Tuesday 22 August 2017

RUMAH BERGOYANG

Image result for assalamualaikum image
Baiklah, kali ini pokcik kongsikan perbualan pokcik dengan seorang hamba Allah berkaitan datuknya dahulu. Moga menjadi ikhtibar kepada yang masih hidup.. Menurutnya datuknya sudah lama sakit sehinggakan ahli keluarga hampir berputus asa...

Katanya ia berkaitan saka yang hanya mahukan pewaris lelaki. Entah jenis apa pokcik tak ingat tetapi kalau tak salah, ia merupakan saka pendekar. Nak dijadikan cerita suatu hari seorang ustaz memperkenalkan seorang lelaki kepada keluarga mereka. Katanya lelaki itu tinggal di Gunung Ledang.

Ketika merawat dia mula membangunkan datuk hamba Allah ini. Terkejut juga ahli keluarga yang hadir kerana datuknya sudah lama lumpuh dan tidak boleh untuk duduk. Dia memangku datuknya dan akhirnya datuknya boleh duduk.

Dia berbisik dan berbual dengan perlahan di telinga datuknya itu. Datuknya seperti akur dan menganggukkan kepala. Selepas itu bapa saudara lelakinya dikafankan. Mungkin ia taktik untuk menipu saka itu kononnya keturunan lelakinya sudah tiada. Wallahua"lam..

Setelah itu semua ahli keluarga membacakan yaasin beramai-ramai manakala lelaki tadi memulakan solat hajat. Entah rakaat yang keberapa, ketika dia sujud dengan agak lama, tiba-tiba seluruh rumah dua tingkat itu bergoyang dan bergegar..


Bacaan yaasin diteruskan biarpun masing-masing dah takut. Akhirnya syiling rumah bergegar dan serentak dengan itu kelihatan tompokkan hitam yang besar pada syiling rumah itu. Katanya tompokkan hitam itu ada sehingga sekarang..

Datuknya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Setelah itu lelaki itu meminta izin untuk balik ke Gunung Ledang. Biarpun mereka mempelawa untuk menghantar tetapi katanya dia lebih suka berjalan kaki..

Apa pun mahar yang dikenakan agak keras iaitu seekor kambing, jagung yang direbus, kacang hijau yang direbus dan duit  RM5K. Jagung dan kacang hijau yang direbus tu mungkin kita tahu tujuannya. RM5K itu kita tak tahu apa tujuannya. Mungkin dia perlu menghantar atau sedekahkan ke rumah anak yatim atau sebagainya. Wallahua"lam. Nilaikan sendiri. Salam hormat.