Saturday 12 August 2017

KETUK LANTAI AMBIL TANAH

Image result for assalamualaikum image

Semalam pokcik ke sebuah rumah dalam pukul 10.45 malam.. Kalau lewat lagu tu takkan nak piii ajak menyembang noo atau ajak karaoke kat rumah dia.. Betoiii tak? Hihihihihi

Menurut hamba Allah ni yang menghubungi orang rumah pokcik, ada seorang kawannya yang tengok suaminya dari jauh, katanya suaminya sakit kerana ada gangguan makhluk halus..

Pelik jugalah boleh tengok saja tapi tak buat apa-apa.. Bersangka baik sajalah. Mungkin dia sakit perut tertelan julap. Katanya lagi kena ambil tanah bawah rumahnya sikit dan buang...



Gamaknya perawat tu scan dia rumah kampung dua tingkat kot.. Si isteri tanya pokcik nak kena ketuk simen kaa sebab rumahnya setingkat saja.  Pokcik kata tak payah laa, dah laa suami sakit takkan nak bagi tambah sakit lagi tengok lantai terlopong..

Macam-macam cara no.. Itu cara dia. Tak apa laa.. Sesampai pokcik ke rumahnya pokcik sembang laa dulu sambil dok mengesan kesan gangguan.. Tak ada pun padanya yang betul-betul kuat sehingga boleh membuatkannya sakit seizin Allah. Biasa-biasa saja kesan gangguannya.

Apabila pokcik tengok pada bahagian hati dan kepalanya pokcik dapat rasakan dia serabut dan fikirannya berkecamuk. Biasalah orang sakit fizikal iaitu stroke separuh badan, fikirannya kacau sebab selama ini dia bebas melakukan aktiviti.

Dia juga merasakan orang sekelilingnya tidak sayang padanya. Itu gangguan fikirannya sahaja. Pokcik kenal orang rumahnya sangat baik dan amat bertanggungjawab. Emaknya juga datang dari Selangor untuk menjaganya. Pelik juga apabila dia bagitahu pokcik dia tiada sokongan daripada keluarga.. Huhu.

Sejak awal pokcik terbau sireh yang amat kuat. Selama ini pokcik tidak pernah terbau apabila berkunjung ke rumahnya. Pokcik minta orang rumahnya mengejutkan ibu mertuanya iaitu ibu kepada si suami.

Sebaik sahaja dia tiba, barulah terasa amat kuat getaran gangguan. Haih niat nak usahakan si anak tetapi nampaknya si emak yang pokcik kena usahakan terlebih dahulu. Pokcik berkata dia ada SAKA. Dia tak terkejut. Huhuhu..

Kebanyakan orang Melayu bersaka katanya. Katanya dulu di pernah ikhtiar di Perak.. Di Slim River katanya kalau tak salah pokcik. Katanya ibunya bidan. Ketika berubat pakaiannya serba kuning. Ayam yang nak dipilih untuk berubat juga mestilah ada unsur kuning sehinggalah mencari ayam yang mana paruhnya dan bulunya kekuningan. Macam tu pulak..

Katanya setiap tahu mereka berjamu. Jamu jin laa tu.. Jamu dengan pulut kuning dan telur. Adoiii pokcik tahu dah kalau pokcik tanya lagi soheh keluar bab hanyutkan ke sungai dan letakkan di bawah pokok besar. Pokcik rasa umur hamba Allah ini dalam lingkungan 70 an dah kot..

Dipendekkan cerita, pokcik usahakannya dan anaknya. Alhamdulillah tiada apa perkara yang pelik berlaku. Cuma lepas usahakan anaknya, dia minta izin untuk masuk tidur. Tapinya sebelum masuk tidur dia bertanya, bolehkah kalau dia tidur di luar rumah.. Sejuk sikit gamaknya.. Macam-macam orang fikiran berkecamuk.. Patutlah syaitan mudah ambil kesempatan...

Sebelum mengakhiri cerita, setakat yang pokcik jumpa, kebanyakan anak atau cucu bidan bersaka. Kebanyakannya mereka boleh membidankan orang dan merawat tanpa belajar. Biasanya mereka dapat melalui mimpi. Gamaknya orang dahulu belajar sebagai pertahanan diri dan untuk mencari rezeki. Wallhaua'lam...

Ada sesiapa yang pernah jumpa anak atau cucu mereka yang tidak mewarisi saka? Mungkin ada. Sebabnya mungkin anak lelaki atau saka itu diwariskan kepada darah dagingnya yang lain. Anak saudaranya atau pun adiknya.. Wallhaua'lam.. Apa pun, amalan berjamu jin ini merupakan perbuatan yang syirik. Moga kita semua terhindar daripada perbuatan menyegutukan Allah ini.. Aamiin. Wassalam...

Bangun pagi ni org rumah pokcik bagitahu dia bermimpi banyak anjing hitam mati bergelimpangan. Tak kurang yang dah membusuk dan ada yang cedera parah.. Apa agaknya tu... Santaiiii...