Tuesday 22 August 2017

SAKA MENGHISAP DARAH

Image result for assalamualaikum image



Alhamdulillah dapat bersua lagi di media sosial ini. Kali ini pokcik ingin kongsikan perihal seorang hamba Allah yang menghubungi pokcik bagi ikhtiarkan emaknya. Menurutnya emaknya sudah ke hospital tetapi masalahnya masih tidak selesai. Menurut hamba Allah ini lagi, period emaknya sudah dua bulan namun masih berlaku tumpah darah. Ini antara kes yang pokcik utamakan kerana boleh menjejaskan kesihatan.
Hamba Allah ini ingin pokcik usahakan pada petang itu juga namun ada kekangan yang pokcik tidak boleh elak. Namun begitu, pokcik berjanji untuk usahakan emaknya sekiranya ada masa lapang. Seperti biasa, pokcik tidak berani berjanji apa-apa bab kesembuhan kerana semuanya milik Allah. Kita hanya mampu berikhtiar, berdoa dan mengharapkan EhsanNya.

Keesokan harinya pokcik dihubungi lagi oleh hamba Allah ini. Kali ini pokcik dihubungi lebih kurang pukul 2 petang. Kebetulan pula pokcik ada satu kes lagi di Hospital UIA pada sebelah petang itu. Oleh itu, pokcik memintanya agar terus ke rumah emaknya sekiranya inginkan pokcik ikhtiarkan. Bukan apa, apabila ikhtiar dari jauh seeloknya ada orang bersama bimbang berlaku kerasukan dan sebagainya. Lagi satu, kita bimbang apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini kita pula akan dipersalahkan.
Apabila semuanya sudah bersedia dan hamba Allah ini sampai ke rumah emaknya, pokcik memintanya menghantar gambar emaknya ketika itu. Ternyata ia mempunyai masalah saka. Pokcik bertanya, adakah dia masih mahukan saka itu dan dia menjawab tak mahu. Ketika ini menurut anaknya dia mula menangis. Pokcik juga meminta dia agar melepaskan segala amalan yang tidak elok. Dia faham apa yang pokcik maksudkan.


Pokcik memintanya beristighfar sebanyak-banyaknya. Setelah itu pokcik berdoa kepada Allah agar diputuskan segala pertalian hamba Allah ini dengan saka,sihir dan sebagainya. Setelah itu barulah pokcik ikhtiarkan mengambil gangguan yang mengganggu dan dengan kata mudah menghisap darah periodnya yang menyebabkan berlakunya pendarahan yang tidak berhenti-henti. Wallahua'lam.


Setelah semuanya selesai sekali lagi pokcik menghubungi hamba Allah ini. kata anaknya, alhamdulillah barulah dia berasa ringan dan kepalanya juga sudah tidak serabut. Keadaan serabut ini juga memburukkan lagi keadaan di mana akan berlakunya masalah hormon yang tidak stabil. Alhamdulillah denganrahmatNya sekali lagi masalah diselesaikan dengan ehsanNya. 





Keesokan harinya pokcik menghubungi anak si sakit, menurutnya kini emaknya semakin ceria kerana hanya tinggal sedikit sahaja lagi tompokan darah sebelum berhenti terus dengan izin Allah. Alhamdulillah kini dia sudah boleh bersolat dan beribadah dengan selesa. Inilah antara kejahatan syaitan. Mereka sedaya upaya akan berusaha menyusahkan umat Muhammad daripada melakukan ibadah. In shaa Allah apabila datang yang hak maka leburlah yang bathil seizinNya..


Sekian buat kali ini. Moga sahabat semuaperoleh sedikit manfaat daripada perkongsian pada kali ini. Sesungguhnya tiada daya upaya manusia. Berdoalah kepadaNya kerana Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Mohonlah kepadanya. In shaa Allah, kalau tidak cepat, lambat, kalau tidak di dunia pasti Allah akan berikan di akhirat kelak. In shaa Allah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Sekian. Salam hormat semua...