بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن
الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang dikasihi;
Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan kesempatan oleh
Allah untuk kita meneruskan hidup sebagai hamba-Nya sesuai dengan firman Allah
Ta’ala:
وَمَا
خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْأِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُون
“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk
beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )
Sahabat yang dikasihi, hari ini Encik Omar akan kongsikan perihal mainan jin yang mempelagakan dua pihak. Pokcik dihubungi oleh sahabat pokcik. Menurutnya menantu kepada hamba Allah yang sakit ini memberitahunya bahawa hubungan dia dan mertuanya menjadi tegang atas sebab yang tidak sepatutnya. Menurutnya lagi si mertuanya pernah merasuk ketika berubat dengan seorang perawat dulu dan lagaknya seperti besannya..
Jadinya timbullah sedikit suasana yg tidak harmoni kerana mereka percaya dengan kata-kata jin tersebut. Pernah seorang sahabat menceritakan bahawa beliau pernah jadi bahan fitnah iaitu menyihirkan sahabatnya selaku jirannya. Hinggalah sahabatnya itu telah meninggal dunia, barulah dia mengetahui perkara sebenar bahawa dia telah difitnah oleh seorang perawat yang usahakan sahabatnya yang telah meninggal dunia itu. Oleh sebab itulah pokcik ingin berpesan terutama kepada pesakit, berhati-hatilah dengan segelintir perawat yang menceritakan perihal sesiapa yang menyihir mereka. Bimbang berlaku FITNAH kerana mainan atau tipu daya jin.
Dipendekkan cerita, jadinya, seperti yang dijanjikan pokcik telah pergi ke rumahnya. Sesampainya di sana pokcik berbual sebentar dengan tuan rumah sebelum memulakan tugas. Setelah suasana agak tenang barulah pokcik memulakan Langkah. Pokcik pun scan laa mohong-mohong untuk mengetahui lebih kurang apa masalahnya berdasarkan siptom atau tempat gangguan itu berada. Namun, itu semua hanyalah gambaran kasar kerana Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah. Menurut pemahaman pokcik, si sakit ada masalah saka dan gangguan luar.
Ketika sedang berubat, dia nampak seekor harimau melintas di hadapannya ketika itu. Dia hampir rebah dan pengsan namun masih dapat bertahan. Ini luahannya sendiri pada pokcik. Harimau itu dikatakan berlalu betul-betul di belakang pokcik dan hanya dia yang nampak kehadiran harimau itu. Kalau pokcik nampak, silap-silap pokcik yang lompat dulu bimbang kena kerkah kepala. Kakakkakakkakakka... Gurau saja.. Hihihi..
Setelah bab saka selesai bab gangguan pula.. Berat pulak kes ini sebab gangguan itu berada betul-betul di tutttttnya. Mungkin dia berhasrat ingin memberitahu pokcik tentang hal itu namun dia segan agaknya. Macam biasa, pokcik tak suka untuk berselindung dan terpaksa memberitahunya akan hal itu. Sebaik diberitahu, barulah dia mengaku bahawa dia bermasalah ketika kencing. Seperti ada sesuatu yang menyekat di tutttnya itu ketika dia ingin membuang air kecil... Simptom itu lebih kurang sakit batu karang.
Apapun alhamdulillah semua diatasi seizin Allah. Mukanya yg pucat dah kemerahan. Kelihatan dia letih yang amat sangat... Ketika ini seorang jiran datang ke rumahnya untuk menziarahinya yang sakit. Pokcik berehat sebentar bagi memberi ruang untuk mereka berbual. Tetamu perlu kita raikan betul tak? Tambahan pula ketika itu dia sudah mulai ceria dan berpeluh tidak seperti ketika pokcik sampai tadi. Mukanya amat pucat dan nampak kesakitan pada raut wajahnya.
Selesai usahakannya, pokcik usahakan cucunya pula. Menurutnya cucunya itu sukar untuk tidur malam. Ketika mahu tidur, matanya asyik melilau ke atas seperti melihat sesuatu yang menakutkan tetapi bukan melalui mata kasar kita. Mungkin hijab budak kecil masih belum tertutup kerana masih suci dari segala dosa. Ketika pokcik usahakan dia sedang tidur. Namun apabila semuanya hampir selesai, tiba-tiba bayi tu kelihatan mengukir senyuman dalam tidurnya itu sebanyak dua kali.
Senyuman apa tu, wallahua'lam. Emaknya yang sedang meriba bayinya tu pun memandang pokcik dengan senyuman ketika bayi itu tersenyum.. Hihihihihi.. Mungkin juga dia suka kerana tiada lagi saka yang mendampinginya. Apa pun alhamdulillah sehingga sekarang dia tidak menghubungi pokcik lagi. Kalau ada masalah, pagi-pagi buta dia dah suruh anaknya menghubungi pokcik seperti sebelum pokcik datang ke rumahnya ini.
Sekian sahaja kisah pada kali ini. Kesimpulannya, berhati-hati dengan jin syaitan ni yang sedaya upaya memecahkan perpaduan kita terutamanya umat Nabi Muhammad. Berhati-hatilah dengan mainan mereka kerana antara cara iblis dan syaitan menyesatkan manusia adalah dengan menimbulkan perasaan uwas-uwas di hati dengan membisikkan persoalan yang boleh mencetuskan rasa ragu dan akhirnya mengganggu emosi dan boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar. Moga berjumpa lagi. Wallahua’lam. Salam hormat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.