Saturday 5 August 2017

MURUNG

Image result for assalamualaikum image

Boring dok saja maka pokcik pun taip laa no buat hilang puas. Alkisah suatu hari pada hari Jumaat  pokcik bersolat di Tanah Putih. Sesampainya di hadapan rumah emak mertua pokcik, tiba-tiba sebuah 4wd berhenti di sebelah pokcik. Assalamualaikum tuan GM katanya. Oohhh rupanya ahli group kita jugak laa. Alhamdulillah.

Sahabat kita ni perawat Darul Ansar. Dah dia parking kat tengah jalan pokcik mintak sahabat parking laa kat masjid dan sempat lagi laa bertanya khabar dan cerita. Sahabat pokcik ni sibuk jugak laa, maklumlah membuka pusat bekam dan sebagainya. Jarang-jarang jugak laa kot balik ke kampungnya.

Alkisah, lebih kurang tiga atau empat minggu lepas sahabat ni menghubungi pokcik. Ia perihal emaknya di kampung yang ada masalah saka. Nak kata jauh tu tak laa sebab kampungnya hanya di Neram sahaja. Mungkin kerana kekangan masa maka sahabat pokcik ni pun tak sempat nak ikhtiarkan emaknya sendiri. Tak tahu laa kalau sahabat sendiri segan nak ikhtiarkan emak sendiri. Memang ada macam tu.

Disebabkan sahabat ni di Kuantan juga maka suatu hari dia menghubungi pokcik. Kebetulan pulak pokcik sedang dok minum kat luar jadi pockik ajaklah dia minum sekali. Dia pun maii laaa seperti dijanjikan. Pada waktu ni laa dia menceritakan perihal ibunya yang mengalami masalah saka. Perawat-perawat sebelum tu dia kata hanya menghalau saja. Tak dak tindakan yang keras yang dikenakan. Tak larat katanya sebab asyik nak kena panggil berulang-ulang kali.

Haih, nak ikhtiar bakar dgn izin Allah, ada sahabat kata zalim. Akan dipertanggungjawabkan pulak. Nak potong kepala satgi ada pulak sahabat kata jadi jin takdak kepala. Lagi seram kalau orang jumpa. Kakakakkakakkakaka. Gurau-gurau saja tu jangan ambik serius. Tak paa laa pokcik kata, pokcik ajak dia piii ke rumah emaknya pada hari Sabtu esok lusanya. Dia setuju.

Elok sampai hari sabtu dia bagitau pokcik dia terpaksa ke KL pulak. Ada urusan penting katanya. Sibuk sungguh. Tak paa laa, jadi pockik bagitau dia pokcik hemboiihh piii laa mohong-mohong dari jauh. Dah hemboiihh tu pokcik bagitau laa kat dia. Tudia aih tiga minggu kemudian baru pokcik sempat ikhtiarkan. Tu laa yang pokcik segan kalau dok berjanji dengan orang. Yang awal pokcik ikhtiarkan biasanya kes emergency sahaja.

Hihihi baru hari Jumaat dua hari lepas pockik jumpa dia selepas membuat rawatan tu. Alhamdulillah dah katanya. Tak dak dah mimpi ngeri. Mak dia pun tak murung lagi dah. Kesian jugaklah orang tua ni. Selang sehari panggil orang berubat. Selang dua hari panggil orang berubat. Pasaiii apa jadi lagu tu? Pasaiii dok hambat saja piii jauh-jauh. Bukan nak pertikaikan mana-mana pihak sebab itulah cara depa.

Jadi nasihat pokcik pada semua, dah orang tak pertikaikan cara kita biarpun orang kena panggil kita selang dua hari maka janganlah dok kata cara orang lain salah, zalim dan sebagainya. Satgi keluar pulak kata kena berdakwah laa pulak. Sebabnya yang pokcik cerita ni banyak yang dakwah laa. Dakwah pastu jin angguk kata dah insaf dan piii tempat lain padahal jin tu masuk makin dalam lagi. Apa pun kesembuhan milik Allah.

Allah dah kata diutuskan Rasul dari kalangan jin dan manusia jadi tak perlulah kita nak berdakwah bagai sampai macam dok perikai cara kita saja betoiii.. Buatlah dengan cara kita tanpa dok paksa orang lain ikut cara kita. Kalau kita kena mohong pun biaq laa kita sorang-sorang yang kena. Jangan ajak orang lain pun kena macam kita jugak. Hahahhahahhahaa. Maaf laa andai terkena pada sesiapa. Bukan pokcik nak pertikaikan sesiapa tapi buatlah dengan cara kita tanpa berkata cara kita saja yang betul. Maaf sekali lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.