Friday 18 August 2017

SAKA MEMAKAN BENIH ANAK

Image result for assalamualaikum image
Sementara menunggu sahabat-sahabat lain tiba dari KL pokcik sempat titipkan kisah malam tadi. Lebih kurang pukul 9.00 malam pokcik bertolak ke rumah hamba Allah ini.

Sesampainya di sana pokcik sempat berbual dengan suami si sakit. Macam-macam topik yang keluar termasuklah perihal si sakit..

Oleh sebab pokcik pun bekerja keesokan hari  ( hari ini ) maka pokcik meminta izin suaminya untuk ikhtiarkan isterinya itu. Kelihatan hamba Allah ini terbaring di atas katil di ruang tamu.

Keadaannya amat lemah. Namun begitu dia masih memahami apa yang pokcik katakan padanya. Oleh sebab sebelum ini pokcik sudah tahu dia alami masalah saka maka pokcik hanya bertanya kepadanya adakah dia inginkan saka itu.

Dia menjawab tidak dalam suara yang kedengaran antara dengar dan tidak. Pokcik berpuas hati setelah bertanya kepadanya dua tiga kali. Dia tak mahu tegasnya..

Tanpa berlengah lagi pokcik terus memagarnya agar saka itu tidak boleh lari. Saka ni ingatkan dia bijak. Dia bersembunyi di belakangnya. Mungkin dia ingat dia akan selamat kerana hamba Allah ini sedang berbaring.

Setelah berdoa kepada Allah agar memudahkan urusan kami, pokcik meminta hamba Allah ini beristighfar di dalam hati. Setelah itu pokcik terus mencari satu persatu tempat di badannya yang terjejas.

Ternyata banyak tempat yang menjadi sarang atau tumpuan jin-jin yang menumpang dan sakanya sendiri. Dengan izin dan memohon agar Allah menghapuskan semua gangguan itu maka pokcik terus menerus hemboihh mohong-mohong sana sini dan menarik keluar satu persatu gangguan-gangguan itu.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Katanya bahagian belakangnya terasa panas yang amat sangat. Biasalah tu. Setelah itu anaknya pula meminta pokcik tengokkan dia.

Pelik sikit perangai pokcik, hihihi kalau dah niatkan untuk ikhtiarkan emaknya maka pokcik tidak akan usahakan anaknya kecuali diberitahu awal sebelum kedatangan pokcik. Namun begitu bagi tidak menghampakan hadapan pokcik mendoakan air untuknya dan ibunya itu.

Setahu pokcik anaknya dahulu kasyaf namun setelah ditutup pandangan, dia menjadi seorang yang penakut. Dia hanya mahu pulihkan semangat sahaja. Biasanya bagi ikhtiar pulihkan semangat, pokcik akan doakan air dan mereka mandi sendiri..

Takkan pokcik nak mandikan pulak satgi jadi lain pulak. Bukan boleh harap sangat sungguh pun tua dan gigi pun tak ada sangat dah. Hihihihihi.


Pokcik balik ke rumah lebih kurang pukul 10.45 malam. Hari ini awal lagi pokcik meminta orang rumah  pokcik menelefonnnya. Alhamdulillah katanya. Semalam pun sudah ringan. Alhamdulillah hari ini anaknya bagitahu ringan sangat ketika mengangkat emaknya.

Gamaknya berat sangat saka tu. Tu yang berat apabila nak mengangkatnya. Petang tadi seorang sahabat menziarahinya. Dia juga memaklumkan hamba Allah ini sudah ceria dan boleh makan makanan yang disediakan.

Bersyukur kepada Allah yang memudahkan segala urusan semalam. Moga ketaatannya kepada Allah dan keimanan pokcik sendiri makin bertambah. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada tersalah kata dan kurang enak tutur bicara. Wallahua'lam. Salam hormat dan selamat malam.