Sunday, 14 June 2020

MUSLIM ATAU BUKAN?


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah denga rahmat dan ehsan-Nya kita dapat bertemu lagi di ruangan ini. Kita biasa mendengar kisah kedai dishir oleh pesaingnya atau pun seseorang yang dengki akan kejayaan perniagaan seseorang hamba Allah. Kadang kala, jangan kata kedai yang besar atau mewah. Gerai goreng pisang atau tapak pasar malam pun menjadi sasaran. Golongan yang selalu sihirkan orang atau kedai BERKEMUNGKINAN jenis yang tidak percaya dengan rezeki yang diberikan oleh Allah kepada seseorang hamba-Nya.

Sekiranya sesebuah kedai atau gerai disihir, bahayanya bukan sahaja tertumpu kepada pemilik kedai berkenaan atau pun pekerja di situ tetapi pelanggan yang berkunjung juga boleh terkena tempias sihir berkenaan. Berhentilah membuat kerja SYIRIK kerana kita tidak tahu, sampai bila lagi kita boleh bernafas. Sahabat pokcik dan rakan FB pokcik sendiri sudah ada yang meninggalkan pokcik kerana sudah menemui PENCIPTAnya.

Perkongsian kali ini pokcik sertakan dengan gambar kaunter di kedai tersebut. Kedai ini diusahakan oleh pokcik sebanyak dua kali. Kali pertama dahulu kedai ini terutamanya pada bahagian kaunter bayaran sering berbau setanggi atau colok tu. Para pekerja dan pemilik kedai ini selalu sakit. Selain itu, makanan yang disediakan pula cepat basi. Dalam kedai ini juga kelihatan penampakan pelbagai makhluk. Alhamdulillah dengan izin Allah kes ini berakhir dan keadaan kedai normal dan Kembali seperti sedia kala.

Selain menanggung kesakitan akibat sihir, pemilik kedai itu sering bergaduh sesame mereka. Kedai ini sebenarnya merupakan perkongsian antara hamba Allah yang meminta pokcik usahakan dan seorang kawan baiknya. Mereka dikatakan sering bergaduh dan bermasam muka walaupun hanya perkara kecil sahaja. Apabila perkara itu terlalu kerap maka hamba Allah ini merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Oleh itu dia memberitahu ayahnya agar mencari perawat untuk melihat apa yang tidak kena kedainya dan juga  hubungannya dengan rakan kongsinya itu.

Setelah alhamdulillah dan keadaan pulih seperti sedia kala beberapa ketika, kini timbul pula masalah baru. Lebih kurang beberapa minggu kemudian berlaku lagi. Kali ni pekerjanya menjadi hairan sebab ada ulat atas meja makan. Pelanggan sering mengadu kedainya selalu ditutup. Maka kali ini pokcik usahakan lagi sekali kedai itu dan kali ini pokcik berdoa kepada Allah agar dipulangkan kembali sihir itu kepada tuannya. Alhadulillah selesai ikhtiar pokcik pada malam itu. Lupa pokcik nak maklumkan pada awal posting ini bahawa kes ini pokcik usahakan dari jauh sahaja.

Pada suatu hari, pokcik keluar untuk makan malam. Niatnya pokcik ingi makan sate arnab di sebuah kedai tetapi sate itu sudah kehabisan. Jadinya pokcik beralih ke sebuah kedai yang lain pula. Sedang pokcik menunggu pesanan makanan sampai, tiba-tiba pokcik disapa oleh seseorang iaitu adik kepada pemilik restoran di Bangsaritu. Kami bersembang santai sementara makanan yang dipesan sampai. Keluarlah cerita bab restoran abanya itu. Alhamdulillah dah katanya. Ramai dah pelanggan macam biasa. Akan tetapi yang hairannya Restoran Mamak di depan kedainya makin merosot dan sekarang ni dalam proses ingin tutup. Kenapa agaknya?.. Kebetulan saja agaknya. Bersangka baik sajalah..Allah yang Maha Mengetahui.

Namun, Ketika pembukaan kedai mamak itu, pemilik kedai mamak itu memanggil sami untuk berdoa. Pelik juga tu. Islam ke bukan? Sami itu kemudiannya datang ke kedai hamba Allah ini dalam keadaan yang mencurigakan. Dia juga berada agak lama di dalam tandas. Nak kata menumpang tandas, takkan kedai mamak itu tak mempunyai tandas. Pelik juga. Tak lama selepas itu, bermulalah pelbagai episod seram dan sebagainya di kedai berkenaan.

Sekian sahaja buat masa ini. Semoga kita peroleh iktibar daripada apa yang berlaku. Sesungguhnya hilanglah yang bathil apabila datang yang haq. Apa pun janganlah kita berburuk sangka apabila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini terhadap kita. Kita bimbang syaitan akan memainkan peranan menghasut dan memecahbelahkan perpaduan sesama kita. Sebelum pokcik mengakhiri kisah pada kali ini pokcik ingin kongsikan amalan yang diamalkan oleh Ustaz Kazim Elyas sebelum masuk ke sesebuah kedai makan.

Ustaz Kazim Elyas telah disantau beberapa kali. Oleh itu beliau berpesan agar kita lebih berhati-hati dan beringat supaya tidak menjadi sepertinya. Amalan ini dibuat Ketika dalam kereta sebelum masuk ke sesebuah kedai. In shaa Allah, sekiranya diizinkan oleh-Nya setelah dibacakan ayat-ayat suci AlQuran ini, pinggan atau cawan yang mengandungi santau akan pecah seizin-Nya. Kita juga dapat mengetahui sekiranya kedai itu menggunakan pelaris.

Amalan yang dilakukan sebelum masuk ke kedai ialah:
Membacakan surah al-Fatihah sebanyak tujuh kali
Membacakan surah Hud ayat 56 sekali
dan membacakan surah at-Taubah ayat 128-129 sekali. In shaa Allah, jika dijadikan amalan, kita dapat mengelakkan diri daripada terkena santau atau memakan makanan di kedai yang menggunakan pelaris dan sebagainya seizin Allah. Jangan terkejut pula kalau ternampak Lembaga hitam sedang kencing dalam makanan yang dihidangkan setelah membacakan ayat-ayat ini…

Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.