Friday 4 August 2017

LEMAH SEMANGAT

Image result for assalamualaikum image

Santai-Santai saja sambil dok golek kentang ni. Alkisah suatu malam ada satu keluarga datang ke rumah pokcik. Sembang lebih kurang maka pokcik dapatlah tangkap tujuan kedatangannya itu. Menurut si ayahnya anaknya tu takut nak tidur dalam biliknya. Haih awat pulak takut nak tidur dalam bilik sendiri.

Menurut si ayah, anak perempuannya pun tidak boleh tidur di dalam bilik itu kalau mereka bertukar bilik. Apa sebabnya pulak kali ni. Pokcik pun scan laa cara mohong-mohong kat anaknya yang datang ni. Tak ada apa-apa tanda gangguan. Nampak hanya lemah semangat. Dah nampak punca maka pokcik pun hemboiihh pii laa pada puas dok saja. Kakakkakakkaa.

Alhamdulillah selesai satu bab. Tiba-tiba, proootttttt bunyi yang amat nyaring. Haih ayah dia kata. Terlebih semangat ni katanya sambil gelak. Hahahhahahhaha. Pokcik pun gelak sama laa tak mahu bagi anaknya malu. Selesai sahaja anaknya tu, pokcik pun cuba laa kononnya tengok bilik rumahnya pulak. Haih scan mohong-mohong lagi laa.

Sambil pejam mata, kepala geleng-gelengkan sikit bagi nampak real kot no. Hihihi. Dalam mohong-mohong tu pokcik dapat rasakan satu aura yang sangat kuat dalam bilik tu. Apa pulak gamaknya dok dalam tu. Si ayah mengajak pokcik ke rumahnya tetapi disebabkan dah malam sangat maka pokcik buatkan air doa sahaja.

Kalau masih berlaku pokcik akan ke rumahnya laa pulak untuk melihat apa yang tak kena. Alhamdulillah setelah menelefon hamba Allah ni alhamdulillah katanya anaknya dah boleh tidur di dalam bilik itu. Lega jugaklah pokcik tak kena piii sana, hahahhahahhaha. Pelik sungguh hantu setan ni. Pokok kaa busut kaa lubang tanah kaa ada banyak dah, dalam rumah orang jugak depa nak lepak. Hihihi. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam. Salam hormat.