بِسْـــــــــمِ
اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sahabat yang
dikasihi;
Alhamdulillah
kerana masih lagi diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Allah. Ramai
daripada kalangan saudara kita di luar sana yang sedang menerima ujian mahu pun
teguran daripada Allah. Moga saudara-sauda kit aitu tabah dan redha menempuh
ujian dan bertemu dengan jalan penyelesaiannya dengan izin Allah jua.
Kali ini
Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah yang menjadi lipatan kenangan buat
diri pokcik sendiri. Kisah kali ini berkaitan dengan serangan balas jin mahu
pun tindak balas ahli sihir terhadap seseorang perawat. Sebenarnya banyak
daripada perawat di luar sana yang sedang menerima ujian ini. Namun pokcik
percaya bahawa apabila datang yang haq maka terhapuslah yang bathil.
Banyak juga
kes perawat yang pokcik usahakan akibat serangan balas ahli sihir. Antaranya
satu kes yang pokcik usahakan di HTAA. Nak dijadikan cerita, orang rumah pokcik
ada masalah slip disc. Jadinya banyak masa dihabiskan di hospital. Ketika
berada di sana, banyak juga pengalaman pokcik merawat pesakit Ketika mereka
ditahan di wad termasuklah di HTAA, Hospital Besar Temerloh dan KMC di Kuantan.
Pokcik akan kongsikan satu kisah sahaja kes yang pokcik usahakan di hospital.
Mungkin ada kesempatan pokcik akan buat posting khas bertajuk HOSPITAL.
Suatu hari
pokcik menziarah orang rumah di HTAA. Ketika sedang berada di sana, tiba-tiba
seorang remaja datang ke arah pokcik dan meminta pokcik pergi berjumpa dengan
ibunya. Rupa-rupanya, ibunya itu boleh dikatakan DEMAM pada tiap-tiap malam
sampai bergegar habis katilnya disebabkan menggigil kesejukan. Selain itu,
ibunya mengidap kencing manis. Bab kencing manis memang berkaitan perubatan
moden. Namun ada keanehan yang berlaku kepadanya.
Pokcik
diberitahu bahawa para doktor boleh kata membersihkan lukanya pada tiap-tiap
hari bagi mengelakkan jangkitan. Namun, bukan setakat itu sahaja, luka yang
dibersihkan itu akan bernanah semula pada keesokan harinya. Mungkin pihak
hospital pun pening memikirkan kejadian yang berlaku. Semakin hari keadaan
lukanya menjadi semakin teruk. Tak cukup dengan keadaan itu, dia juga demam
pada tiap-tiap malam sebagaimana yang pokcik beritahu tadi.
Apabila
pokcik pergi ke arahnya setelah dipanggil oleh anak daranya pokcik melihat
keadaannya sangat lemah. Akhirnya dengan suara terketar-ketar dia memulakan
bicara. Dia memperkenalkan dirinya dan menceritakan serba sedikit perihal
keluarganya. Akhirnya dia mengaku bahawa dia sebenarnya salah seorang perawat
daripada Pusat Perubatan Darul Syifa. Menurutnya keadaannya seperti itu setelah
merawat seorang anak muridnya. Apabila melihat di amula menangis, pokcik cuba
memujuknya dan akhirnya bersetuju untuk ikhtiarkannya.
Memang
pokcik langsung tidak ada persediaan. Lagi satu, pokcik tidak suka menghalau
sahaja gangguan atau jin. Seboleh-bolehnya pokcik akan ikhtiar dan berdoa untuk
memusnahkan mereka. Kebetulannya pokcik terlihat ada botol mineral kecil dan
sedikit air di hujung kepala si sakit. Pokcik meminta anaknya minum air itu dan
habiskan, dan botol itu diserahkan kepada pokcik. Memang kali ini pokcik
berniat untuk mengurung gangguan itu di dalam botol.
Setelah
berdoa beberapa ketika maka pokcik pun ikhtiar menarik bisa daripada serangan
balas ahli sihir it uke dalam botol tersebut. Yang anehnya, botol bersih
lutsinar tadi sudah menjadi kelabu dan akhirnya hitam. Alhamdulillah
dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Pokcik meminta agar botol itu dibuang
ke laut. Setelah itu pokcik berbual semula dengan orang rumah pokcik yang mana
katilnya hanya bersebelahan dengan katil pesakit tadi.
Pada petang
itu si suaminya datang dan membuang botol itu ke laut. Menurutnya botol yang
dipegangnya itu sangat panas dan berat. Sukar untuk dia mengangkat botol itu.
Entahlah apa dalam botol itu. Memang pokcik tak nampak. Pokcik menganggap ia
hanyalah bisa yang dihantar terhadap perawat itu tadi. Pada malam itu
alhamdulillah dia tidak lagi demam. Dia dibenarkan keluar wad dan dibenarkan
pulang tidak lama kemudian kerana luka pada kakinya sudah kering dan tidak lagi
bernanah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah.
Perkongsian
pokcik pada kali ini agak berlainan kerana pokcik kongsikan dua kes dalam satu
kisah. Kisah kedua juga berkaitan dengan seorang perawat Pusat Perubatan Islam
di Parit Buntar Perak yang juga menerima serangan balas daripada ahli sihir.
Wallahua’lam. Sebenarnya banyak kes pesakitnya yang pokcik usahakan DARI JARAK
JAUH termasuklah kes dirinya sendiri yang pokcik kongsikan pada kali ini.
Mungkin rakan-rakan dalam Pusat Perubatannya itu sudah usahakan namun masih
menemui jalan buntu kerana belum diberikan keizinan oleh Allah.
Mungkin juga
perawat ini tahu bahawa memang pokcik ikhtiar tanpa menggunakan PERANTARAAN JIN
mahupun syaitan. Mungkin sebab itulah beliau tidak segan dan meminta pokcik
usahakan dirinya dan beberapa orang pesakitnya.
NAMUN…
Apabila
pokcik membacakan KOMENnya dalam Group Ruqyah Syarriah dan melihat posting yang
dia shared daripada mana-mana pusat perubatan lain yang melabelkan perubatan
jarak jauh KARUT, tidak mengikut syariat dan sebagainya, pokcik menjadi agak
SEDIH dan KECEWA. Namun, pokcik masih lagi menjaga aib beliau, maklumlah dia
digelar USTAZ dan tidak mahu menjawab komen-komen beliau dalam group mahu pun
dalam wall PUSAT PERUBATAN ISLAM beliau. In shaa Allah, kalau kita menjaga aib
orang, Allah akan menjaga aib kita.
Prinsip
pokcik amat mudah…..
JUJURLAH
pada diri sendiri. BERKATA BENARLAH walaupun ianya PAHIT dan INGATLAH bahawa
MANUSIA TIADA SEBARANG KUASA untuk MENYEMBUHKAN PESAKIT. Jangan MENCIPTA atau
MENEKA sesuatu yang tidak pasti agar orang datang kepada kita kerana WANG dan
KEEGOAN sendiri.
Selagi tebal
KEAKUAN DIRI maka kita akan melupakan bahawa semua yang ada pada kita kepunyaan
Maha Pencipta yang hanya diberikan sebagai PINJAMAN dan akan ditarik balik pada
bila-bila masa oleh TUAN EMPUNYA…
PERBUALAN
KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH
SELASA
ASRI : Assalamualaikum.
Baru baru ni sya ada rawat pesakit yg kena sihir. Memang ganas dan dlm berhati
hati kena juga tendangan dri dipesakit
yg kerasukan. Dah seminggu sya sakit kaki. Nak solat pun sakit. Apa pandangan En
Omar.
EN. OMAR : Bisa.
Waalaikumussalam. Kena tarik bisa buang
RABU
ASRI : Assalamualaikum.
En Omar boleh tolong tarikan ke ? 😊. Atau ada sahabat yg boleh bantu. Sya dah cuba tapi tak mampu nak
kluarkanya. Kena ada org yg bantu kluarkanya.
Wallahu'alam
EN. OMAR : Waalaikummussalam.
Mlm ni kot kalau sempat pun tapi lepas saya buat ada dua tiga kes tertunggak...
ASRI : Alhamdulillah.
Rasanya elok berdepan ka En Omar. Kalau cara tu sya kena g sana jump. Marah
betul jin si tukang sihir kat sata. Siap ugut nak bunuh saya lagi
EN. OMAR : Hihi...biasa
laa
ASRI : Nak
Tengok apa yg sya buat kat dia
EN. OMAR : Buleh
juga. Ooo patut laa. Lengan kot noo. Aweks ni..kakakkakaka
ASRI : 😊
EN. OMAR : Aweks
kaa nenek aweks
ASRI : Dah
lama bertapak kat sana
EN. OMAR : 😇
ASRI : Bini
org.. Awek apanya haha
EN. OMAR : Kakakkakkaka
ASRI : Tu yg
hari yg sya rawat ( Sambil menunjukkan gambar pesakit ). Selang dua hari jadi
macam ni. Jap
EN. OMAR : Tudia.
Merebak
ASRI : Tapi
kemarin dah baik dah. Jin baru pula di hantar
EN. OMAR : Tudia
aih....Maksud saya tadi kot2 laa ada sahabat saya yang lain free. Kalau mlm ni
lepas buat dua kes tertunggak mungkin saya boleh ikhtiarkan buang bisa tuan
pulak... Saya ikhtiarkan kot jauh jaa.xyah maiii pun xpa kalau Allah izin...
ASRI : Jkz En
Omar. Moga usaha En Omar dimakbukan allah swt. Dan moga allah permudahkan
urusan En Omar aamiin
KHAMIS
EN. OMAR : Assalammualaikum.
tuan semalam xbuat lagi..In shaa Allah kalau xdak aral buat mlm ni atau ptg ni
lepas asar. Semalam tidoq awal.
ASRI : Wa'alaikumussalam.
Ok tak pa En Omar. Trima kasih kerana prihatin dgn masaalah sya ni. Moga allah
swt permudahkan usaha ini dan berikanbkesembuhan pada saya.
Aamiin
EN. OMAR : Aamiin.
Assalammualaikum. Bkn setakat bisa jaa
sihir penuh penuh. Perit tekak2 saya. In shaa Allah...
ASRI : Wa'alaikumussalam.
Penuh penuh. Insyallah moga allah swt
sembuhkan sya dgn ikhtiar dri En Omar.
EN. OMAR : Aamiin
ASRI : Aamiin.
Marah betul tukang sihir ni pada saya ya. Macam ni la risiko kpd perawat. Ujian
tetap ada. Hanyq sabar dan tawakal pda allah swt. Trima kasih Encik Omar. Moga
allah swt berikan yg terbaik buat sahabatku. Aamiin
EN. OMAR : Aamiin.
Boleh tahan laa sihir ni. Sebab boleh tangkap tengkuk ngan telinga saya.
Hihi
ASRI : Crita
sikit
EN. OMAR : Dari
kepala sampai kaki tuan disihir
ASRI : Siam
mari nii En Omar
EN. OMAR : Yg
kaki bila saya sedut tangkap tengkuk
ASRI : Alhamdulillah
dah kurang banyak sakit niii
EN. OMAR : Yg
bahagian lain tangkap telinga. In shaa Allah saya ambik semua. Yg tinggal tu
kesan dia sahaja
ASRI : Siam
punya kaa. Heh. Hehe
EN. OMAR : Ni
boleh kata antara siam atau org asli
ASRI : Sbb
hri tu dia kata dia dri siam
EN. OMAR : Bkn
sihir melayu. Xpaa laa..Allah berkuasa. Bkn ilmu setan.depa. Hahhahaha
ASRI : Betul
tu. Haha. Perawat jeans. Hihi
EN. OMAR : Campoq
tuan tiga org dah. Hahahhaha. Semua boleh kata berat
ASRI : Tiga
org sahabat dlm group ka En Omar
EN. OMAR : termasuk
seorang guru Daryl syifa. Satu dlm tu. satu bukan
ASRI : Ooo
ASRI : Alhamdulillah
EN. OMAR : Kalau
campoq dlm tu ada lagi laa. Hihi
ASRI : Ya
kaa
EN. OMAR : Xleh
habaq. Saya simpan rahsia
ASRI : Ok En
Omar faham jaa :( :)
EN. OMAR : Saya.
Perawat kena mmg standard laa
ASRI : Maknanya
sya kena lagi perkuat pertahanan diri
EN. OMAR : Yaa..
ASRI : Belum
cukup kuat
EN. OMAR : In
shaa Allah
ASRI : Benteng
kena tembus
EN. OMAR : Ujian
tu
ASRI : Betul
tu. Ada hikmahnya. Yg sya boleh jadikan ikhtibar
EN. OMAR : Yaa
ASRI : Utk
menilai diri
EN. OMAR : betoiiii
tu. Kdg2 kita leka. Esok segaq balik mcm biasa tuan..in shaa Allah
ASRI : Insyaallah
En Omar. Sya akan cuba kuatkan benteng yg rapuh ni. Doakan. Aamiin
EN. OMAR : Aamiin
ASRI : Memang
petang ni dah rasa lega .lega sangat. Alhamdulillah. Solat asar tdi pun dah
nampak ok. Klau tak nak lipat kaki pun
sakit
EN. OMAR : Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.