Tuesday 30 June 2020

KENCING DI TENGAH HUJAN


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih diberikan kesempatan oleh-Nya menghirup udara segar dan melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Pada kesempatan ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah tentang tipu daya syaitan dan usaha yang dilakukan agar manusia sukar untuk beribadah kepada Yang Maha Esa.

Pada hari Ahad baru-baru ini pokcik seperti biasa akan bertolak dari Kuantan ke Muadzam Shah menuju ke rumah sewa. Ketika dalam perjalanan, tiba-tiba pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah iaitu Ustaz Azhar (bukan nama sebenar). Nada suaranya seperti serta salah ingin meluahkan isi hati kerana percakapannya yang agak tersekat-sekat seolah-olah sedang menyusun kata-kata yang sesuai untuk diucapkan.
Ustaz Azhar : Assalamualaikum
Encik Omar : Waalaikumussalam

Ustaz Azhar : Ada di mana?
Encik Omar : Saya dalam perjalanan ke Muadzam Shah

Ustaz Azhar : Kawan ada hajat ini. Daripada orang kampung.
Encik Omar : Hajat apa? Lain macam je bunyinya

Ustaz Azhar : Ada orang kampung datang ke rumah. Anaknya sakit.
Encik Omar : Sakit macam mana tu?

Ustaz Azhar : Katanya anaknya nak lari dari rumah. Sudah lima malam tak tidur.
Encik Omar : Oooo. Apa-apa nanti kita mesej di rumah. Tak sampai lagi ni.

Setelah tamat perbualan telefon, pokcik meneruskan perjalanan. Lebih kurang 10 minit akhirnya pokcik pun sampai di rumah. Tepat pukul 10.11 malam, masuk satu mesej daripada Ustaz Azhar yang bertanyakan keperluan sekiranya pokcik ingin scan dari jarak jauh. Betul juga tu. Ada yang mahukan alamat pesakit. Untuk apa agaknya tu? Hihihihi… Kalau sekadar nak scan cara tak pandai sekadar ikhtiar, pokcik biasanya minta gambar pesakit. Itu pun bukan semestinya betul sebab kalau kita tahu perihal ghoib memang lain macam dah tu. Berdasarkan tanda pada diri pesakit, pokcik dapat kesan ada gangguan yang berat pada bahagian kepala dan dadanya. Jin apa agaknya? Wallahua’lam.
Pokcik memberitahu hal itu kepada Ustaz Azhar. Berselang beberapa minit, Ustaz Azhar menelefon pokcik lagi. Beliau ingin menceritakan serba sedikit perihal si sakit. Menurut beliau, ketika itu keluarga si sakit ada di rumahnya. Mereka mendengar cerita bahawa Ustaz Azhar memang pandai berubat. Oleh itu mereka terus ke rumahnya untuk meminta beliau usahakan si sakit. Mungkin Ustaz Azhar pemalu agaknya. Ketika berbual dengan pokcik pun, beliau agak merendah diri. “ Berubat budak menangis tiup-tiup telinga bolehlah. Nak lebih-lebih tak pandai, ” katanya kepada pokcik.

Kalau Ustaz Azhar tak pandai, pokcik lagi tak pandai. Hahahahaha. Apa pun, beliau meminta pokcik usahakan kes itu. Menurut beliau lagi, si sakit merupakan seorang peniaga. Kalau tak salah pokcik, sebelum berlaku kejadian itu, beliau meniaga di Sri Jaya. Ketika dalam perjalanan pulang, beliau terasa ingin membuang air kecil. Dalam keadaan hujan yang lebat, beliau keluar dari kenderaan lalu melepaskan hajatnya. Bermula dari saat itu, beliau mula berkelakuan aneh. Beliau akan berlari di dalam rumah dan melakukan pelbagai kelakuan yang tidak dibuat oleh manusia normal.

Ketika Ustaz Azhar menghubungi pokcik, si sakit tidak tidur selama lima hari. Setelah tamat perbualan, pokcik berjanji untuk tengok beliau dari jauh sahaja pada malam itu. Tambahan pula pokcik agak letih dan baru sahaja sampai di rumah. Setelah doakan beliau, pokcik pun memberitahu Ustaz Azhar dan meminta mereka memberitahu keadaannya. Keesokan harinya (semalam), adik ipar dan abangnya datang ke tempat kerja pokcik. Mereka meminta pokcik datang juga ke rumah mereka. Serba salah juga sebab pokcik sedang bekerja. Namun, perasaan ingin tahu dan simpati menyebabkan pokcik gagahkan diri pergi ke rumah mereka. Tambahan pula pokcik dimaklumkan bahawa si sakit cuba lari setelah diberitahu pokcik akan datang ke rumahnya namun berjaya ditangkap oleh ahli keluarganya yang lain. Ada sesuatu yang tak kena lagi tentang si sakit.

Kali ini pokcik pergi dengan salah seorang rakan sekerja. Kebetulan rakan sekerja itu memang tahu di mana rumah si sakit. Akhirnya kami sampai ke ruamhnya. Kelihatan ramai ahli keluarga dan kenalan berada di situ. Kelihatan dua orang lelaki sedang duduk di sofa. Pokcik boleh agak yang mana satu si sakit kerana lelaki di sebelahnya berpakaian agak kemas dan bersongkok. Dalam hati pokcik, mungkin lelaki itu perawat atau pun memang bersedia untuk menangkap si sakit sekiranya dia lari. Namun dari segi pakaiannya boleh lebih terarah menjangkakan si lelaki berkupiah itu merupakan seorang perawat yang dipanggil oleh keluarga si sakit. Wallahua’lam.

Sebaik sahaja bersalaman, pokcik akhirnya duduk di sebelah si sakit. Lelaki berkupiah itu turun dan duduk tidak jauh dari kami. Pokcik dan rakan sekerja yang datang berbual mesra dengan si sakit dan ahli keluarganya yang lain agar suasana yang agak tegang dapat dikendurkan. Sesekali rakan sekerja pokcik membuat lawak dan diikuti dengan hilai ketawa penghuni rumah itu. Setelah keadaan agak tenang, pokcik berbual dengan si sakit. Pada mulanya dia agak tenang menjawab soalan pokcik. Tiba-tiba, dia menjadi gelisah dan mula menunjukkan perlakuan yang agresif.

Melihat keadaan itu pokcik terus memulakan langkah pertama. Pokcik meminta beliau bertenang dan ingat akan Allah. Pokcik pun tak tahu sama ada dia mendengarnya atau pun tidak. Dengan lafaz basmallah pokcik pun membacakan beberapa potong ayat-ayat suci Al-Quran. Nafasnya semakin kencang dan di amula mendengus seperti kerbau yang disembelih. Dadanya mula berombak dengan kencang. Akhirnya dia menjeling tajam tanpa berkelip ke arah pokcik yang betul-betul berada di sebelahnya. Semakin dibacakan ayat-ayat suci al-Quran, dia semakin panas dan kelihatan tangannya cuba diangkat.

Kelihatan si sakit berasa geram yang teramat sangat kepada pokcik. Entah berapa kali dia cuba mengangkat tangannya tetapi alhamdulillah tangannya terpasak pada bahagian lututnya. Kalau berjaya diangkat memang naya pokcik. Huhuhuhu… Ketika menundukkan sedikit muka, pokcik dapat merasakan wajah si sakit dah berubah. Wajahnya menjadi besar. Pokcik takt ahu sama ada itu mainan perasaan pokcik atau sebaliknya. Pokcik abaikan. Akhirnya, dia yang agresif tadi mula lemah. Matanya yang menjeling tajam ke arah pokcik, mula dihalakan ke hadapan dan akhirnya dia menundukkan kepalanya.

Ketika pokcik membacakan surah An-Nas, di amula mengikut apa yang dibacakan oleh pokcik. Setelah itu pokcik cuba ikhtiar menarik keluar gangguan daripada tubuhnya terutama pada bahagian kepala, dada dan perutnya. Dia akhirnya terkulai. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Melihat keadaan itu, pokcik meminta dua orang ahli keluarganya memapahnya ke katil. Sebaik sahaja sampai di katil, si sakit terus tidur. Sahabat pokcik yang menelefon ahli keluarganya pada pukul 1.30 petang itu dimaklumkan bahawa si sakit masih lagi tidur. Letih agaknya kerana sudah beberapa hari tidak melelapkan mata.

Setelah selesai, lelaki berkupiah meminta pokcik scan salah seorang perempuan di situ. Katanya dia dan suaminya selalu bertengkar. Permintaannya pokcik ikut tetapi pokcik tak akan usahakannya kalau ada gangguan sekali pun kerana ingin berkejar semula ke tempat kerja. Pokcik hanya menghalakan tapak tangan ke arahnya namun orang lain pula yang sendawa berkali-kali. Nampak gayanya, sebelum melarat pokcik meminta diri dan mengatakan bahawa tiada gangguan pada hamba Allah yang pokcik halakan tapak tangan itu.
Sebelum balik, sempat lagi pokcik memberikan tazqirah ringkas. Pokcik terangkan bahawa sesiapa sahaja yang usahakan si sakit, hanyalah berikhtiar kerana hanya Allah yang boleh menyembuhkan sesorang. Perawat mana pun tiada apa-apa kuasa atau kelebihan. Mereka memohon kepada Allah dalam setiap usaha yang dilakukan. Pokcik juga menasihati mereka agar jangan terlalu taksub dan mempunyai tanggapan berlebihan terhadap seseorang perawat. Sebenarnya, nasihat itu pokcik berikan kerana mereka sudah mula menggelarkan pokcik sebagai USTAZ sebaik sahaja pokcik selesai usahakan si sakit. Pokcik bimbang, ada segelintir perawat yang mengambil kesempatan dengan gelaran USTAZ yang diberikan atau menggelarkan diri sendiri sebagai USTAZ bagi mengaburkan mata masyarakat.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf andai kata pokcik ada tersalah cakap dan penulisan pokcik ini kurang menyenangkan hati sahabat. Sesungguhnya semua manusia adalah sama di sisi Allah dan tidak dinilai daripada gelaran dan pangkat melainkan KEIMANAN dan KETAQWAAN kepada-Nya. Moga berjumpa lagi pada lain masa. Salam hormat. Wallahua’lam.

Sunday 28 June 2020

TOMPOK HITAM DALAM PERUT


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dikasihi;

Alhamdulillah kerana masih diberikan ehsan oleh Allah untuk bernafas. Pada kesempatan yang diberikan ini, Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah dan semoga apa yang dipaparkan pada kali ini menjadi ikhtibar buat kita semua. Sebenarnya kisah kali ini berkisar tentang seorang hamba yang pokcik usahakan pada malam Sabtu baru-baru ini. Hamba Allah itu pokcik namakan sebagai Zaiton (bukan nama sebenar).

Pokcik sampai di Kuantan dari Muadzam sudah lewat petang. Sebaik sahaja sampai di rumah, orang rumah pokcik memberitahu bahawa sahabat sekerjanya meminta pokcik usahakan orang rumahnya. Amboi, tak sempat hilang penat perjalanan dan belum sempat berlunjur kaki lagi sudah ada tugasan baru. Nak menolak, menolong hamba Allah yang amat-amat memerlukan ikhtiar merupakan HOBI pokcik. Pokcik anggap menolong orang dalam bidang mistik ini sebagai HOBI sahaja serta dilakukan kerana Allah dan tidak lebih daripada itu.

Suami Zaiton merupakan rakan sekerja dengan orang rumah pokcik. Menurutnya, hospital sudah seperti rumah kedua bagi mereka. Apa tidaknya, KMC, KPJ, Hospital UIA, HTAA sudah menjadi rutin kehidupan mereka. X-Ray dilakukan dan dilihat ada tompok hitam pada bahagian perutnya seperti ketumbuhan. Apabila melihat hasil X-Ray mereka meneruskan rawatan dengan membuat CT-Scan. Hasilnya, tompok hitam berupa ketulan itu hilang. Para doktor pun sudah naik buntu dengan keadaan itu. Akhir sekali pihak hospital membuat rumusan ia  berlaku akibat perubahan hormon bagi perempuan yang akan menopause.

Setelah puas ikhtiar secara moden, mereka mula mencari perubatan Islam. Mereka telah ikhtiar dengan beberapa orang ustaz dan Pusat Perubatan Islam namun masih juga menemui jalan buntu. Si isteri sudah kehilangan berat sebanyak berbelas kilogram tanpa perlu berdiet. Begitu juga berat badan suaminya yang hilang kerana setia menunggu dan berjaga malam menemani si isteri yang sakit. Pada awalnya, pokcik agak liat juga mahu ke rumah hamba itu Allah itu kerana masih penat kerana perjalanan namun apabila mendengar kisah yang disampaikan oleh orang rumah pokcik, perasaan simpati pula muncul.

Lebih kurang pukul 9.40 malam pokcik bergerak menuju ke rumah hamba Allah itu yang terletak di tanah lot RTP Bukit Goh. Akhirnya kami sampai di sebuah rumah yang agak besar. Maklumlah mereka mendirikan rumah di tanah sendiri. Oleh kerana mereka menggunakan pintu pagar elektronik maka kami terpaksa menelefonnya untuk membuka pintu pagar rumahnya. Akhirnya barulah kami masuk ke perkarangan rumahnya yang agak luas.

Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an keluar dari rumah itu dan menyambut kami. Beliau hanya mengenakan t-shirt, berkupiah dan menyarung kain pelekat. Beliau mempersilakan kami masuk ke rumahnya. Seperti biasa, pokcik akan cuba melengah-lengahkan masa bagi memberikan peluang kepada tuan rumah bersedia menerima kehadiran kami. Manalah tahu mereka tak sempat untuk bertudung dan sebagainya.

Hamba Allah itu memang hanya mengenali isteri pokcik jadinya dia memandang pokcik dengan seribu satu pertanyaan. Pokcik faham sangat dengan riak muka seseorang. Maklumlah, kehadiran pokcik di situ hanya dengan memakai t-shirt berlengan pendek serta berseluar jeans. Mungkin penampilan pokcik agak berbeza dengan ustaz perubatan yang pernah mereka kunjungi yang berpenampilan lebih Islamik. Pokcik tidak kekok dengan keadaan itu kerana sudah biasa mengalaminya. Semalam pun pokcik dijemput menghadiri majlis sambutan hari jadi oleh sepasang suami isteri yang pernah pokcik usahakan. Ketika berbual semalam, si suami secara jujur mengakui bahawa dia juga tidak menjangka bahawa pokcik sangat simple berpakaian ketika datang usahakan mereka suami isteri dahulu. Pokcik hanya tersenyum.

Kita Kembali pada kisah kali ini. Akhirnya kami pun masuk ke dalam rumah. Pokcik memberikan salam lalu disambut oleh ahli keluarga si sakit iaitu isteri dan anak daranya. Si isteri kelihatan terbaring di tengah ruang tamu dan bersusah payah bangun duduk ketika kami masuk ke rumah. Melihat wajahnya yang agak pucat, pokcik sudah faham bahawa beliau memang tidak cukup tidur kerana ia sudah diceritakan oleh orang rumah pokcik sebelum itu. Sebelum memulakan sesi rawatan pokcik sempat berbual dengan si sakit bagi meredakan ketegangan.

Omar : Maaflah kami datang lewat. Saya pun baru sampai dari Muadzam. Tidur dah ke?
Zaiton : Dah tidur. Biasanya saya tidur pukul 7.00 malam. ( Mungkin selepas solat Maghrib). Kalau tak tidur, payah dah saya nak tidur. Malam ni susahlah saya nak tidur.

Omar : Macam tu.
Zaiton : Ya. Sekarang saya terpaksa menelan ubat tidur sebab susah nak tidur.
Omar : Sebenarnya puan sakit macam mana?

Zaiton : Entahlah. Saya susah nak tidur terutamanya dalam bilik. Saya risau, gelisah, panas dan macam-macam. Saya dah hilang 17 kg kerana tidak dapat tidur malam.

Omar : Jangan amalkan makan ubat tidur, bahaya. Sebelum ni berubat macam mana?
Zaiton : Sudah puas saya ke HTAA, KMC, KPJ, UIA dan sebagainya. Saya kasihan sangat dengan suami saya sebab dia terpaksa bersedia bila-bila masa sahaja untuk menghantar saya. Sampai satu tahap, saya meminta dia menelefon ambulans sahaja untuk mengambil saya ke hospital.

Omar : Oooo. Ikhtiar perubatan moden sahajalah. Kenapa tak ikhtiar perubatan Islam?
Zaiton : Dah. Saya berjumpa Ustaz Solehuddin (bekas murid TGHD). Katanya saka. Dia MENETAPKAN HARGA bagi tiap-tiap jenis penyakit. Harga saka lain, harga gangguan biasa lain dan sebagainya. Dia kata saya ada saka. Saya berjumpa dengan Ustaz Khalil, dia kata gangguan jin. Dia tak ulas apa-apa. Saya berjumpa dengan Ustaz Razali. Dia kata sihir dan orang dengki kepada saya. Saya dah maafkan sesiapa sahaja yang sihirkan saya itu.

Omar : Ada mimpi memnyusu baby ke?
Zaiton : Ada. Lama dahulu saya kerap bermimpi menyusu bayi. Baru malam tadi saya bermimpi lagi menyusu bayi.

Omar : KEMUNGKINAN saka. Tapi entahlah. Ada nampak macam kelibat atau diperhatikan ke?
Zaiton : Ada. Masa di rumah lama selalu macam tu. Boleh pisahkan ke saka tu?

Omar : In shaa Allah boleh. Kita ikhtiar sahaja. Saya nak kata confirm tak boleh sebab itu semua kehendak Allah. Saya tak ada kuasa apa-apa. Sekadar ikhtiar sahaja.

Dipendekkan cerita, si sakit turut memberitahu bahawa dia telah terjumpa sebentuk cincin gelang rotan di bawah rumah emaknya. Cincin emas itu tidak diketahui tuannya. Setelah puas bertanya, tidak siapa pun tahu akan tuannya. Oleh itu, dia menyimpannya sehingga kini. Pokcik meminta kebenaran untuk melihat cincin itu. Dia akhirnya meminta anak daranya mengambil beg galasnya yang terletak di dalam bilik. Setelah dibawa beg galas itu, dia akhirnya mengeluarkan cincin emas itu yang diletakkan dalam satu balutan kertas.

Memang lain macam aura cincin emas itu. Pokcik menggenggam cincin itu lalu doakan dan ikhtiar untuk mengosongkan kandungan dalam cincin itu. Setelah itu pokcik mengembalikan semula cincin itu kepadanya.

Setelah itu pokcik menghampiri hamba Allah itu untuk memulakan tugas seterusnya.

Omar : Saya akan usahakan puan. Saya akan pisahkan saka itu. Puan mahu lagi ke saka itu?
Zaiton : Sakit ke pokcik? Saya serik dah berubat. Haritu semasa berubat dengan Ustaz Razali, dia picit lengan saya dan sebagainya. Sakit sangat.

Omar : In shaa Allah, saya langsung tak akan menyentuh dan memegang puan. Puan nak lagi saka tu?
Zaiton : Tak mahu.

Omar : Baiklah. Puan bertenang sahaja. Ingat Allah dan zikirlah apa sahaja dalam hati.
Zaiton ; Baiklah

Setelah itu pokcik memulakan doa dan memohon kepada Allah agar dipermudahkan urusan kami dan agar dipisahkan saka itu. Tidak ada kepelikan atau rasukan berlaku ketika sesi rawatan. Cuma ada sesekali dia menundukkan kepalanya dan menggigil secara tidak sengaja seperti kesejukan. Alhamdulillah tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Setelah selesai, pokcik memohon diri untuk balik. Maklumlah, waktu pun sudah hamper pukul 11.00 malam. Sebelum balik, pokcik sempat berpesan kepada si suami agar memaklumlah dengan segera sekiranya sesuatu yang mencurigakan.

Keesokan harinya (semalam), pokcik meminta orang rumah pokcik menelefon suami si sakit untuk mengetahui perkembangan isterinya itu. Panggilan pertama tidak dijawab. Risau juga pokcik akan keadaan itu. Namun, tidak berapa lama si suami menelefon semula. Dia minta maaf kerana tidak menjawab panggilan telefon orang rumah pokcik. Dia sedang bermain badminton katanya. Alhamdulillah si isteri sudah boleh tidur malam. Dia tidur dengan nyenyaknya seizin Allah. Apabila dia bangun pagi, si isteri sudah membasuh pakaian dan menyiapkan sarapan buatnya. Selain itu, si isteri juga meminta suaminya pergi bermain badminton bersama kawan-kawannya kerana kasihan melihat si suami asyik terperap di rumah kerana dia sakit dan asyik terbaring sahaja.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Sebagai hamba Allah, memohonlah kepada-Nya dan jangan sesekali menyengutukan Allah dengan setiap sesuatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Jangan putus asa dalam meminta dan merayu kepada-Nya kerana sikap putus asa sudah hamper kepada KEKUFURAN dan boleh menghilangkan serta menipiskan keimanan kita. Ingatlah para sahabat, Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan bersama dengan penawarnya. Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Moga memperoleh manfaat daripada perkongsian pokcik pada kali ini. Moga berjumpa lagi. Salam hormat.







Tuesday 23 June 2020

DIGANGGU JIN BUKIT


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

Apa khabar semua? Moga sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan meneruskan kehidupan di dunia ini. Kali ini Encik Omar akan kongsikan satu lagi kisah yang pernah menjadi salah satu pengalaman berharga buat pokcik.

Suatu hari pokcik telah dihubungi oleh seorang hamba Allah. Beliau pokcik namakan sebagai RINA (bukan nama sebenar). Rina telah menghubungi pokcik bagi ikhtiar adiknya yang tidak boleh bangun. Dengan kata lain lumpuh setelah turun dari mendaki sebuah bukit. Kes ini pokcik usahakan dengan cara berdoa dan ikhtiar dari jauh sahaja kerana si sakit itu berada di Selangor kalah tak salah.

Setelah ikhtiar secara bersemuka dengan beberapa orang perawat Islam dan juga secara moden namun masih belum diberikan kesembuhan oleh Allah, maka beliau menghubungi pokcik. Pokcik diberitahu bahawa adiknya itu sedang menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi. Kebetulan cuti semester agaknya, masa yang terluang diisi dengan aktiviti riadah iaitu mendaki bukit.

Kes ini agak teruk kerana melibatkan fizikal atau anggota badannya jadi pokcik usahakan selama dua hari. Pada hari pertama selepas ikhtiar, sudah nampak ada perubahannya seizin Allah. Setelah usahakan dilakukan pada hari kedua, akhirnya dia semakin pulih seizin-Nya dan akhir sekali sudah boleh berjalan dan menaiki bas sendiri untuk pulang ke pusat pengajiannya.

Kali ini, oleh sebab kes ini diusahakan secara jarak jauh maka pokcik sertakan Kembali perbualan kami.

PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH

AHAD

RINA :
Assalamualaikum
ENCIK OMAR : Waalaikumussalam

RINA : En omar..Rina ni...nk mitak tolong scan adik kejap
ENCIK OMAR : Oooo... awat adik

RINA : Dah 2 minggu sakit...skrg satu.lutut dah 2 minggu. Smpaixleh nk jalan. Panas tmpat sakit. Ada apa2 ganguan x? G klinik kata xde apa.
ENCIK OMAR : Kalau xdak apa tentu gangguan

RINA : Lutut kanan dia skrg sakit
ENCIK OMAR : Awat xambik jaa jin tu. Kurung

RINA : Dia g semua sendi
ENCIK OMAR : Kalau saya free esok saya tangkap jin tu. In shaa Allah

RINA : Sendi paling teruk skrg lutut..sblm ni dada,kanan pastu g kiri pastu sendi tgn skrg lutut. En omar nampak ni angkara benda tu ker
ENCIK OMAR : Jap

RINA : Dia belajar di ukm bangi. Tolong jasa baik En omar scan yer.. Tq
ENCIK OMAR : Yaa..Yg saya rasa kuat kat bahagian pinggang. Atau perut.. Bahagian tu

RINA : Bermula dr atas perut kat dada..mgeras...pastu skrg yg paling parah lutut kanan
ENCIK OMAR : Situ puncanya

RINA : Menyinggah ke apa yer tuan
ENCIK OMAR : Meremang bulu roma saya masa scan tadi

RINA : Nampak mcm mana? Bertuah allah bg En omar kelebihan dlm scan...syukur
ENCIK OMAR : Setakat ni,alhamdulillah

RINA : 😀
ENCIK OMAR : Awat Rina xproses jaa

RINA : Masya allah En omar..demi allah sy xpandai. Xtau nk buat mcm mana
ENCIK OMAR : Kalau lagu tu esok saya ambik

RINA : Nk belajar jugak niatnya...senang tolong diri sdiri. Kalu nk blaja mcm mana dan dgn siapa boleh bguru yer. Jangan lupa esok rembat yg adik sy punya pulak yer....atau jika free..kesian dia nk habiskan tesis sbln thn ni sb akhir bulan ni dia kne pertukaran pelajar ke brunei...skrg sakit kesian sgt...baring jer
ENCIK OMAR : In shaa Allah..Nk belajar kena berguru..Belajar ruqyah boleh dari bathamin atau darul syifa. Kalau nk belajar jurus,cikgu zul pun boleh..Tapi kena bertentang mata..xleh ajar dlm handset mcm ni

RINA : Mohon jasa baik En omar ye nanti..terima kasih..
ENCIK OMAR : In shaa Allah...

RINA : Oooooo.....mga allah membuka peluang dan ruang utk.sy belajar...doakan utk sy ye En omar..syukran..
ENCIK OMAR : Aamiin...

ISNIN

ENCIK OMAR :  Assalamualaikum..Baru selesai ikhtiar tarik mana2 gangguan adik Rina.. Moga Allah izinkan.. Cuba bagitau nanti perkembangannya utk tindakan lanjutan.. In shaa Allah...
RINA : Waalaikumussalam..insya allah tuan yer...apa2 perkembangan akan dimaklumkan..mga allah mpermidahkan segalanya..syukur pd allah dan terima kasih kpd tuan..mga allah mbalas jasa baik tuan dan keluarga...

ENCIK OMAR : Aamiin
RINA : En omar...apa bentuk gnguan tu yr?masuk dlam botol dah?syukur

ENCIK OMAR : Nk kata pun xkena..Wallahua'lam
RINA : Syukur pd allah atas lutut dah berkurangan...tpi skrg di belakang lutut kanan pulak.terus tumbang..langkah xleh...

ENCIK OMAR : Xpe kalau ada lagi saki baki mlm ni saya cuba buang dan pagar. Semalam cuma ikhtiar buang..tapi xpagar
RINA : Alhamdullah. .syukran En omar...

ENCIK OMAR : In shaa Allah..Byk2 berdoa moga dipermudahkan urusan
RINA : Mlm tdi dia bermimpi dia dan kwnnya masukki satu terowong.. didatangi seorg tua ..

ENCIK OMAR : Oooo xpe mlm ni kalau sempat in shaa Allah saya pagar terus
RINA : Terima kasih tuan...mga allah mempermudahkan segala usaha tuan dan adik sy...

ENCIK OMAR : Sama2..In shaa Allah
RINA : 😀😊😊

SELASA

ENCIK OMAR : Assalamualaikum. Adik Rina mcm mana sekarang. Kalau masih berterusan cuba jumpa doktor pakar..Bab gangguan tu in shaa Allah dah saya cuba buang.. Mlm ni saya cuba buat lagi..Doakan semoga berjaya..
RINA : Waalaikumussalam... En omar...mlm tdi guna kerusi sbg tongkak utk berjalan...syukur hari ni dah boleh berjalan slow2 tanpa kerusi.. Alhamdulillah syukur pd allah dan terima kasih pd En omar... Dah jumpa 2 org doktor tpi xdpt detect. Maaf sy kat kg..bila taip lambat send..kadangkala ada line kdgkala line tputus. Syukran skali lg

ENCIK OMAR : Alhamdulillah. Dia saya dah pagar ngan izin Allah.
RINA : En omar..adik sy bagitau hari tu dia g naik gunung nuang dekat hulu langat pd jam tgah malam sama kawan2nya..kot2 ada benda ikut...

ENCIK OMAR : Kalau benda ikut mmg xde masalah. In shaa allah. Sebab dah ikhtiar pagar dia
RINA : Syukur...dan terima kasih.mga allah merahmati hidup En omar dan keluarga

ENCIK OMAR : Alhamdulillah
RINA : 👍👍👍👍👍😀😀😀😀😀. Kalu tahu apa2 jgn lupa bgtau sy yer...😊..

RABU

ENCIK OMAR : Assalamualaikum..Mcm mana dgn adik Rina? Harap makin sembuh..Aamiin..
RINA : Waalaikumussalam En omar..adik dah nampak beza dr sebelumnya...ceria dan kurang sakit dr sblmnya...terima kasih En omar atas kerjasama dan rawatan yg diberikan...mga allah menajamkan dan menguatkan lagi ilmu En omar  demi kemaslahatan semua orang insya allah... Mga allah mbalas jasa jasa baik En omar sekeluarga

ENCIK OMAR : Aamiin...
RINA : Berjalan masih senget sikit  tapi insya allah beransur pulih... Malam ni dia akan naik bas ke ukm krn esok aa mid term...kira sihatlah En omar kan?dah dpt g balajr smule😀😀😀😀. Alhamdulillah syukur

ENCIK OMAR : Alhamdulillah...
RINA : 😀😀😀😀😊😊😊😊😊😊👍👍👍👍👍

Sunday 21 June 2020

MAKHLUK DI ATAS ATAP


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

Ketika berada di dapur, tiba-tiba anda dapati beberapa ekor lalat bebas berterbangan mengelilingi tong sampah. Apa yang terbayang pada fikiran anda? Pasti ada sesuatu dalam tong sampah itu yang menjadi “magnet kotor” penarik sang lalat. Itulah hukum alam yang kita lihat saban hari. Radar sang lalat sangat sensitif dengan sampah, najis atau sesuatu yang busuk. Itu kisah sang lalat, apa pula daya tarikan syaitan?

Dan sesiapa yang tidak endahkan pengajaran (al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu Syaitan itu menjadi temannya yang tidak renggang daripadanya. Dan sesungguhnya syaitan itu tetap menghalangi mereka daripada jalan yang benar, sedang mereka sangka bahawa mereka orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah az-Zukhruf: Ayat 36-37)

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan peluang oleh Allah untuk kita meneruskan kehidupan di atas bumi-Nya. Mungkin kisah kali ini bacaannya agak berat dan agak serius kerana pelbagai kefahaman dan perbezaan dalam proses perawatan. Penulisan ini berkaitan dengan pendekatan Encik Omar sahaja dan tidak pula mengatakan bahawa cara yang dilakukan oleh orang lain salah dan tidak betul. Siapa kita untuk menidakkan orang lain? Matlamatnya hanya SATU iaitu setiap amalan niatnya hanyalah kepada ALLAH cuma mungkin jalannya yang berbeza.

 Ada perguruan hanya membenarkan para pengamal amalan menghalau sahaja jin syaitan yang mengganggu manusia. Selebihnya setelah dihalau, si pesakit sendiri perlu mempersiapkan diri untuk menangkis atau membentengi diri daripada gangguan syaitan laknatullah. Itu cara mereka. Kita berlapang dada sahajalah sebab semua kelebihan dan kehebatan hanyalah milik Allah dan bukannya milik manusia. Secara peribadi, walaupun pokcik kurang bersetuju dengan kaedah yang diamalkan itu akan tetapi pokcik tetap menghormati cara mereka.

Pokcik kurang berkenan kaedah itu sekiranya melibatkan orang tua yang sudah uzur dan lemah. Dalam keadaan itu, ada dalam kalangan mereka sudah tidak dapat berfikir dengan tenang dan baik akibat keuzuran diri. Senanglah jin yang dihalau itu akan datang semula dan mereka tertewas. Jadinya mahu tak mahu, si anak atau keluarga yang lain terpaksa memanggil semula perawat supaya datang dan ikhtiarkan si sakit. Gangguan akan terus berlaku sehinggalah si sakit meninggal dunia dan kalau berkaitan saka, jin tersebut akan mencari pewarisnya dan drama ini akan terus berlaku dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Jin itu mungkin akan mati juga tetapi kalau jin itu ada pasangannya, maka anak cucu cicit jin itu pula akan menggantikan tugas nenek moyang mereka.

Berbalik kepada kisah pada kali ini. Alkisah pada suatu hari pokcik menerima panggilan telefon daripada bapa  saudara pokcik di Pelis. Kenapa pula tiba-tiba sahaja bapa saudara pokcik menelefon. Mungkin ada kecemasan berkaitan dengan saudara terdekat. Itu memang bermain dalam fikiran pokcik. Kali ini berkaitan dengan nenek pokcik sendiri. Menurut bapa saudara pokcik, si ibunya sudah terlalu uzur. Biasalah orang tua. Semua orang makin lama makin tua. Semua orang akan tuan kecuali Namanya ialah MUDA. Sampai bilapun orang akan memanggilnya MUDA. Hihihihi…

Menurut bapa saudara pokcik lagi, bab uzur dan tua itu bukanlah masalahnya. Yang menjadi masalahnya ialah apabila hampir maghrib saja budak-budak akan nampak lembaga berbaju putih bermain di atas atap rumah. Bukan bermain bola dan sebagainya. Apa yang dimaksudkan ialah, Lembaga berbaju putih sering muncul dan dilihat di atas tap rumah. Agak-agaknya penghuni dalam rumah boleh tidur ke sekiranya ada Lembaga seolah-olah berjalan di atas atap  zink. Selain itu, terdapat bunyi cakaran di dinding rumah. Yang peliknya, sebelum terdengar bunyi makhluk tu bermain atas atap, akan kedengaran bunyi burung terlebih dahulu sebagai isyarat kehadiran Lembaga itu.

Setelah kami menamatkan perbualan melalui tetefon, pokcik pun masih berkira-kira untuk pulang ke kampung di Perlis. Selepas sahaja solat Maghrib, pokcik pun meminta petunjuk dan memohon kepada Allah untuk berkomunikasi dengan hamba Allah tu atau makhluk yang berdamping dengannya. Apabila pokcik bukakan mata pokcik nampak dia depan mata. Pokcik bertanya dalam bahasa utara “Awatnya jadi lagu tu? Dia tak jawab. Dengusan sahaja yang keluar dari mulutnya. Huhhhhhhhhh. Begitulah lebih kurang kata-kata yang terpacul keluar dari mulut makhluk tu.

Malam tu juga pokcik bertolak ke Perlis dengan manaiki bas. Orang rumah pokcik bertolak dengan mak mertua pokcik keesokan harinya dengan menaiki kereta. Dia kenalah meminta cuti daripada majikannya terlebih dahulu. Pokcik senang sahajalah nak bercuti sebabnya bukan penting sangat pun. Semua boleh ganti kalau setakat nak memikul simen sahaja. Hahahahaha. Pokcik bergurau sahaja. Pokcik menaiki bas ekspress pada malam itu dan sampai keesokan paginya. Sesampainya di Perlis, bapa saudara pokcik sudah sedia menunggu. Sempat lagi kami mengeteh di sebuah kedai di Kangar.

Ketika mengeteh, kami sempat berbual tentang kejadian pelik yang berlaku. Katanya anak-anaknya sampai takut nak ajak-ajak ayam mengajak si ibu datang bermalam di rumah mereka. Katanya lagi, kalau si anak mengajak dia ke rumah dalam bergurau pun, malam tu pasti dia sampai walaupun dalam keadaan terbongkok-bongkok. “ Tadi ajak aku maiii katanya awat tak ajak masuk” kata Lembaga yang menyerupai si ibu. Adoiiii. Parah. Anaknya yang berkerja di ADK pun sama. Kalau bekerja syif malam dia selalu bergurau dengan emaknya. “Cheq bosan kerja malam, maii laa teman,” katanya bergurau kepada si ibu. Memang malam itu lembaga yang menyerupai ibunya akan sampai. Hihihihi.

Katanya dalam dua hari kot sebelum tu ahli keluarga menjemput Jemaah Pusat Perubatan Darul Syifa datang. Betul dah tindakan itu. Jin yang mengganggu si ibu dihalau pada malam berkenaan. Alhamdulillah, Berjaya seizin Allah. Masalah baru pula timbul selepas itu. Jin yang dihalau itu mengganggu pula seluruh orang kampung terutama yang datang menziarahinya. Apabila berlaku peristiwa seumpama itu, orang kampung mula takut untuk menziarahinya. Entah jin apa yang berada bersamanya. Sekiranya anak-anakmemasang dan perdengarkan ayat suci al-Quran, tiba-tiba cd tu bertukar dan dipasang pulak lagu dangdut. Bergedik kaki jin itu itu. Mmmmmmmm.. Pelik tapi benar.

Selesai sahaja menghabiskan sisa minuman yang tinggal setelah lama berbual, kami pun bertolak ke kampung. Sesampainya pokcik di sana kelihatan sanak saudara dan jiran tetangga sudah ada berkumpul. Mungkin mereka sudah dimaklumkan terlebih dahulu akan kepulangan pokcik ke kampung. Tanpa membuang masa, pokcik terus mengadapnya. Dia terbaring. Mata terpejam. Mulutnya menuturkan kata yang pokcik tak fahami. Nak kata bahasa siam bukan. Entah Bahasa apa yang dituturkan, memang pokcik pun tak faham. Pokcik kemudiannya memanggil namanya tapi dia tak menyahut panggilan.

Pokcik terus membacakan ruqyah. Tak lama kemudian dia mula bersuara. Jangan buat dia. Dia baik. Lama dah dia dok berkawan dengan aku. Begitulah lebih kurang ayat yang terpacul dari mulutnya. Baik laa sangat. Pokcik malas layan lalu terus pokcik minta kepada Allah untuk rentap keluar benda tu. Alhamdulillah dia pun sedar dan membuka matanya. Pokcik pun tanya lagi, “Ada lagi kaa benda tu? “  Katanya, “ Tuu kat penjuru tu.” Jarinya menunjukkan arah penjuru rumah itu.

Ketika ini pokcik meminta suruh semua orang keluar sebab dibimbang ada budak kecik dirasuk. Bukan apa, langkah keselamatan sahaja. Manalah tahu jin itu merasuk orang lain pula. Kesemua orang yang berada di dalam rumah itu keluar kecuali pokcik dan dua orang bapa saudara. Yang bestnya, pada mulanya salah seorang bapa saudara pokcik turut keluar bersama orang lain. Bukan takut. Segan agaknya. Hahahahaha. Sebaik sahaja semua sudah  keluar, pokcik meminta ditunjukkan tempat lembaga tu. Elok jaa dia bangun duduk dan mengesot ke arah penjuru tu. Tubuhnya yang lemah dan terbaring tidak bermaya tadi, kini seperti gagah dan tiada sebarang sakit. Nenek kemudiannya berusra, “ Dia tak mau pergi. “ Elok sangatlah. Kalau dah pergi nanti jadi masalah pula sebab terpaksa panggil jin itu untuk datang mengadap. Itu pun kalau Allah perkenankan permintaan dan doa kita.

Elok dia sahaja dia tunjuk arah penjuru itu, pokcik pun berdoa kepada Allah bersungguh-sungguh untuk memusnahkan dan membakar hangus makhluk tu. Selepas selesai, pokcik bertanya lagi. Manalah tahu ada lagi tercongok di situ. Pokcik bukannya nampak jin. Hahahaha.  “Alhamdulillah tak dak dah. Tatsat ada situ. Tak tau piii ke mana dah.” katanya. Hihihi. Pokcik cuba kesan lagi. Alhamdulillah memang taka da sebarang getaran dan aura di situ

Setelah itu pokcik pun ruqyah buah limau untuk diberi mandi kepadanya. Seingat pokcik, pokcik doakan limau itu untuk dimandi olehnya selama tiga hari. Pada hari pertama mandi tu panas katanya. Nak melepuh.kulit. Huhuhu. Kemungkinan besar bekas pakaian yang keluar dan tiada lagi lapisan tu.. Wallahua'lam. Hari kedua dimandikan dah ok. Alhamdulillah dah tak sakit dan panas katanya. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang memudahkan urusan kami semua. Alhamdulillah sejak itu dia lagi kelibat di atas atap rumah. Penduduk kampung juga tidak lagi diganggu oleh makhluk yang menyerupai dirinya.

Alhamdulillah keesokan harinya orang rumah pokcik dan mak pokcik sampai. “ Haih mana orang sakitnya,” tanya mereka sebaik sahaja sampai. Hihihi hamba Allah ini sebenarnya sudah tak terbaring. Siap duduk di sofa luar rumah lagi. Tak lama kemudian hamba Allah ni meninggal dunia. Semasa dia dah sedar tu sempat lagi pokcik bertanya kepadanya tempat  makhluk itu diambil.  Menurutnya dia mengambil jin itu dari satu tunggul kayu di tengah sawah. Wallahua'lam. Apa pun semoga roh beliau dicucuri rahmat. Moga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian pokcik ni. Harap berjumpa lagi pada lain masa. Wallahua'lam. Salam hormat.


Friday 19 June 2020

PENDERAAN PESAKIT


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

PENGENALAN

Seperti yang kita sedia maklum, amalan perubatan tradisional telah lama diamalkan sejak zaman berzaman lagi. Begitu banyak teknik dan kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional ini terutamanya amalan jampi.

AMALAN JAMPI DALAM PERUBATAN

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
“Dari ‘Auf Ibn Malik, katanya: Dahulu kamu melakukan jampi di zaman jahiliah, lalu kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapat tuan dalam hal ini? Beliau bersabda: Perlihatkanlah kepadaku jampi-jampimu itu. Tidak mengapa melakukan jampi-jampi itu selama tidak mengandungi hal-hal syirik.” (Hadith Riwayat Muslim)
Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi di dalam Kitab Fatawa al-Mu’asirah, suatu jampi itu harus dilakukan berdasarkan kepada tiga (3) syarat:
Ia mesti disasarkan kepada Allah S.W.T dan nama-namaNya.
Ia mestilah dituturkan dalam bahasa Arab dan kata yang boleh difahami maknanya.
Beriktikad bahawa ianya tidak memberi kesan dengan sendirinya, tetapi dengan takdir Allah S.W.T.

JAMPI YANG DIHARAMKAN

Antara ciri jampi yang diharamkan adalah seperti berikut;
Jampi yang mengandungi unsur syirik, pemujaan jin, syaitan, menggunakan ilmu hitam atau sihir.
Menggunakan bahasa yang tidak difahami atau bercampur aduk seperti memulakan jampi dengan “Bismillah atau Alhamdulillah” kemudian diselangi dengan nama-nama hantu atau jin seterusnya disudahi dengan ucapan “Berkat kata Lailahaillallah Muhammadar Rasullulah” atau seumpanya.
Menggunakan azimat atau tangkal sebagai pelindung
Firman Allah, Surah Yunus: ayat 106 yang bermaksud:
“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)”.

Rujukan

·         http://islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.htm
·         http://www.e-fatwa.gov.my
·         Jabatan Kemajuan Islam Kebangsaan (JAKIM)
·         Kementerian Kesihatan Malaysia

Alhamdulillah, beryukur kita kehadrat Allah kerana massih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas buat Ketika ini. Masa yang diberikan ini haruslah kita manfaatkan sebaiknya. Sepertimana pengenalan, kali ini Encik Omar akan membicarakan perihal amalan atau perbuatan yang menyalahi syariat. Selalunya kita membicarakan perihal jampi yang meragukan, ilmu hitam serta penggunaan jin dalam rawatan. Itu memang jelas menyalahi syariat. Namun, kita perlu perhalusi lagi agar pesakit di luar sana TERSELAMAT daripada perawat yang memang BUAT-BUAT tak tahu bahawa cara mereka menyalahi syariat.

Alkisah, suatu malam pokcik telah pergi ke sebuah rumah kerana ikhtiarkan seorang hamba Allah. Demam katanya tak kebah-kebah walaupun dah disuntik bagai. Tapi pokcik bukan nak cerita bab malam tu tapi apa yang diceritakan oleh ahli keluarganya yang pernah pergi berjumpa perawat bergelar ustaz katanya. Alhamdulillah, perawat tersebut menggunakan ayat-ayat suci AlQuran dalam perubatannya. Alhamdulillah. Namun, ada sahaja cerita tak elok daripada pesakit tentang perawat yang ikhtiarkan mereka. Entalah pokcik nak bercakap pun tak kena, nak pendamkan pun rasa tercekik. Oleh itu, timbang-timbanglah aduan pesakit dan buatlah penambahbaikan untuk memajukan diri.

Katanya pertama dia pergi ke Dungun, Terengganu. Kes sakit jantungnya. Baguslah berikhtiar. Orang sakit dan sedikit berkemampuan, kalau dengar ada perawat di mana-mana pun mereka akan pergi.  Sesampai di sana, dia disuruh melakukan senaman. Lebih kurang ketuk ketampi laa. Kakakakkakkaka. Kena buat 100 kali katanya oleh ustaz tu. Adoiiii. Jenuh sedut gas katanya. Dahlah kawan tu ash ma.Katanya yang paling mencuit hati pokcik ialah, ' DAH JADI MACAM HANTU CINA' . Kakakkakkaka. Nak merawat ke nak buat senaman nak memilih atlet pecut kebangsaan.


Habis cerita di situ,  dia cerita pula tentang cara perawatan yang pernah dia jalani di Pekan, Pahang. Kali ini dia berjumpa lagi dengan seorang perawat yang bergelar ustaz juga. Kali ini, cara perawtannya adalah dengan meletakkan kayu di celah jari kaki kelingking dan jari kedua. Selepas diletakkankayu itu,  dikepitkan pula kayu itu dengan kuat. Tak cukup dengan itu, kayu berkenaan  dipusingkan kayu.  Melelas kakinya dan anaknya itu apabila diperlakukan sedemikian rupa. Apa perasaan kita sendiri seandainya perbuatan itu dilakukan terhadap anak atau isteri kita dan di hadapan kita? Agak-agak kita akan marah atau senyum dan ketawa girang sekiranya ahli keluarga kita diperlakukan sedemikian rupa. Sekiranya kita sendiri berasa sakit apabila orang buat terhadap kita, begitulah juga dengan pesakit yang mengalaminya.

Ada juga pesakit yang datang berjumpa dengan pokcik dan dikelubung dengan kain. Setelah dikelubung, pesakit berkenaan dicekak pada bahagian bahu. Sambil mencekak atas bahu, perawat berkenaan membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Apabila melihat pesakit tidak menunjukkan sebarang reaksi, cekaknya semakin kuat sehinggalah pesakit TERPAKSA MENJERIT. Macam-macam cara untuk meyakinkan orang agar datang kepada kita KONONNYA MENGIKUT syariat KERANA bagi sesetengah perawat, mengikut syariat ialah MEMBACAKAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN sahaja dan mengetepikan bab lain.

Tak kurang juga yang menggunakan playar atau duri landak lalu dikepitkan di celah-celah jari pesakit lalu dikepitkan dengan kuat. Ada lagi sebenarnya yang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran sambal spray mata pesakit dengan lada hitam. Kalau buta mata pesakit, siapa yang mahu betanggungjawab? Pokcik hanya senyum apabila melihat video perawat meruqyah sambil spray air menggunakan WATER JET, ruqyah sambil LUKU KEPALA PESAKIT dan sebagai. Perkongsian ini bukannya bertujuan  perlekehkan sesiapa, namun bagi menyedarkan PESAKIT atau PERAWAT agar mempelbagaikan kaedah selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Agaknya, kalau kita tak pulas pesakit, tidak kepit, luku kepala atau ketuk sakit pesakit, , jin takkan lari ke? Takkan kita yang beragama Islam ini tidak mempercayai mukjizat al-Quran. Takkan sampai memperlakukan pesakit dengan sedemikian rupa supaya pesakit lain sedang menunggu ketika itu percaya. Takkan kita kena tunggu pesakit menjeritdan katakana bahawa jin itu sedang sakit dan keluar. Maaflah andai ada terkasar bahasa. Kalau terkena dengan cara sahabat mungkin hanya kebetulan sahaja. Maaf sekali lagi. Pesan pokcik kepada diri pokcik yang tua ni belajarlah lagi dan yakinlah dengan diri dan yakinlah dengan kehebatan ayat-ayat suci al-Quran.

Perdengarkan sahaja ayat-ayat suci al-Quran tanpa MEMEGANG atau MENYENTUH PESAKIT yang berlainan JANTINA, melakukan PENDERAAN FIZIKAL, TIDAK menggunakan jin, tidak membacakan ayat-ayat yang meragukan dan sebagainya. Jangan kita anggap, mengikut SYARIAT hanya SEKIRANYA kita membacakan ayat-ayat suci al-Quran sahaja tetapi melupakan aspek lain yang dituntut dalam Islam. UBAHLAH dan BELAJAR kerana tidak semua kita tahu dan semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita tahu selama ini memang kita memang tidak tahu. Moga berjumpa lagi.  Santai sahaja perkongsian pokcik pada kali ini. Wallahua'lam. Salam hormat.


Thursday 18 June 2020

BADI MAYAT


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini telah dikembarkan dengan Qarin. Ia merupakan makhluk ciptaaan Allah daripada kalangan Jin. Nabi Muhammad S.A.W. telah dikembarkan dengan perkara yang sama. Namun demikian, ketika pembedahan pertama yang dilakukan Malaikat Jibril, Qarin tersebut telah dibuang dipisah dari tubuh badan Baginda serta diIslamkan. Bagi kita sebagai manusia biasa, Qarin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan cuba menyesatkan manusia.

Apabila seseorang itu meninggal dunia, Qarin tersebut akan bertukar menjadi Hantu Mayat, ianya dikenali sebagai BADI atau Sawan Mayat dan berfungsi selama 40 hari. Selepas itu, seandainya ada sebarang gangguan atau jelmaan, ianya berkemungkinan ilmu salah / hitam yang dituntut oleh Si Mati ketika hidup di dunia.
( Sumber: KAMI-Badan Pengurusan Jenazah )

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia oleh Allah. Kali ni Encik Omar akan kongsikan kisah perihal badi. Kebiasaannya sesorang yang menguruskan serta memandikan jenazah berkemungkinan berdepan dengan gangguan perihal badi. Namun begitu, bukanlah kesemua jenazah. Kita pun janganlah pula takut dengan jin berkenaan kerana mereka tidak boleh berbuat apa-apa kepada manusia tanpa seizin Allah. Pokcik akan kongsikan beberapa kes berkaitan dengan badi yang pernah pokcik jumpa.

Kisah pertama berkaitan dengan ibu saudara orang rumah pokcik. Beliau menjaga seorang hamba Allah ketika hamba Allah ini sakit sehinggalah arwah meninggal dunia. Dua kali beliau mengalami gangguan berkaitan badi mayat dan baru-baru ini pokcik usahakan beliau juga berkaitan dengan kes badi mayat ini. Kedua-dua kes mempunyai symptom yang hampir sama.  Biasalah jin, setan ini, memainkan akan memainkan peranan Ketika berlaku kematian seseorang hamba Allah bagi  menimbulkan fitnah kepada si mati.

Mak saudara berasa amat  letih dan mengantuk. Sampaikan pada satu tahap, dia boleh tertidur ketika solat. Apabila membuka sahaja Al-Quran untuk dibaca, matanya mula layu dan akhirnya terus terlelap sambil duduk. Lebih parah lagi, beliau boleh tertidur Ketika mengerjakan solat. Sahabat boleh bayangkan seseorang yang sedang berdiri Ketika solat boleh tertidur Ketika itu. Memang melampau sangat perbuatan syaitan dan jin yang mengganggu umat Islam yang ingin menunaikan kewajipan kepada Allah.

Dalam kes ini, pokcik terus pergi ke rumahnya di Bandar Indera Mahkota, Kuantan dan ruqyahkan air untuk diberi mandi kepada beliau. Senang sikit kalau pokcik ikhtiar atau doakan secara berdepan. Jangan kata botol mineral, pokcik minta sediakan besen besar terus. Hahahahaha. Alhamdulillah, Allah izinkan dan dia kembali kepada kehidupannya yang normal seperti orang lain. Seperti mana yang pokcik beritahu tadi, baru-baru ini beliau terkena lagi badi mayat. Simptomnya juga sama. Kali ini pokcik hanya doakan air mineral kerana kebetulan kami berjumpa di rumah orang lain. Alhamdulillah, tiada lagi berita tentang masalahnya itu sehingga kini… Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Kisah kedua pulak berkenaan dengan seorang hamba Allah yang datang ke rumah pokcik. Kisahnya agak berbeza sedikit daripada kisah pertama tadi. Hamba Allah ni sering melawat kawannya yang juga seorang jururawat di hospital. Namun begitu tidak lama kemudian, sahabatnya itu meninggal dunia. Semenjak sahabatnya itu tiada, dia sering terbayangkan arwah di mana-mana. Nak tidur macam mana seandainya asyik ternampak wajah si mati apabila ingin melelapkan mata. Huhuhuhu. Terer noo syaitan dok mainkan minda manusia.

Kebiasaanya, pokcik akan syorkan kaedah rawatan secara mandian kepada pesakit yang mengalami masalah berkaitan badi. Namun, oleh sebab dia datang ke rumah pokcik maka pokcik pun hemboiihh laa mohong-mohong kot-kot dia nak pengsan kaa apa kaa. Kakakkakkaka. Dak aih, pokcik gurau-gurau saja. Hihihi. Pokcik hanya ruqyahkan dia sahaja dalam rawatan pada kali ini. Alhamdulillah Allah juga memberikan ehsan-Nya pada kali ni. Dia tak lagi terbayangkan wajah si arwah. Kalau tidak jenuh jugalah. Cuba bayangkan ketika mencangkung nak membuang air besar tiba-tiba ternampak kelibat si arwah mencangkung di depan dia.. Mau terbantut hasrat. Hihihi.

Kes ketiga merupakan kes seorang budak lelaki. Ayahnya mengambil pokcik di rumah pada suatu malam untuk dibawa ke hospital. Ketika berada di hospital pun suhu badan semakin tinggi walaupun sudah dimasukkan air dan sebagainya. Nak dipendekkan cerita, sesampainya di sana pokcik terus scan mohong-mohong. Adoiii ternampak pulak beruk dgn muka cina yang tiada mata sebelah. Mungkin ia hanya mainan perasaan pokcik sahaja. Manalah tahu. Syaitan memang pandai memanipulasikan keadaan.

Apabila ditanya secara lebih terperinci, rupanya anak hamba Allah ni terkejut melihat seekor beruk pada waktu siang tu. Cina tu pulak rupa-rupanya kebetulan menghembuskan nafas yang terakhir di sebelah katilnya. Entahlah, bab dgn haiwan pun ada. Bab dengan manusia pun ada. Tapinya pada pandangan pokcik semua tu mainan syaitan saja bagi menimbulkan fitnah dan kelihatan seperti si arwah atau binatang tu laa puncanya. Mmmmmm.. Entahlah. Pokcik pun tak minat untuk mengetahuinya lebih lanjut bimbang hanyut dan SYOK sendiri.


Apa pun setelah semua kes tu diruqyah dan dihembus laa tipu-tipu sambil sesekali pokcik berlakon geleng kepala sikit, Alhamdulillah. Tu kira ok lagi laa pokcik tambah satu lagi taktik membohong dengan cara gelengkan kepala. Lain kali pokcik nak tambah pulak satu lagi. Hihihi. Sambil gelengkan kepala sambil mulut berdecit dan cakap ish ish ish berat kes ni. Kakakakkakakkakaa. Dalam gurauan pokcik pun, memang kita selalu melihat keadaan seperti itu. Kalau menonton drama atau filem Melayu pasti kita akan melihatnya. Mungkin apa yang ditonjolkan itu merupakan hasil kajian dan berkaitan dengan perkara yang benar-benar berlaku di luar sana. Apa pun, alhamdulillah anak kecil itu, dibenarkan pulang keesokan harinya setelah suhu badannya Kembali normal.

Kes keempat berkaitan dengan badi ayam hutan sehingga meragut nyawa. Namun pokcik tak mahu kongsikan perihal itu kerana pokcik hanya mendengar sahaja peristiwa yang berlaku itu. Mungkin nampak macam mengarut, tetapi sesiapa yang ingin memburu di hutan, perlulah melengkapkan diri dengan sedikit ilmu agar tidak menjadi mangsa jin. Kalau kita dah mempersiapkan diri namun berlaku juga, anggaplah itu sudah ketetapan daripada Allah bagi menguji kesabaran dan iman hamba-Nya.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ini. Maaf andai ada salah silap dalam penulisan pokcik pada kali ini. Sesungguhnya sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan silap dan dosa. Moga berjumpa lagi pada lain kali. Wallahua'lam. Salam hormat.



Wednesday 17 June 2020

BENARKAH DIRASUK?


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Sahabat yang dihormati;

Apa khabar semua? Moga semua sahabat sihat sejahtera hendaknya. Kalau sakit, cepat-cepat pergi ke klinik. Jangan pula, kepala asyik nak fikirkan perihal mistik sahaja. Berhati-hatilah agar tidak diambil kesempatan oleh segelintir perawat yang memang menunggu jenis pesakit seperti itu.

Kalau kita cerita bab histeria, kebanyakannya berlaku di sekolah atau kilang. Antara sebabnya ialah tekanan emosi yang terlampau. Sekolah biasanya dikaitkan dengan peperiksaan manakala pekerja kilang dikaitkan dengan tekanan daripada penyelia atau sasaran kerja atau target yang terlalu tinggi yang dikehendaki. Memang ada berlaku kerasukan betul akibat jin khusus bagi histeria ini namun dalam kalangan mereka yang berjangkit itu kononnya, ada yang buat-buat sahaja.

Pokcik pernah ditanya oleh seorang hamba Allah yang pokcik namakan sebagai AINA (bukan nama sebenar) perihal perkara ini. Aina merupakan guru sekolah di sebelah utara tanah air. Kalau tak silap pokcik di Kedah. Ada beberapa kes cikgu Aina meminta pokcik usahakan termasuklah kes yang pernah pokcik usahakan dahulu iaitu seorang pelajarnya tidak mahu mengucap dua kalimah syahadah. Jadinya, apabila ditanya bagaimana ingin membezakan seseorang yang memang dirasuk atau berlakon, maka jawapan pokcik adalah seperti perbualan kami di bawah.

Begitu juga apabila ingin melihat sama ada perawat yang MENURUN itu benar-benar tidak sedarkan diri, cuba cucuh api rokok atau gunakan lighter. Kalau menjerit atau alihkan kaki, menurun apa agaknya macam tu. Aina juga sakit dan pernah beberapa kali pergi berubat, namun pokcik tengok cara perubatannya memang lain macam. Entahlah pokcik pun tak faham dengan segelintir perawat yang melakukan pelbagai ritual yang pelik-pelik atau menyuruh pesakit melakukan sesuatu yang agak ganjil. Contohnya ketuk ketampi, tonggeng bontot dan sebagainya. Pelik tapi benar.

PERBUALAN KAMI ADALAH SEPERTI DI BAWAH.

AINA :
Assalamualaikum pokcik. Nak tanya sikit. Macamana nak detect kalau budak yg histeria betoi² atau main² untuk tarik perhatian saja.
OMAR : Waalaikumussalam.. Buat cara nampak bodoh tapi berkesan.. Kalau perempuan, ajak masuk bilik ke, buat2 nak selak kain.. Tapinya Cikgu perempuan laa buat... Kedua jerkah... Ugut nak penampar ke.. Ketiga, Psikologi. Buat2 nampak gangguan.. Kononnya nampak pocong ke apa beritahu kat dia. Kalau dia mengaku tu nampaklah PEMBOHONGANnya
AINA : Orait.... Pokcik... Huwaaaa. Ni kan. Ada budak pompuan ni, dia kata ada benda dok ikut saya. Dia nampak dan dia suruh sy p berubat. Tadi dia terpijak kaki saya, pastu dia terus tnya. Cikgu ada masalah ka? Cikgu x pi berubat ka.
Pastu sorang lagi pulak mcm nak kena rasuk. Menjerit sebelah sy. Ustazah ustaz takdak. Sy suruh dia pandang mata sy, suruh dia zikir Allah dalam hati dan minta allah tolong. Tu dia ok balik. Tak sempat nak selak2 lah
OMAR : Kadang kala, org ada hantu nampak dari sudut pandang hantu. Maksudnya bukan cikgu ada gangguan tapi budak yg tegur tu
AINA : Baik. Tq pokcik

AHAD, 12:37 pm

AINA : Assalamualaikum pokcik.
OMAR : Waalaikumussalam

AINA : Pokcik busy dak? Kot tgh kerja ka
OMAR : Tengah bersiap nak keluaq.. Awatnya

AINA : Oo. Kalau x mengganggu keja pokciklah. Nak tnya pendapat pokcik.
OMAR : Yaa

AINA : Agak segan2 tp dah lama nak tnya. Sbb now sakit pinggang agak teruk jalan pun bongkok.. Kalau ada masalah hala ke mistik. Ubat angin mmg ambik. Supplement pun ambik
OMAR : Oooo. Bimbang juga noo. Check doktor depa kata apa

AINA : Yg lama2 cek 3 pakar tu.. Dok ulang ambil darah, darah semua ok. Masuk camera dlm perut pun ok. Cek rahim semua ok. Doktor cuma pelik yg nampak polip2 tu ja lah..tp no harm katanya
OMAR : Kalau semuanya ok bimbang ada pelik2 dok bertenggek

AINA : Rengkung ni dah lama rasa macam nak batuk, tp tak batuk² jadi tak selesa. Nak cerita tak reti.
OMAR : Sakit pinggang tu rasa sakit kat dlm perut kaa rasa kat luaq

AINA : Pokcik bersiap la dulu. Nnti free baru pokcik layan laa... Ni dr pagi td nak tnya.. Tp baru ada berani nak mesej.. Hehehe. Luaq. Tgh² tulang punggung tu
OMAR : Tudia aih... Tak try pii urut kaa

AINA : Tak urut pun. Lutut kanan pun sakit
OMAR : Banyak jugaklah no sakit.. Merata. Depan belakang ataih bawah sakit kiranya tu

AINA : Mcm sakit org tua mak kata..
OMAR : Xpa nanti pokcik tengok lagu mana.. Xdan lagi ni..

AINA : Haa.. Xpa². Setelkan keja pokcik dulu.
OMAR : Cikgu ni bercampur abih sefaham pokcik...

AINA : Maksud
OMAR : Saka dan sakit fizikal. Nanti kita proses. In shaa Allah

AINA : Baik pokcik. InshaAllah. Tq pokcik. Nnti kita sambung
OMAR : Baik

ISNIN, 21:05 pm

AINA : assalamualaikum pokcik
OMAR : Waalaikumussalam

AINA : Pokcik, nnti kalau pokcik sedia nak usahakan, pokcik gtau ya
OMAR : In shaa Allah

SELASA, 17:04 pm

OMAR : Assalamualaikum
AINA : Waalaikumussalam wbt pokcik

OMAR : Petang ni pokcik free. Dlm 5.30 gitu... Nak ikhtiar tak
AINA : Saya kat luaq. Boleh ka?

OMAR : Xbuleh
AINA : Ok. 5.30 sy balik. Now otw kedai makan sat

OMAR : Lain kali laa pulak kalau xdan
AINA : Taklah. Dekat ja. Nak pi jumpa kawan sat. Pastu balik

OMAR : Xpa nanti 5.30 pokcik mesej tengok lagu mana
AINA : Orait pokcik.

OMAR : Kalau xdan tu lain kali laa noo
AINA : Ok. No problem. Satgi 5.30 kita deal lain..

OMAR : Xdeal dah kalau xdak kat umah. Deal kalau ada. Hahahha
AINA : Hahaha.. Ada. InshaAllah. Kena sedia apa2 ka pokcik

OMAR : Xdak.. Pokcik bukan bela hantu nak bagi makan dulu. Hahahhaha gurau-gurau
AINA : Kihkihkihkih.... Faham
AINA : Sampai umah dah cip.... Roger

OMAR : Assalamualaikum
AINA : Waalaikumussalam

OMAR : Sampai rumah dah OK laa tu. Pokcik ni jenis tepati janji dan tepati masa. Laa ni dlm umah dah kaa
AINA : Ya. Kat ruang tamu

OMAR : OK baiklah.. Haritu ada check.. Nampak ada peranan saka.. Wallahua’lam. Cikgu xmau dah kaa kalau ada saka apa semua ni.. Kita nak ikhtiar buang

AINA : Takmau lah..
OMAR : Sekarang ni rasa mcm mana?

AINA : Mau buang. Pinggang tu sakit lagi. Ubat makan dah. Tekak masih sama.
OMAR : OK... In shaa Allah.. Hari ni kita ikhtiar... Pergantungan kpd Allah bukannya pada pokcik noo.. Kena jaga Iktikad

AINA : Now dok keluaq angin sendawa mcm nak muntah. Baik pokcik
OMAR : Xpa... Xbuat apa pun lagi.. Baru sembang. Standby besen kaa plastik kaa dulu kalau rasa lain mcm

AINA : Ya. Mmg kena standby dah
OMAR : Baiklah.. Ada sesiapa tak situ? Elok baring.. Sebabnya masalah Kat bahagian hadapan badan. Pokcik nak usahakan keluarkan Semua kalau Allah izin

AINA : Husband.
OMAR : OK lagi cantik.

AINA : Boleh lapik kain tak atas badan
OMAR : Tidoq ngadap kiblat. Boleh. Bantal pun xpa.. Biaq selesa

AINA : Kaki ker kiblat atau kepala
OMAR : Kaki ngadap kiblat. Kalau nak muntah bangkit duduk Pastu baring semula noo

OMAR : Yaa. Kalau masalah biasa duduk pun xpa.. Kalau masalah dalaman pokcik takut tarik xhabis. Tertinggal dlm
AINA : Baik.

OMAR : Laa ni bagi hset Kat husband.. Dia akan bagi arahan
AINA :  OK. Yer ni husband dia

OMAR : Baiklah... Laa ni minta org rumah istighfar banyak-banyak dlm hati
AINA : Ok

OMAR : Dah.. Lepas tu duduk sekejap minta doa pada Allah sungguh2 minta Allah permudahkan urusan dan sembuhkan penyakit. Kemudian baring mcm tu semula

AINA : Baik. Ok dah baring
OMAR : Sekarang ni pejam mata. Selawat dlm hati.. Pokcik nak usahakan dah.. Pokcik akan mesej semula setelah selesai.. Kalau nak muntah bangun duduk dan baring semula mcm tu selepas muntah. Lupa... Nak nama penuh binti ibu

AINA : Haslina binti jamaliah
OMAR : Baiklah.. Teruskan Selawat. Pokcik akan mula

AINA : Dia mcm nak menangis. Dah muntah
OMAR : Baiklah... Baru sahaja selesai

AINA : Dah boleh bangun
OMAR : Cuba tanya apa rasa sekarang. Dah

AINA : Jari telunjuk belah kanan sakit kenapa. Rasa sakit pada sendi
OMAR : OK..

AINA : Kaki kebas
OMAR : Kat jari tu. Kaki kebas tu kesan dia keluar. Kejap

AINA : Kat perut td mcm kena tendang dari dalam. Saluran tekak dah rasa lega. Belikat kanan pun ada rasa sakit sikit
OMAR : Bab perut tu minta dia baring kejap.. Pokcik nak usaha ambil

AINA : Dah baring
OMAR : OK mcm mana jari ngan perut

AINA : Jari telunjuk jer yg sakit sendi ke 2. Kalau tekan kat ari2 tu rasa sakit
OMAR : Sendi Kedua?

AINA : Jari telunjuk kanan yg ke 2
OMAR : Ok. Kejap. Ada lagi? Check nampak xde dah tu.. In shaa Allah

AINA : Bole bangun dah ker
OMAR : Tunggu dulu.. Kat perut mcm mana?

AINA : Ok
OMAR : Kat mana lagi ada berasa?

AINA : Belakang betis kiri ada rasa tegang... Tp maybe sbb jalan banyak
OMAR : Tu bukan gangguan
Bahagian lain?
AINA : Orait.. Pokcik dah clear kot
OMAR : Alhamdulillah... Kalau saka dah bersarang mmg mcm tu. Sebab tu kena berubat cepat

AINA : Boleh bangun berdiri tegak
OMAR :  Boleh

AINA : Sebelum raya dah berubat jugak. Belum diizinkan. Tp boleh rasa ada tak kena sbb kepala naik kudis
OMAR : In shaa Allah dah tu

AINA : Mcm petanda dia
OMAR : Ambik air masak buat mcm pokcik ckp

AINA : Mata pun tak yah kedip2 dah jawab mesej ni. Tak blur sgt. Ok.
OMAR : Alhamdulillah. Dah minum bagitau

AINA : Dah minum
OMAR : Alhamdulillah. Sekarang ni badan rasa mcm mana

AINA : Rasa tak malas. Segar. Tak sakit kepala. Laluan tekak clear. Nafas boleh tarik dalam
OMAR : Alhamdulillah dah tu.. Nanti mlm akan letih sikit.. Biasalah tu. Sekarang ni jaga amalan laa.. Allah dah permudahkan biarpun tadi ada cuba melekat kat jari bagai
Lepas ni xpayah tonggek2 pungkok tangkap gambaq biarpun berdepan.. Gila perawat tu

AINA : Hahahahahahah. Pokcik kan. Sy tak berani dah nak suka² cari perawat
OMAR : Banyak kaa muntah

AINA : Banyak...
OMAR : Bagoihhh laa mcm tu. Alhamdulillah keluar seizin-Nya
AINA : Yg hari tu pokcik kata ada sakit fizikal tu apa maksud
OMAR : Tu pokcik cakap, rawat dekat atau jauh kita mintak ngan Allah.. Sembuh bukannya sebab kita dok pegang gagau pesakit. Tapi semua atas izin-Nya.. Kena pegang Allah Maha Penyembuh bukannya bacaan dan sebagainya sebab itu hanya asbab.

AINA : Ya pokcik. Direct to the one. Faham yg tu.
OMAR : Sakit fizikal tu, ada kemungkinan sakit urat dan lenguh-lenguh

AINA : Ok. Yg tu sy ambik ubat.
OMAR : Yaa... Yg penting bab saka apa tu in shaa Allah. Nangis ke tadi

AINA : Yaa..
OMAR : Kakakkakkakakkakakkaka

AINA : Nasib sikit ja nangis..
OMAR : Yg sedih tu saka... Biarkan. Laa ni xpayah ingat dah noo. Rehatlah.

AINA : Baik.
OMAR : Assalamualaikum

AINA : Heheheh. Buat karangan lawa2 Pokcik. Sedekah kat masjid atas nama pokcik kan
OMAR : Yaa. Pokcik baru nak habaq

AINA : InshaAllah malam ni.
OMAR : Baiklah..

AINA : Waalaikumussalam. Terima banyak pokcik. Terima kasih Allah atas pertemuan ini.
OMAR : Niat kerana Allah.. Bukannya niat atas pokcik.. Niat kita bersama

AINA : Terima kasih*
OMAR : Sama2. Niat kerana bersyukur Allah permudahkan urusan. Niat biar banyak... In shaa Allah

AINA : Baik. Salah faham la selama ni. Now dah clear
OMAR : Xpa...

AINA : Babai. Tq pokcik.
OMAR : Sebab tu pokcik selalu cakap, kita bersyukur kerana Allah permudahkan urusan. Bukannya berterima kasih atas pokcik. Pokcik xdak kuasa apa-apa. Kalau dah clear, alhamdulillah

AINA : Clear. Roger. Noted
AINA : Tq again. Nak sambung buat bahan nak ngajor esok. Assalamualaikum.
OMAR :  Waalaikumussalam