
Cerita bab Gunung Senyum. Disekitarnya ada satu kampung. Kalau tak salah namanya Kampung Pasir. Kalau salah pokcik minta maaf noo..
Kisah seorang hamba Allah pergi ke sana untuk berikhtiar. Katanya rumah si perawat ni agak terpencil. Jauh dari rumah orang lain..
Nak masuk ke rumahnya ada pagar kayu. Macam sangga rumah pagar kayunya. Kena angkat dan alihkan sangga tu dulu baru boleh masukkan kereta. Macam cerita orang dulu-dulu noo...
Keadaan halaman rumahnya sangat bersih padahal si perawat tua ini hanya tinggal dengan orang rumahnya yang terlantar sakit di dalam kelambu. Setibanya hamba Allah ini di rumah itu, mereka hanya bersembang dengan si perawat tua itu.....
Rehat dulu katanya. Klinik belum dibuka. Mereka bersembang santai sahaja. Kucing berlari riang di ruang tamu rumah. Biasalah orang kampung kalau memelihara kucing paling kurang 10 ekor gamaknya. Pokcik pun ada memelihara kucing lebih kurang 25 ekor sekarang.
Lebih kurang pukul 9 malam, dia bersuara, haaa klinik kini dibuka. Kucing yang berlari bermain riang tadi berkumpul setempat di satu sudut. Mereka terus duduk diam di situ tanpa bersuara. Suasana menjadi sunyi.
Akhirnya si perawat pergi ke hadapan papan putih yang diletakkan pada dinding. Macam cikgu sekolah pulak noo.. Dia mengangguk-anggukkan kepala sambil membaca papan putih yang kosong..
Dia memberitahu perihal ubat bagi penyakit hamba Allah yang datang. Hamba Allah ini juga memberitahu perihal anaknya yang tidak dibawa bersama. Katanya SAKA. Dia menyebut nama datuk hamba Allah itu tanpa diberitahu.

Orang lain memang tak nampak tulisan itu.. Entah perawat ini masih hidup atau pun sudah meninggal dunia ketika pokcik menulis ini. Apa pun, sekiranya dia sudah meninggal dunia marilah kita sedekahkah AlFatihah. Moga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Aamiin...