Thursday, 11 June 2020

TIDUR BERSAMA HANTU


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah kita masih di dunia ini dan diberikan peluang lagi oleh Allah untuk menambah bekalan di sana. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”. Jadinya rebutlah peluang yang diberikan ini sebaik mungkin selagi nyawa dikandung badan.
Kebetulan Encik Omar ada sedikit masa ini, pokcik akan kongsikan satu lagi kisah dan diharapkan dapat memberi sedikit manfaat kepada kita yang masih bernafas ini. kisah.Kali ni kisah berkaitan dengan mimpi. Biasalah kalau mimpi ni. Boleh kata semua orang bermimpi atau pernah bermimpi. Kalau nak akhir baligh juga kita akan bermimpi. Namun perkongsian ini bukanlah untuk menceritakan perihal mimpi apabila bermulanya umur matang ni. Bab itu tak perlulah dibincangkan kerana bagi pokcik semua orang pun tahu dan mengalaminya. Kucing pokcik pun mimpi juga. Sesiapa ada kucing mungkin biasa melihat mereka mengangkat tangan atau kaki semasa tidur seolah-olah sedang bergaduh, makan, mengayuh basikal dan sebagainya. Mungkin kita beranggapan bahawa kita sahaja yang bermimpi.

Kali ni pokcik menerima kunjungan dua beranak. Seorang ustazah dan seorang anak daranya. Fobia sungguh kalau ikhtiarkan anak dara ni. Bimbang pengsan saja. Pengsan ok lagi. Yang tak tahan, ada yang pandai pilih tempat nak landing. Ada pernah pengsan atas riba pokcik. Seram betul. Hahahahaha. Sesampainya di rumah, dua beranak tu pun bercerita perihal diri mereka. Si ibu menceritakan perihal sakit kepalnya sampai rasa nak hantuk-hantuk kepala ke dinding.Dia nak menunjukkan tahap kesakitan yang amat sangat agaknya tu. Apa pun apabila ditanya lebih teliti, ada juga berkaitan dengan cermin matanya yang tidak sesuai. Alhamdulillah selepas bertukar cermin mata, dia tidak lagi mengalami sakit kepala. Haaaa ni khas untuk hamba Allah yang rabun macam pokcik ni. Pilih cermin mata yang sesuai powernya.

Selesai bab cermin mata tu dia mula bercerita bab mimpi pula. Kali ni dua-dua beranak tu yang bercerita. Menurut mereka, sudah berbelas tahun mereka mengalami mimpi yang sama. Mmmm. Kalau dah berbelas tahun faham-faham sajalah. Kasihan juga apabila mereka memberitahu bahawa tahap kesabaran mereka untuk berubat dah sampai ke penghujungnya dengan kata lain sudah hamper berputus asa. Seminggu sebelum itu mereka perjumpa dengan Ustaz Z**** dari Pusat Perubatan Darussalam namun masih belum lagi berjodoh. Pokcik percaya bahawa para ustaz atau ustazah tidak akan pergi berjumpa dengan perawat yang tidak diyakini dan mesti mengikut syariat yang betul. Antara Pusat Perubatan yang pokcik syorkan kepada pesakit di luar sana ialah Pusat Perubatan Islam Darussyifa atau Pusat Perubatan Islam Darussalam. In shaa Allah. Nak berikhtiar biarlah di tempat yang diyakini dan selebihnya barulah kita bertawakkal dan berserah kepada Allah.

Buat laa pokcik ni mohong-mohong. Mula-mula ikhtiarkan si ustazah tu.Apabila sudah  selesai,barulah pokcik ikhtiarkan pula anaknya. Ikhtiar pun berserta pesan. Tolong RAHSIAKAN daripada orang lain bahawa mereka berikhtiar dengan pokcik walaupun diberikan syifa oleh Allah. Alhamdulillah selesai. Seminggu kemudian pokcik bertanya lagi kepada mereka anak beranak. Alhamdulillah sampai posting ini ditulis oleh pokcik, mereka tidak lagi mengalami bermimpi ngeri. Mimpi hantu, kubur, jatuh tempat tinggi, ular, atau tempat kotor kebiasaannya.  Hihi. Pokcik ingatkan mereka sahaja yang bermasalah. Si ustazah mula ceritakan perihal neneknya pulak. Katanya sudah berbelas tahun neneknya bermasalah. Masalah apa pulak kali ni. Mmmmm. Katanya neneknya sering dikunjungi oleh bekas suaminya yang sudah berbelas tahun meninggal dunia. Seram jugak tu. Siapa yang tak seram sekiranya si mati datang dan tidur di sebelah pada tiap-tiap malam.

Menurutnya lagi, si mati itu bukan tidur di sebelah akan tetapi siapa melakukan hubungan intim lagi. Kalau dah sampai tahap itu tak fahamlah pokcik dengan perangai hantu setan ini. Nenek itu dah tua. Itu pun hantu itu masih bernafsu. Bahaya betul. Jenis hantu gelojoh agaknya. Dah berbelas tahun melayan nafsu hantu secara tidak rela bukan bermaksud keluarga mereka pasrah dan tidak berikhtiar. Namun, usaha yang dilakukan masih belum mendapat perkenan Allah SWT. Katanya kali ni bukan dalam mimpi tapi dalam keadaan nyata. Selesai ‘BERSAMA’ si hantu tu akan tidur keletihan di sebelahnya. Hilang tak hilang, selepas masuk waktu solat subuh. Kalau tidurnya di sebelah kanan, habis anggota badan belah kanan jadi sakit. Begitu juga sebaliknya.

Apabila pokcik mendengar ceritanya, pokcik berasa amat kasihan. Jadi pokcik berjanji akan pergi ke rumah nenek mereka pula. Apabila sampai msa yang dirancang, pokcik pun pergi ke rumah nenek itu dengan ditemani oleh seorang sahabat pokcik. Dia seorang ustaz. Bukan macam pokcik baru nak start. Start tak hidup-hidup motor. Hahahaahaha. Sesampainya kami di sana, si suami ustazah sudah sedia menanti kami. Turut ada di situ ialah ustazah serta bapa saudaranya. Ada juga seorang jiran neneknya bersembang di situ. Sebaik sahaja naik ke rumah, neneknya sudah sedia menunggu. Neneknya kurang pendengaran jadi pokcik kena pakai translator. Ustazah tu laa yang kena jadi translator. Hihihi. Nak buat macam mana. Sound trouble.

Pokcik minta ustazah bertanya pada neneknya. Mudah saja soalannya. Pokcik suruh tanya, dia nak lagi kaa nak buang benda tu. Hihihi. Ini dari segi adabnya saja. Kalau kata nak pun pokcik ikhtiarkan buang jugak. Takkan pokcik nak bagi dia berterusan tidur ngan setan. Hihihi. Alhamdulillah dia nak buang katanya tapi tak terbuang-buang. Hahahahhahahhaha. Lembut saja dia cakap tapi menusuk ke kalbu. Memang cakap orang tua agak lembut tetapi pedas dan menikam kalbu. Kalau mudah terasa, alamatnya bangun dari situ dan terus balik. Hihihi…

Akhirnya setelah dipersetujui bersama, pokcik ikhtiarlah pula si nenek tadi. Pokcik pun hemboiihh piii laa cara tak berapa tahu ni. Alhamdulillah selesai. Dia lepas tu minta pula pokcik usahakan bapa saudara si ustazah tadi. Buat pula laa pokcik. Karate lebih kurang, alhamdulillah selesailah kerja pokcik. Usaha dah dilakukan. Kini pokcik dan depa hanya berharap ehsan Allah agar memberikan rahmat-Nya. Apa pun yang dilakukan, pengharapan hendaklah sepenuhnya kepada Allah dan KIKIS perasaan bahawanya kerana KITA pesakit itu sembuh sebab semua milik-Nya.

Lebih kurang lima hari kemudian pokcik follow up tanya. Alhamdulillah mereka tidak tak lagi bermimpi. Lembaga mirip suami neneknya juga dah tak muncul-muncul sampai sekarang. Yang menariknya, boleh pula nenek tu bermimpi arwah suaminya datang dalam mimpinya. Menurut si suami dalam mimpi itu, CUKUP SETAKAT NI HUBUNGAN KITA. AKU CERAIKAN KAU. Lebih kurang itu katanya dalam mimpi tu. Itu kali terakhir mereka bertemu. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga dapat manfaat daripada perkongsian pokcik. Maaf andai ada salah dan silap. Moga kita semua terhindar dari tipu daya syaitan. Moga berjumpa lagi pada lain perkongsian. Jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERI. Wallahua'lam. Salam hormat.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.