Monday 14 August 2017

DIUJI DI TENGAH MALAM

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipanjangkan usia sedetik lagi. Ada sahabat kita yang baru saja kita bersembang bersantai bersama dah pun pergi meninggalkan kita. Moga roh keluarga kita, sahabat kita dan saudara mara kita yang mendahului kita menemui Maha Pencipta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

Kali ini pokcik nak kongsikan peristiwa malam tadi. Dalam bersantai bersama sahabat semua, pokcik sempat usahakan seorang hamba Allah yang menghubungi pokcik. Katanya sudah dua hari dia terlantar sakit. Kepalanya terasa teramat berat dan badannya panas seperti ada bara api di dalamnya.

Katanya kebetulan anaknya datang ke rumah. Gamaknya anaknya datang untuk menziarahinya yang sakit, anaknya itu terbau najis di dalam rumahnya. Setahu pokcik yang berbau najis ni hantu Jepun. Hantu pocong pun ada kemungkinan juga. Hihihihihi..

Usahakan jugalah dia dalam pukul 10 lebih gamaknya. Alhamdulillah dia semakin ringan katanya. Kepalanya juga tidak seperti awal tadi. Alhamdulillah. Oleh sebab hamba Allah ini pokcik pernah usahakan dulu maka ia lebih kepada sihir. Seperti kebiasaannya apabila berlaku kali kedua, pokcik akan memulangkan balik kepada tuannya.

Ye laa kita bukan nayakan dia. Kita kembalikan semula haknya. Siapa nak bela hantu free ye tak? Lagi satu kasihan pula pada tuannya. Maklumlah hilang tempat bermanja. Orang lain bermanja dengan anak bini dia bermanja dengan hantu. Apa jenis orang macam tu...

Dalam pukul dua belas tengah malam gamaknya pokcik mula merebahkan badan untuk tidur. Sambil tu berzikir juga serba sedikit dalam hati sementara nak lelapkan mata. Tiba-tiba uuhh aahhh terdengar suara orang rumah pokcik. Haih kena tindih gamaknya.

Pokcik pun mengejutkan orang rumah pokcik. Dalam hati pokcik, biasalah orang yang melawat Jepun ni, ada laa yang menyinggah. Rupa-rupanya, dia beritahu dia diserang. Rupa penyerang tu dia tak nampak. Yang dia tahu dia diserbu. Rupanya dia nak menyebut kalimah Allah tetapi tak keluar dari mulutnya.

Marah gamaknya tukang sihir tu sebab dikembalikan hantunya dengan kasih sayang. Hihihihihi. Kali ini pokcik berdoa memagar isteri pokcik pula. Sebelum berniat memagar rumah, pokcik memanggil balik hantu tu, haih hidung pokcik terbau tahi. Hihi.

Kali ini pokcik doakan agar dibakar hangus hantu tu. Setelah itu pokcik niatkan agar debu dan tanya tinggalan hantu tu dihantar balik kepada tuannya. Bukan apa benda kesayangan ye tak. Nanti cari tak jumpa kasihan juga.

Selepas itu barulah pokcik doakan dan pagar rumah pokcik pula. Haih pantang lalai dan cuai sikit, ada je nak menerpa masuk. Alhamdulillah tenang sehingga pagi. Alhamdulillah. Inilah antara risiko seorang perawat. Pokcik bukan perawat pun dicabar apatah lagi perawat tegar. Buat dan niat kerana Allah, in shaa Allah, Allah akan mempermudahkan segala kesulitan.

Moga berjumpa lagi. Tiada istilah risiko seseorang perawat membolehkan mereka mengenakan mahar yang tidak munasabah. In shaa Allah, kerja juga satu ibadah. Biar di dunia peroleh keberuntungan dan keberkatan manakala  di akhirat memperoleh ganjaran, kesenangan dan kesejahteraan. Walahua'lam. Salam hormat.