

Rupa-rupanya dia mendapat nombor pokcik daripada seorang hamba Allah. Kisah kali ini berkisar tentang bini muda dan bini tua. Menurut hamba Allah ini, ketika berubat sama ada di hospital atau berjumpa dengan perawat, wajah madunya sering terbayang. Pernah dia berlawan dengan madunya yang jelas kelihatan katanya ketika berubat..

Katanya tiba-tiba kepalanya dan badannya sakit yang teramat sangat ketika tengah hari itu. Ketika dia sampai ke rumah hamba Allah yang memberikan nombor telefon pokcik, dia sedang menangis kesakitan. Apa pun, dia hanya menghubungi pokcik pada sebelah petang itu dan pokcik berjanji akan mengusahakannya setelah selesai solat Maghrib.

Sebaik sahaja dia tenang, pokcik pun bermula dengan berdoa agar Allah memudahkan urusan pada hari ini. Setelah beristighfar, berselawat dan mengucapkan syahadah pokcik terus membacakan beberapa potong ayat suci AlQuran sambil berdoa agar Allah mengazabkan jin yang menghuni badan si sakit. Ketika ini, si sakit seolah-olah terawangan dan dibawa ke rumah madunya itu. Dia dapat melihat suasana di dalam rumah itu. Katanya dia melihat berlaku kekecohan di situ. Wallahua'lam.
Dia juga dapat melihat batu nesan. Entah batu nesan siapa atau suasana di kubur, pokcik tidak bertanya dengan lebih lanjut. Pokcik hanya mendengar sahaja kerana pokcik tahu apa yang dilihat tidak semestinya benar. Sekiranya ia benar sekali pun, pokcik tidak boleh mengiayakan kerana pokcik bimbang sekiranya suatu hari nanti syaitan memainkan peranan, maka akan berlakulah fitnah. Pokcik teruskan lagi usaha dengan berdoa agar Allah membakar kesemua jin sihir yang berada di dalam badannya.

Dia menerima keputusan pokcik dengan baik. Apa pun, pokcik juga mendengar rintihan dan keluhannya itu. Menurutnya dia menjadi hairan terhadap suaminya. Apabila isteri tua menelefon, dia akan segera balik ke rumah isteri tua biarpun itu gilirannya. Pokcik hanya mendengar sahaja dan tidak mahu mencampuri urusan peribadi si sakit. Menurutnya lagi, kemungkinan besar suaminya terkena penunduk. Wallahua'lam. Dia begitu yakin kerana ketika dia bermohon bersungguh-sungguh kepada Allah, dia ada melihat kepala labi-labi di rumahnya. Entah apa fungsi labi-labi itu pokcik pun tak tahu. Namun, pokcik pernah membaca satu petikan yang mengatakan labi-labi ini dikaitan dengan pengasihan. Bagaiman caranya? wallahua'lam. Pokcik bukannya bomoh.

Akhir kata, siapa pun kita, apa status kita, apa jawatan kita, semuanya milik Allah. Ujian dan dugaan sentiasa ada untuk menguji keimanan kita. Perawat hanya manuia tak kira lah gelaran ustaz apa apa pun. Sedangkan nabi disihir inikan pula kita yang bersifat bukan maksum. Moga sahabat semua memperoleh manfaat dengan perkongsian ini. Moga berjumpa lagi. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada kata-kata yang kurang enak didengar. Kembali kita kepada Allah kerana kita bukannya sempurna. Wallahua'lam. Salam hormat.