Friday 4 August 2017

SUKA MENYENDIRI

Image result for assalamualaikum image

Puas dok saja pokcik kongsikan laa satu cerita kot no.Kali ni pokcik dikunjungi oleh sebuah keluarga dari Terengganu. Kisah hamba Allah ni sebenarnya dah setahun lepas pokcik dengar tapi kali ni kebetulan keluarganya berjalan-jalan di Kuantan jadi depa sahaja laa nak maiii bawak anaknya berjumpa pokcik tua ni.

Pokcik sebenarnya pernah ditunjukkan gambarnya lama dahulu dan pokcik yang tak berapa reti ni nampak seperti ada mainan saka pada hamba Allah ini. Apa pun kali ni kami berjodoh berjumpa. Hamba Allah ni baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM. Kebetulan pulak ada majlis sambutan hari jadi sedikit dibuat di rumah emak mertua pokcik jadi pokcik jemputlah sekali sahabat sekeluarga.

Selepas menikmati sedikit juadah, pokcik mengajak hamba Allah ni dan ayahnya masuk ke dalam bilik. Yaa laaa takkan nak buat kat tengah majlis makan. Satgi pelik pulak tetamu yang datang. Hihihihi. Setelah bersoal jawab serba sedikit dengan ayahnya pokcik pun scan laa mohong-mohong untuk memastikan apa yang pokcik nampak kat gambar dulu masih sama ataupun bukan. Ternyata masalahnya masih masalah yang sama.

Kali ni berdepan dengan saka pendekar pulak dah. Yaa laa nak buat lagu mana, bukan kehendak kita pun depa nak maii. Tak dak rasa hina aih orang yang ada saka ni. Alhamdulillah keluarga hamba Allah ini pun menerima dengan tenang. Tambahan pula dah dimaklumkan oleh ustaz perawat sebelum itu. Mula ruqyah kepalanya berpusing ke belakang dan nak tengok pokcik. Haih lain macam pulak rasanya. Bimbang pulak kalau terkena siku 12. Hihihi.

Ayahnya meminta dia pandang semula ke depan. Dia ikut sekejap pastu berpaling semula. Ayahnya nak suruh dia pandang ke depan lagi tapi pokcik buat isyarat kata tak pa. Pokcik pun pagar laa cara tak tau tak mau bagi dia bangun. Kalau bangun jenuh pulak nak bersilat. Hihi. Pokcik mana reti. Semakin lama kepalanya goyang semakin kuat. Pokcik buat tak nampak.

Dia mula genggamkan tangannya macam geram. Kacau sungguh laa kali ni. Hihihi. Tak lama kemudian kakinya pula bergetar. Hadoiii. Habis bergegar kakinya tapi dia tak bangun. Pokcik tak tau laa dia tak mau bangun atau tak boleh nak bangun. Hihihi. Pokcik teruskan juga. Ketarnya mula beransur-ansur menjadi perlahan. Dia mula silangkan kakinya. Pokcik tanya, awal dok tindankan kaki lagu tu. Lenguh dia kata.. Hihihi sajalah pokcik tanya.. Memang bukan dalam kawalan dia.

Akhir sekali kaki dan pahanya mula berhenti bergetar. Dia pun lunjurkan kaki seperti asal. Hemboih tarik mohong-mohong saka tu. Biasa sangat tu. Alhamdulillah selesailah urusan malam tu. Selepas urusan pokcik pun berbual la sebentar dengan ayahnya di dalam bilik tu. Pokcik berpesan agar dia tak dibenarkan bersendirian. Bimbang juga habis yang ni maii pulak yang lain.

Ayahnya kata dia selalu bersilat sorang-sorang tetapi apabila ada yang melihat dia akan berhenti sendiri. Tu pokcik tanya dia pernah belajar bersilat kaa, dia kata tak pernah. Yaa laa nak kata apa dah kalau benda nak maii. Ikhtiarkan saja laa. Apa pun sebelum balik pokcik berpesan agar segera menghubungi pokcik kalau nampak ada tanda-tanda pelik yang berlaku. Alhamdulillah setakat ni Allah masih pelihara dia. Doakan yaa sahabat semoga dia pulih sepenuhnya dan kembali normal seperti remaja yang lain. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.