadinya tuan hanya hadiahkan ke tabung masjid atau surau.. Bab tuan nanti dulu sebab tadi memang niat nak usahakan org rumah tuan sahaja
HALIM : Kalo ustaz kelapangan..boleh tengok kan keadaan sy ye.

OMAR :  Sekarang ini sakit ke? Kalau tak, abaikan dulu tuan... Kalau btl2 sakit dan memerlukan dan kebetulannya saya ada kelapangan, in shaa Allah saya usahakan. Baiklah tuan. Itu sahaja. Assalamualaikum
HALIM : Ye fhm ustaz..in Sya Allah sy akan laksanakan ustaz. Budi baik ustaz hanyalah Allah SWT yg dpt membalasnya.. Aamiin ya Rabbal aalamiin.. semuga ustaz dlm lindungan Allah SWT hendaknya

OMAR : Aamiin...
HALIM : Waalaikumussalam wbt ustaz

TUESDAY
[3:09 PM, 6/9/2020]

HALIM : Assalamualaikum wbt slmt ptg .. sy mengucapkan berbanyak-banyak terima diatas usaha ustaz dan dengan izin Allah SWT.. isteri sy kembali sihat walafiat....upah itu in Sya Allah sy ada sedekah ke tabung masjid serta berniat atas nama ustaz.. semuga kite sama2 mendapat pahala dan Saham akhirat..in Sya Allah kalo ada kelapangan sy nk jumpa ustaz nak berkenalan dgn lebih dekat.. akhir kalam..tqvm for everything ustaz
OMAR : Waalaikumussalam.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. In shaa Allah..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.