Saturday, 30 May 2020

DIBODOHKAN ISTERI


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ أَمَّا بَعْدُ

Sahabat yang dihormati;

Islam adalah agama sempurna. Di antara bukti kesempurnaannya adalah Islam memerintahkan kepada umatnya yang telah mampu menikah untuk menikah. Pernikahan akan berjalan dengan baik, jika pasangan suami isteri memahami kewajipannya yang menjadi hak pasangannya, kemudian melaksanakan kewajiban  itu dengan baik.  Suami berkewajiban menafkahi isteri dan anak-anaknya dengan baik dan menjaga mereka dari siksa api neraka.

Si isteri pula wajib mentaati suaminya dalam perkara yang ma’ruf sesuai dengan kemampuannya. Jika isetri melakukan kewajipannya kepada suami dengan sebaik-baiknya, setelah mentaati Allâh , maka ia akan meraih syurga-Nya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:  إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Jika seorang wanita melaksanakan shalat lima waktu, melaksanakan puasa pada bulannya, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.”

[HR Ibnu Hibban, no. 4163. Hadits ini dinyatakan sebagai hadits Hasan oleh syaikh Al-Albani dan dihukumi sebagai hadits shahih oleh syaikh Syu’aib al-Arnauth]


Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah berkaitan dengan hadis di atas. Tapi sebelum itu pokcik nak ceritakan tentang golongan KAYANGAN yang terdiri daripada segelintir perawat dan pesakit. Bukan sahaja perawat kayangan, pesakit kayangan pun ramai. Pesakit berbicara seolah-olah perawat pun ada. Pokcik jumpa ramai juga pesakit kayangan ni. Angin bertiup di dahan pokok pun dikatakan jin tengah berebut kawasan. Air menitik di singki pun dikatakan jin tengah minum air.. Parah sangat diorang ni..

Sampaikan demam dan sakit kepala pun ada juga pm pokcik. Katanya berkaitan dengan mistik. Tak campur lagi dengan kereta tahun  70-an yang sering rosak diminta pokcik bacakan yaasin untuk disimbah ke kereta. Gamaknya sangkaan dia jin kerkah wayar kabel kereta.. Ini kisah benar dan bukan rekaan pokcik untuk menyedapkan cerita. Nilaikan sendiri wahai sahabat yang Budiman.

Elok geng pesakit kayangan ini pokcik serahkan kepada perawat kayangan. Baru ngam elok. Sakit kepala, perawat kata ada lapan ekor jin dok bergendang dalam kepala. Dia dah lancarkan peluru berpandu scud dan panah berapi hikmat ke kepala pesakit. Ngam laa tu. Pesakit tu pun jumpa kita, aku kata dah. Aku sakit kepala sebab ada jin kepala botak bergendang ada keramaian dalam kepala aku. Hang tak caya.

Mujur aku jumpa, perawat tu. Baik punya. Siap lancarkan peluru penangkis scud lagi. Elok sangatlah tu.. Ngam ngam soi... Kita tanya pulak, kepala hang ok dah kaa? Dia kata, sakit lagi ni tak hilang lagi. Kata perawat tu, itu kesan serangan peluru berpandu dan bom atom yang dilepaskan. Haaa elok sangat laa tu. Dua2 tak boleh nak fikir dengan rasional.. Kata bodoh kasar sangat. Kata tak dak otak, dia marah kita balik. Kurang cerdik boleh kot no.. Huhu

Baiklah, berbalik kepada cerita pokcik pada kali ini. Suatu hari pokcik pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah. Katanya dia ini berjumpa dengan pokcik pada petang itu. Jadinya dalam pukul 5.30 tadi dia hubungi pokcik lagi untuk berjumpa di sebuah kedai makan.. Lebih kurang pukul 5.45 petang, pokcik sampai ke situ. Hamba Allah itu ditemani oleh sahabat pokcik Ustaz Samsul. Mereka tenang minum di situ. Tiba-tiba hamba Allah ini berkata dia berasa berdebar sebaik sahaja pokcik sampai. Nyaris dia nak balik dah tadi kerana berasa amat gelisah dan berdebar namun berjaya ditenangkan oleh sahabat pokcik itu. Sesekali dia menunduk sesekali dia pusingkan mukanya ke arah lain. Dia kelihatan tidak tenang..

Alang-alang sampai di kedai, pokcik order dulu jus nanas dan keropok goreng. Kita minum dulu, kata pokcik. Hahhahahha boleh gitu? Kalut nak piii mana. Kan.. Muka hamba Allah itu pokcik lihat tiada seri. Lebih tepat, keadaannya seperti ayam berak kapur. Kasihan pokcik melihat keadaannya. Ustaz Samsul bagitahu, sudah lama dia syorkan agar hamba Allah itu berubat namun dia berasa dirinya tidak sakit..

Lebih kurang pukul 6.10 petang, barulah pokcik ajak dia ke rumah Ustaz Samsul. Dia bersetuju. Pokcik hanya meminta dia membeli sebotol air mineral. Selepas itu kami bertolak ke rumah ustaz. Rupa-rupanya Ustaz Samsul dan beberapa orang sahabat telah pergi membaca yaasin dan doa selamat di rumah hamba Allah ini beberapa malam yang lalu. Kata ustaz, kehadiran dia di situ telah ditunggu oleh makhluk yang mengganggu. Ketika sedang membacakan yaasin itulah dia terpandang dan bertentangan mata dengan makluk hitam itu.

Menurut Ustaz Samsul, dia bacakan juga beberapa ayat dan diulang-ulang hingga makhluk itu hilang daripada pandangan. Alhamdulillah katanya.  Berbalik kepada cerita pokcik pula. Setelah sampai ke rumah ustaz, pokcik membacakan beberapa potong ayat pada air itu. Akhirnya pokcik meminta dia minum dan sapu sedikit pada dadanya. Tujuannya adalah untuk menguatkan semangatnya yang telah hilang...

Setelah itu barulah pokcik meminta dia duduk berlunjur di hadapan pokcik. Dia kelihatan tenang. Pokcik tanya kepadanya adakah dia masih berdebar. Tidak, katanya tegas. Alhamdulillah. Pokcik doa agar dipagarkan hamba Allah ini. Setelah dibacakan beberapa potong ayat, pokcik mula doakan untuk memotong, membakar dan seterusnya keluarkan gangguan yang ada padanya.

Ketika itu air matanya mula bergenang. Pokcik teruskan hingga selesai tanpa mempedulikannya. Alhamdulillah setelah selesai, kami dijamu dengan air. Pokcik tanya bagaimana rasanya. Katanya dia kini berasa amat tenang seolah-olah baru tersedar daripada mimpi. Alhamdulillah. Ketika minum, tiba-tiba dia menangis.. Pokcik membiarkan dia bermain dengan perasaannya itu. Air mata jantan mula berguguran. Lelaki yang macho itu mula menangis tanpa berselindung lagi...

Ustaz Samsul pergi ke arahnya lalu menepuk bahunya. Pokcik macam biasalah. Terus minum air seperti tiada apa yang berlaku. Hihihihihi. Kemungkinan hamba Allah ini keluar dari rumah lalu duduk di bangku luar. Katanya nak hisap rokok. Pokcik dan Ustaz Samsul senyum sahaja. Biarlah dia menangis semahunya di luar itu. Kami terus minum dan makan karipap yang disediakan oleh ustazah. Isteri ustaz Samsul. Selesai minum, pokcik keluar menemui hamba Allah itu..

Katanya dia berasa amat kesal. Kini baru dia nampak semua yang berlaku. Dia berdosa kerana bercakap kasar dengan ibunya. Dia seolah-olah dipukau dan tidak tahu apa yang berlaku. Dia boleh memarahi ibunya sekiranya si ibu menasihatinya apabila melihat kelainan pada si isteri. Dia juga baru teringat akan anaknya yang mengikut si isteri pergi ke Johor. Pada malam kejadian, dia tidak berasa apa-apa apabila si isteri dan anaknya keluar dari rumah. Siap boleh mengeteh lagi pada malam itu, tambahnya lagi.. Dia seperti orang bodoh...

Pernah pokcik kongsikan lama dulu perihal si isteri yang membacakan sesuatu di kepala ibu mertuanya ketika tidur. Bukan itu sahaja, si isteri juga membacakan sesuatu di telinganya ketika si suami juga tidur. Dia terjaga ketika si isteri membacakan ayat buat kali ketiga. Dia sedar pada kali pertama dan kedua namun seperti tidak boleh berbuat apa-apa.. Begitu juga air yang diminumnya. Kelihatan si isteri membawanya ke sana sini dan dia melihat si isteri meniup namun dia hanya sedar air yang diminumnya itu ditiup sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta untuk pergi ke tempat kerja.

Dia nak bertanya tetapi setiap kali dia ingin bertanya apa yang dilakukan si isteri, mulutnya terkunci. Begitu juga ketika si isterinya baru balik dari Johor setelah keluar selama tiga hari. Katanya dia ingin melihat tiket bas yang dinaiki itu sebaik sahaja isterinya menelefon agar mengambilnya di bandar. Sesampai di sana sekali lagi mulutnya terkunci. Perasaan marah yang membuak-buak terus hilang. Si isteri diambilnya bukan di stesen bas. Pelik kan? Si ayah memarahinya tetapi dia tetap membela orang rumahnya itu.

Galeri gambar di telefon isterinya juga ada password. Pelik tu. Hinggalah dia unistall dan install semula galeri. Barulah dia dapat melihat gambar lelaki yang sama dan si isteri selfie di depan cermin dan sebagainya. Hati nak marah tetapi tidak boleh. Si isteri tidak mahu mengaku sampai ke sudah. Katanya gambar itu merupakan gambar whatsapps group. Pelik juga menyimpan gambar lelaki yang sama sahaja. Dah tentu ada sesuatu yang tak kena.

Sehinggalah isterinya keluar dari rumah, membawa pakaiannya dan si anak kesayangannya dia tidak marah dan berasa apa-apa. Kini barulah dia sedar dan nampak semua yang tidak kena. Dia mula rindu akan anaknya. Dia berasa berdosa dengan kedua-dua ibu bapa. Dia berasa bersalah dengan kawan-kawan kerana dia bercakap kasar dengan mereka apabila ditanya keadaan dirinya.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Ingatlah wahai kaum hawa. Tidak akan masuk syurga si isteri yang membodohkan suaminya sehinggalah si suami mengampunkannya. In shaa Allah, jika ada kesempatan dan dijemput, pokcik akan ke rumahnya pula selepas ini untuk melihat apa yang menunggu di situ dan menghabiskan tugasan yang pokcik mulakan seizin Allah. Moga semuanya berjalan dengan lancar. Ingatlah si isteri, syurgamu di telapak kaki suami. Wallahua’lam. Salam hormat.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.