Wednesday 30 August 2017

BERCAKAP SIAM

Image result for assalamualaikum image

Pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah dari Kelantan. Katanya emaknya yang memberi nombor telefon pokcik padanya. Menurutnya mak mertua kepada anak saudara suaminya tengah tidak sedarkan diri.

Dia telah dibawa kepada seorang perawat di sana namun keadaannya masih begitu. Pokcik memintanya menghantar gambar hamba Allah itu. Ia seorang perempuan tua yang sedang berbaring lemah. Tambahan pula, dia ingin balik ke KL keesokan harinya. Takkan nak bawa balik hamba Allah ini dalam keadaan tidak sedarkan diri..

Tanpa melengahkan masa pokcik cuba doakan dia dari jauh. Ketika itu dia mula membuka matanya. Dia mula bercakap Siam seperti sebelum itu. Kali ini pokcik ikhtiarkan agar memulangkan semua hak ahli sihir itu. Alhamdulillah dia mula sedar namun keadaannya amat lemah.

Ni pokcik muat turun rakaman suara pesakit di Kelantan  yang bercakap Siam semalam apabila baru  sedar daripada kerasukan. Macam blur lagi. Anak pulak dok tanya banyak nooo..

Ketika kerasukan jin itu menuduh orang di sekitarnya yang menyihirnya. Kerja nak menipu sahaja jin syaitan ni..

Gamaknya kalau pokcik berada di situ pokcik pun dia temberangkan juga kalau pokcik tak standby kayu 2 4 nak ketuk kepala jin tu...

Untuk pengetahuan sahabat semua, kali pertama usaha pokcik semalam dia sedar daripada lena. Dia bangun dan bercakap Siam.

Terpaksalah pokcik uruskan si ahli sihir tu pulak.. Bukan buat apa pun, luku manja kepalanya sahaja.

Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. Banyak dah pokcik jumpa kes seumpama ini dan jin akan menuduh orang lain bagi menutup kesalahan si pelaku yang sebenarnya..

Wallhaa'lam. Salam hormat...
Sebab ramai tak faham, pokcik terjemahkan..
AL= Anak lelaki
AP= Anak perempuan
SS= Si sakit

AL: Datang dari mana?
SS: Tak tahu laa..

AP: Pandai cakap siam ke?
SS: Tak pandai

AP: Semalam cakap siam. Tadi cakap siam, siapa yang ajar?
SS: Tak tahu laa

AL: Org dekat sini ke hantar?
SS: Tak tahu laa

AL: Tadi cakap dekat. Kenapa nak suka tu?
SS: Tak suka laa. Manalah tahu

AL: Dia dtg duduk kat mak laa ni
SS: Yaa.. Kotor

AL: Ada dengan mak laa nii
SS: Yaa

AL: Betul ke ni?
SS: Tak tahu laa. Ikut dia laa

AL: Tadi kenapa tak nak cakap?  Dia tak bagi cakap ke?
SS: Yaa

AP: Sekarang ni dah boleh cakap. Sedar dah ke ni?
SS: Sedar dah

AL: Cuba celikkan mata. (Mungkin dia buka mata dan lepas tu tidur semula sebab keletihan.)