Wednesday, 3 June 2020

KISAH DI TERENGGANU


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kita kembali daripada mati sementara pada malam tadi. Dengan baki masa yang ada marilah kita bersama-sama mendekatkan diri dengan Allah dan mendapatkan kasih sayang-Nya. Kalau dua hari lepas Encik Omar kongsikan perihal ikhtiar jarak jauh maka hari ini pokcik akan kongsikan ikhtiar yang dijalankan secara jarak dekat atau bersemuka pula.

Kali ini pokcik akan kongsikan pengalaman pergi ke Terengganu. Alhamdulillah pokcik sampai di Terengganu lebih kurang pukul 4 petang. . Sesampainya pokcik di sana, pokcik terus ke Manir dan menuju ke rumah sahabat pokcik, puan Suhaida Mohamad. Kedatangan pokcik disambut oleh abang sulung beliau.. Setelah masuk dan mengemaskan barang, pokcik terus ke Batu Rakit untuk pekena ikan celup tepung..

Orang kata, rezeki tidak pernah salah alamat. Memang tepat pun, sebabnya rezeki, jodoh dan ajal telah pun ditetapkan oleh Allah sejak di Luh Mahfudz lagi. Namun begitu kita disarankankan untuk berusaha dan berdoa. Berdoa juga merupakan satu usaha dan selebihnya kita perlulah bertawakkal kepada Allah. Baiklah, pokcik sambung kisah ini. Alhamdulillah, sesampainya di Batu Rakit kebetulan ada MB Terengganu pada waktu itu. Beliau belanja pula makanan yang dipesan oelh kesemua pelanggan di situ.. Alhamdulillah.

Lebih kurang pukul 7.20 malam pokcik ke rumah kenalan di Mengambang Taliput, Batu Rakit. Setelah bersembang santai, lebih kurang pukul 8.00 pokcik bergerak pulang ke Manir..
Alang-alang berjalan di sini, pokcik berjalan juga ke rumah adik sahabat yang terletak bersebelahan sahaja dengan rumah pokcik itu. Kami bersembang santai di sana. Ketika bersembang barulah pokcik diberitahu tentang masalahnya yang sakit kepala dan telinganya berdengung sudah tiga bulan. Apa misteri yang pokcik akan temui kali ini...

Menurutnya lagi dia pernah muntah darah ketika menaiki penerbangan ke Indonesia. Dia bertanya kepada pokcik adakah ia berkaitan dengan sakit kepala dan dengung telinganya.. Pokcik hanya memberitahu bahawa pokcik tak mahu membuat andaian. Biarlah pokcik tengok apa masalah sebenarnya dan tidak perlu meneka dalam kesamaran. Pokcik bertanya adakah ketika berbual itu sakit kepala dan telinganya masih berdengung.. Ya, katanya..


Pokcik hanya memberitahu beliau bahawa pokcik hanya berusaha. Sekadar ikhtiar cara tak berapa nak tahu. In shaa Allah katanya. Moga Allah permudahkan. Pokcik kali ini terus sahaja scan beliau. Ternyata masalah saka dan gangguan. Gangguan sama ada sihir atau gangguan biasa pokcik tidak dapat pastikan. Pokcik pun tak berminat untuk mengambil tahu perihal jin ini. Janji Allah sembuhkan, Alhamdulillah.. Allah tak sembuhkan pun Alhamdulillah. Ada hikmah yang tersembunyi dan hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Pokcik terus merapati dan memintanya berlunjur mengadap kiblat. Setelah meminta persetujuan untuk memisahkannya dengan saka dan gangguan lain yang ada padanya pokcik terus memohon kepada Allah untuk menyerang saka dan gangguan yang ada padanya. Dia tenang tetapi kelihatan dadanya berombak-ombak seperti ombak yang pokcik lihat petang tadi.. Pokcik langsung tak bercakap dan bertanya apa-apa kepadanya. Pokcik memohon untuk menyerang gangguan berulang-ulang kali.. Tumpuan dari bahagian kaki hingga kepala...

Setelah berpuas hati dengan bahagian tubuhnya yang lain barulah pokcik tumpukan pada bahagian kepalanya. Pokcik memohon kepada Allah untuk menarik keluar gangguan yang bersarang di situ dan bergerak ke kiri, kanan, depan dan belakang kepala. Alhamdulillah, Allah permudahkan. Ringan sikit katanya. Pokcik teruskan mengalirkan tenaga ke dalam telinga. Akhir sekali barulah pokcik menarik keluar gangguan di situ.. Alhamdulillah hilang dengung dalam telinga dengan izin Allah.

Disebabkan gangguan dalam telinga sudah hilang pokcik sekali lagi teruskan dengan menyerang dan menarik keluar sisa gangguan pada bahagian kepala sekali lagi. Alhamdulillah selesai dan ringan kepalanya kata adik sahabat. Tinggal kesannya sikit sahaja tidak seperti awal tadi katanya. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan pada kali ini.. Pokcik ingat urusan pada malam ini berakhir begitu sahaja. Kami minum teh o dan keropok Terengganu. Alhamdulillah.. Tiba-tiba adik sahabat bersuara, alang-alang pokcik dah sampai eloklah kiranya melihat isterinya pula.

Pokcik menghabiskan air minuman dan meminta isterinya datang. Pokcik bertanya apakah masalahnya. Katanya dia selalu sakit kepala dan pernah bahunya tidak boleh diangkat. Berurut pun bahunya sakit juga. Dia hanya meminta pokcik tengokkan dan sekiranya ada sebarang gangguan maka pokcik diminta untuk ikhtiarkannya. Tanpa membuang masa pokcik terus pagarkannya. Pokcik bertanya seperti biasa apa yang dia rasa ketika itu. Tidak berasa apa-apa katanya. Biasalah tu. Sama ada tiada gangguan atau pun gangguan itu menyorok daripada dikesan..

Pokcik terus imbas mohong-mohong untuk melihat adakah terdapat gangguan padanya. Saka tiada. Akan tetapi pokcik dapat kesan terdapat gangguan pada beberapa bahagian anggota badannya iaitu pada lutut kanan, dada, bahu dan kepala. Pokcik bertanya adakah lutut kanannya bermasalah. Tiada katanya. Alamak. Hahahhahhahhahhahaha. Pelik juga pokcik, ada gangguan pada bahagian itu tetapi dia tidak berasa sakit, lenguh dan sebagainya. Tak mahu menunjukkan diri pun tak ada masalah. In shaa Allah pokcik cuba ikhtiar korek keluar juga seizin Allah..

Terus pokcik berdoa kepada Allah lalu ikhtiar memancung dan membakar jin tersebut. Alhamdulillah lebih kurang lima minit selesai dengan izin Allah. Apa rasa, pokcik tanya padanya. Katanya dia rasa ada putaran pada lutut kanannya itu. Seperti ada pusaran angin pada bahagian itu dan akhirnya keluar dan hilang. Belakangnya juga panas seperti ada kena cili gamaknya, bahunya kini ringan dan begitu juga kepalanya. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusan pada kali ini.. Setelah selesai pokcik meminta izin untuk mengundur diri..

Abang sahabat dan adik mengekori hingga ke luar rumah.. Ketika bersalaman si adik menghulurkan beberapa keping wang RM50. Untuk isi minyak katanya.. Hihihi.. Pokcik menolak dengan baik. Bukan apa, kebetulan ada lagi sedikit rezeki yang Allah beri. Alhamdulillah dia mengalah. Tiba-tiba abang sahabat membuka cerita perihal anak saudaranya. Katanya tahun depan akan masuk Tahun 1. Pokcik mendengar dengan teliti. Anak saudaranya itu jatuh basikal dan bermula dari hari itu betisnya semakin membesar..

Memang besar betisnya berdasarkan gambar dan video yang ditunjukkan kepada pokcik. Kasihan juga pokcik melihat keadaannya. Doktor memberitahu ada kemungkinan barah. Perawat-perawat yang pernah ikhtiarkannya memberitahu dia tersepak jin. Wallahua'lam. Oleh sebab pokcik hanya bercuti di Terengganu sehari dua sahaja maka pokcik tidak usahakan kes itu. Moga Allah permudahkan segala urusannya.. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf seandainya ada terkasar Bahasa dan sebagainya. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat dan salam sejahtera semua.








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.