

Setelah melakukan aktiviti di Gua Silat pagi tadi, pokcik dah sahabat-sahabat lain balik ke chalet semula. Pokcik meminta izin untuk balik ke Kuantan dahulu atas beberapa kekangan yang tak dapat dielakkan...
Setelah bersalaman, pokcik terus menuju ke kereta. Setelah itu pokcik terus menghidupkan enjin kereta. Tiba-tiba pintu belakang kereta terbuka sendiri beberapa kali. Pokcik keluar dan tutup pintu kereta. Ketika ini tuan Langit Ke Tujuh tiba. Haih ada nak ikut balik ke katanya. Pokcik senyum sahaja.. Hihihihihi..

Pokcik memulakan perjalanan balik ke Kuantan. Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Ketika berehat pada waktu petang tadi, tn Langit ketujuh dan para sahabat yang lain naik lagi ke Gua Silat untuk meneruskan aktiviti. Mungkin pagi tadi kurang berpeluh gamaknya.. Hahahhahhaha..
Perjalanan ke Gua Silat akan melalui Makam Tok Long yang menjadi mitos setempat yang dikatakan dia berkahwin dengan puteri bunian. Menurut kisahnya dia berpisah dengan puteri bunian itu apabila dia balik ke Kampungnya di Kuala Krau kerana rindu akan keluarga di sana.
Dia berjanji balik satu purnama sahaja tetapi terlajak lebih tiga hari. Kononnya puteri bunian merajuk. Sejak itu dia menunggu dan sakit dan akhirnya meninggal di gua itu. Wallahua'lam..

Pemberian siapa agaknya? Ada orang dah berkenan gamaknya.. Hahahhahhaha. Apa pun para sahabat hanya mengambil gambar sebagai bukti sahaja. Mereka meninggalkan cincin emas itu di situ. Sekian perkongsian pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat. Wassalam.