Monday 21 August 2017

HUJAN MENGIRINGI KEDATANGAN

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan lagi oleh Allah. Kali ini pokcik ke sebuah rumah di Inderapura Kuantan. Asalnya pokcik menerima panggilan telefon daripada seorang hamba Allah yang memberitahu perihal sepupunya. Menurutnya sepupunya itu sudah lama sakit. Badannya sudah kurus kering namun berselang lima minit dia akan meminta makanan. Pelik juga anaknya.

Ketika pokcik sampai di rumahnya hujan turun dengan lebatnya. Puas juga nak letakkan kereta kerana lorong rumahnya yang sempit. Keadaan hujan yang lebat menyebabkan pokcik terkandas di dalam kereta. Lama jugalah lepak dalam kereta hinggalah anak si sakit datang membawa payung. Anaknya bercerita kepada pokcik, ramai jiran yang nampak hantu yang amat besar dan hitam di sekitar rumah emaknya itu.

Tambahnya lagi apabila dia membawa emaknya tinggal bersama mereka, mereka suami isteri sering sakit dan berasa kebas pada bahagian tangan ketika menguruskan emak mereka. Mereka juga sering mendengar orang berjalan di atas atap rumah. Apa agaknya ye?  Emaknya juga bercakap dengan menggunakan suara yang agak kasar dan menakutkan.  Bukan suaranya katanya. Apabila lambat memberi makan, emaknya akan menyebut berulang-ulang kali. Makan makan makan makan atau milo milo milo milo tak berhenti-henti.

Dia terbaring sahaja di dalam bilik ketika pokcik tiba. Matanya ditutup. Menurut anaknya, matanya ditutup sebaik sahaja pokcik sampai. Sebelum tu mulutnya tidak berhenti-henti meminta makan. Bercakap tak mahu, yang keluar dari mulutnya hanya makan makan makan sahaja. Sebaik pokcik masuk ke dalam bilik, kelihatan matanya tertutup. Pokcik memanggilnya tetapi langsung tidak dilayan. Terpaksalah pokcik memanggil anaknya untuk masuk ke dalam bilik.

Dia memanggil emaknya. Emaknya itu membuka mata. Pokcik terus bertanya sama ada dia masih mahukan makhluk itu. Dia angguk kepala.. Adess. Mungkin dia tak faham.. Pokcik pun meminta anaknya bertanya pula. Dia masih mengangguk kepala. Apabila ditanya dia tak mahu jin itu, dia gelengkan kepala.. Adess apa pun pokcik beranggapan memang dia tak mahu.. Hihihihihi.. Buat andaian sendiri laa pokcik. Tanpa berlengah lagi pokcik memagarnya lagi sekali.

Sebenarnya pokcik dah pagarnya semasa berada di luar rumah. Pokcik tak mahu makluk itu lari sebenarnya. Ketika mula membaca ayat, matanya merenung tajam kepada pokcik. Matanya dibulatkan.. Ingatkan pokcik sahaja perasan, anaknya yang berada di luar bilik juga dapat melihatnya.. Hihihihihi.  Marah laa tu.. Disebabkan dia sudah tidak berdaya maka dia tidak boleh bangun. Pokcik merenung pula matanya kali ini sambil membacakan beberapa potong ayat suci.

Dia mula mengecilkan matanya dan akhirnya memejamkan matanya. Sesekali matanya melihat pada dadanya yang berombak-ombak dengan kuat. Sekejap matanya pejam dan sesekali matanya memandang dadanya. Akhirnya matanya pejam. Pokcik meneruskan bacaan. Kali ini dia tidak melawan. Setelah selesai, pokcik ikhtiarkan mengeluarkan makhluk-makhluk daripada dalam badannya.  Banyak tempat juga bermasalah Rupa-rupanya.  Setelah selesai pokcik semak lagi sekali.  Ternyata masih ada gangguan dalam badannya itu.

Berlapis-lapis pulak. Layan sahajalah. Akhirnya semuanya berakhir dan dipermudahkan oleh Allah. Dia kelihatan tenang. Matanya dibuka. Dia memahami butir pertuturan pokcik. Pokcik meminta dia beristighfar dan dia lakukan di dalam hati. Alhamdulillah. Sebaik sahaja pokcik keluar dia sudah mula berbual dengan anaknya dan sepupunya yang membawa pokcik ke situ. Mukanya mula kemerahan.

Alhamdulillah. Apabila anak lelakinya masuk ke dalam bilik, dia berpesan kepadanya agar jangan meninggalkan dia sendiri. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Sekiranya Allah memanjangkan usia dan menyihatkannya kembali, anaknya bersyukur. Jika janjinya sudah sampai, mereka redha.

Kadang kala, mereka sendiri pun tak sedar mereka didampingi hinggalah ketika mereka sakit dan makhluk itu menampakkan diri. Anaknya juga mendapat mimpi emaknya itu ingin menyerahkan sesuatu padanya tetapi dia menolaknya. Apa pun moga Allah memelihara kita semua daripada segala tipu daya syaitan. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.