بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang dihormati;
Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana masih berpeluang menghirup udara kerana ehsan daripada-Nya. Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah yang berlaku baru-baru ini iaitu pada 29 Mei 2020. Kisah kali ini pokcik tidak sertakan dengan perbualan kerana perisian MICROSOFT WORD laptop rosak dan pagi ini sahabat pokcik datang ke rumah untuk mengambil dan membaikinya.
Pada pukul 8.55 malam seorang hamba Allah (sahabat FB) telah menghubungi pokcik. Menurutnya, dia kerap sakit kepala dan selalu juga mengambil ubat migraine sebagai ikhtiar. Selain itu, badannya sering gatal dan berbiji, bertompok serta miang. Tak cukup dengan itu, ujiannya juga ialah terdapat lubang pada pahanya yang dalam dan bernanah.
Menurut beliau, lebih kurang pada 2.5.2020, ketika sedang mengemas rumah tiba-tiba terasa ada satu gigitan pada bahagian pahanya. Beliau abaikan kerana terasa gatal seperti digigit serangga. Bermula dengan rasa gatal, tak lama kemudian bahagian itu mula membengkak sebesar syiling 20 sen. Keesokannya bengkaknya semakin besar sebesar syiling 50 sen dan akhirnya menjadi besar sebesar penampar.
Seminggu selepas itu mulalah terjadi lubang kecil pada bahagian pahanya. Beliau pergi berjumpa doktor kerana menjangkakan ia hanya bisul namun doktor tidak mahu mencuci bahagian itu kerana simptomnya seperti disengat serangga berbisa dan mengeluarkan bisa di sekeliling lubang yang mula terjadi itu. Entah ubat apa atau suntikan apa yang diberikan oleh doktor itu pokcik memang tak tahu kerana pokcik tidak tanya kepada hamba Allah ini.
Pokcik secara jujurnya ditunjukkan gambar pada lubang itu sahaja dan bukannya bahagian lain. Doktor tengok lebih pada itu, kan sebabnya kita ingin berikhtiar. Lubang itu sangat dalam, pokcik sempat bergurau dengan hamba Allah ini bahawa lubang itu boleh digunakan untuk menternak ikan puyu. Hahahahahahaha... Maaflah sebab pokcik tua ini suka bergurau. Jangan ambil hati.
Menurutnya lagi, selain berjumpa doktor, dia juga cuba ikhtiar secara perubatan tradisional. Namun usaha beliau secara bersemuka itu masih belum menemui jalan penyelesaian. Cuma satu sahaja yang pokcik tidak berkenaan dengan cara rawatan perawat berkenaan. Katanya hamba Allah ini ada pendamping baik. Bab ini memang pokcik akan BANGKANG. Jangan kata pokcik menyebelahi pihak itu ini kerana pokcik akan menegur dan mencegah kemungkaran tak kira ia dipanggil ustaz, bomoh, dukun atau sebagainya selagi BERKAITAN dengan pokcik... Kita tak boleh menyelamatkan semua, kita tegur dalam lingkungan kemampuan kita sahaja... Apa pun, hamba Allah ini telah berjanji tidak akan menemui perawat itu lagi. Alhamdulillah.
Jenis perawat yang boleh tahu jin berkenaan baik atau sebagainya mungkin:
1. Nak bagi pesakit kagum
2. Bersahabat dengan jin
3. Khayal gam atau mabuk ketum
4. Dia juga jin dan boleh kenal jin baik atau jahat
5. Strategi pemasaran untuk menaikkan harga bayaran
1. Nak bagi pesakit kagum
2. Bersahabat dengan jin
3. Khayal gam atau mabuk ketum
4. Dia juga jin dan boleh kenal jin baik atau jahat
5. Strategi pemasaran untuk menaikkan harga bayaran
Dalam kes ini cuma ada satu sahaja kepelikan iaitu lubang sebesar dan sedalam itu tidak menyebabkan hamba Allah ini pedih atau sakit ketika mandi. Di situ, pokcik hanya membuat kesimpulan berdasarkan simptom bahawa kesan fizikal daripada gigitan serangga berbisa itu didiami oleh jin yang mengambil kesempatan atas keadaannya. Biasalah kalau kita sakit lutut, sudah tentu tumpuan jin di situ agar kita sukar untuk beribadah kepada Allah. Solat pun atas kerusi dan sebagainya. Itu memang tugas mereka.
Pokcik usahakan hamba Allah dari jarak jauh dengan cara berdoa membacakan ayat-ayat suci AlQuran terutama berkaitan dengan bisa sengatan dan ayat-ayat serangan ke atas jin yang berada pada tubuh badan hamba Allah ini. Jangan pula, pokcik tua yang usahakan dari jarak jauh ini dipanggil USKUN dan sebagainya dan dikatakan mengambil jalan pintas untuk kesembuhan. Sebagai perawat, kita (Bukan pokcik sebab pokcik bukan perawat) seharusnya memuhasabah diri, belajar mempelbagaikan kaedah, bersangka baik dengan orang lain dan Allah, niat ikhtiar kerana ingin membantu secara ikhlas dan tidak meletakkan ganjaran manusia sebagai keutamaan dan sentiasa belajar dari semasa ke semasa selagi perbuatan itu tidak mensyirikkan Allah. Jangan menutup kelemahan kita dengan MENCIPTA REKA CERITA dan BERSANGKA BURUK terhadap orang lain TANPA bukti yang soheh.
Takkan jin boleh menyembuhkan penyakit kot. Cuba fikir secara rasional di situ. Tidak bergerak suatu zarah pun TANPA seizin Allah.
Berbalik kepada kisah ini. Alhamdulillah urusan kami di permudahkan oleh Allah pada malam itu. Hamba Allah ini terasa diri seolah-olah melayang entah ke mana semasa ikhtiar dilakukan. Tiada kejadian pelik yang berlaku sepanjang proses dilakukan. Alhamdulillah kepalanya yang berat terus ringan dengan izin Allah. Begitu juga dengan gatal pada bahagian badannya. Keesokannya sudah tiada nanah pada bahagian lubang itu dan bisa juga semakin berkurang...
Kali ini, lubang pada pahanya itu akan menjadi pedih apabila terkena air seperti manusia normal yang lain tidak seperti sebelum berikhtiar. Alhamdulillah semalam hamba Allah ini menunjukkan gambar sebelum dan selepas diusahakan oleh pokcik. Daging dalam lubang itu sudah mulai tumbuh dan hampir menutup lubang yang dalam itu. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.. Cuma nasihat pokcik kepada hamba Allah ini, buat masa ini jauhilah dahulu makanan yang agak berbisa seperti telur dan kicap. Alhamdulillah katanya beliau memang berpantang..
Moga hamba Allah ini terus sihat seperti biasa seizin-Nya. Mungkin ada juga perbuatan syirik yang dilakukan oleh seorang kepadanya kerana dia sentiasa berjumpa duit syiling di kawasan rumahnya. Apa pun kita bersangka baik sahajalah. Mungkin kebetulan. Kalau pun disihir, moga si pelaku insaf dan kembali ke jalan Allah. Ujian kepada setiap manusia berbeza mengikut tahap keimanan seseorang itu dan semuanya dalam pengetahuan Allah. Orang yang sakit dengan ujian mereka, perawat pula ujiannya berbeza kerana lebih kepada melibatkan HATI, NAFSU dan DUNIAWI.
Sekian perkongsian pada kali ini. Maaf andai ada kata-kata pokcik yang tidak enak dibaca dan sesungguhnya berkata benarlah biar pun ianya pahit. Wallahua'lam. Salam hormat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.