

Kali ini pokcik ingin kongsikan perihal ujian yang diberikan kepada sepasang suami isteri. Nak dijadikan cerita, si isteri menghidap masalah jantung. Setelah mengambil cuti sakit selama dua tahun, dia berulang-alik ke hospital. kalau tak silap pokcik, ketika dia datang ke rumah pokcik dia baru sahaja keluar dari hospital setelah ditahan wad selama tiga bulan. Pihak hospital sendiri mengesyorkan dia berubat kampung.

Setelah baring dia tercungap-cungap, tidak lepas untuk bernafas.. Alamak, jangan jadi apa-apa kat rumah pokcik nanti jadi kes.. Huhuhuhu. kata si ibu, bantal terlalu rendah. Jadinya pokcik cari lagi sebiji bantal. Alhamdulillah dia mula bernafas dengan baik. Lega hati pokcik. Setelah itu, pokcik ikhtiarkan membuang apa yang tersekat di jantungnya sehingga menyukarkan dia bernafas. setelah selesai, dia memberitahu seperti ada seketul daging di kerongkongnya sehingga menyebabkan dia sukar bernafas. Proses pulak di situ.. Tarik, hembus, ludah sikit-sikit, alhamdulillah selesai dengan izin Allah..

Suaminya dikatakan terputus urat selepas kemalangan. Luka kakinya tidak boleh bercantum. Mungkin juga dia pergi berjumpa dengan perawat di sana dan dia diberitahu dia juga disihir. Tak apa laa apa yang diberitahu oleh perawat itu.. Tak penting pun bagi pokcik.. Kita usahakan sahaja dan selebihnya kita berserah kepada Allah. Pokcik tengok, air bisanya memenuhi daging yang kelihatan kehitaman.. Air bisa itulah bagi pokcik yang menyebabkan kakinya bengkak. Jadinya pokcik pun usaha dari jauh untuk mengeluarkan air bisanya..
Keesokannya pokcik bertanya kepadanya tentang kaki suaminya itu. Katanya air bisa keluar dengan banyaknya. Bengkak pun semakin surut. Kakinya juga gatal yang teramat sangat. In shaa Allah, sekiranya kulit nak bercantum memang kita akan berasa gatal di sekitar kawasan tersebut.. Apa pun seingat pokcik, pokcik usahakan suaminya selama tiga malam. In shaa Allah. Moga dia sudah sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Inilah kisah ujian yang diberikan kepada sepasang suami isteri. Moga kita peroleh manfaat daripada kisah ini. Setiap penyakit diturunkan bersama penawarnya. Cepat atau lambat, sekiranya kita berusaha dan meminta bersungguh-sungguh, in shaa Allah, Allah akan mengabulkannya.. Moga berjumpa lagi.. Wallahua'lam.. salam hormat.