

Pelik juga si saka ni, dah tahu tak larat masih juga nak berdamping dengan pewarisnya. Ye laa taat pada perjanjian katanya. Dengan Allah tak taat macam tu pulak. Macam-macam mainan jin syaitan ni. Ada saja jalan untuk memesongkan akidah kita. Kalau kata nak lindungi tuannya, sihir yang datang kenapa pulak tidak dihalangnya.. Macam-macam alasan laa yang keluar... Aku dah tua, tak larat... Jin yang datang tu lebih besar daripada aku katanya.. Habis tu, cukuplah Allah sebagai pelindung.. Tak sedar diri... Itu saja ayat yang sesuai untuk saka-saka ni...

Tak apa laa, kadang kala kita kena muhasabah diri juga. Tak kira pesakit atau perawat. Kenapa agaknya Allah tidak izinkan? Ujian atau teguran daripada Allah? Berbalik kepada kes ini.. Sebenarnya pokcik lebih suka apabila si sakit itu berhubung terus dengan pokcik. Manalah tahu ketika kita usahakan tiba-tiba dia kerasukan.. Hihihihihi. Pernah berlalu sebenarnya. Ketika mesej pun merasuk, jangan kata ketika sedang ikhtiarkannya si sakit.
Ketika pokcik usahakannya pada malam itu si sakit tidak tahu pun sebenarnya. Gamaknya macam mana laa reaksinya ketika itu.. Hahahhahhaha. Kalau sedang masak dia terasa panas mungkin ok lagi.. Panas badan katanya sebab sedang memasak. Bayangkan sekiranya ketika itu dia sedang buang air besar.. Melompat-lompat pulak tu.. Habis bersepah najis dalam bilik air.. Hahahhahahhaha. Baik jangan bayangkan.. Hihihihihi..

Alhamdulillah laa.. Moga dia dapat menjadi suami yang baik dan membimbing isterinya hingga ke jannah.. Sebelum pokcik mengundur diri, ingin sekali pokcik berpesan. Sekiranya ada dirasakan saka ingin mendekat maka cepat-cepatlah berikhtiar. Jangan sampai orang sekeliling pun dah tak kenal barulah berniat untuk membuangnya.. Tak ada manfaatnya semua jin saka ini.. Setakat mana laa hidup kita. Sampai masa ke tanah jua.. Wassalam...