
Alhaamdulillah dipanjangkan usia sedetik lagi oleh Allah. Kali ini pokcik dihubungi oleh seorang hamba Allah yang berada di Pahang. Asalnya dia meminta pokcik melihat dirinya sama ada sakit atau pun tidak. Kebiasaannya pokcik tidak akan melayan karenah sebegini. Ada juga hamba Allah yang sengaja ingin menguji untuk melihat kemampuan seseorang itu.
Namun apabila dia mula menyatakan apa masalahnya maka pokcik pun mula bersangka baik. Dia sebenarnya ingin tahu masalahnya kerana setiap kali berkawan ada sahaja yang tak kena dan hubungan terputus di tengah jalan. Apabila melibatkan jodoh ia merupakan ketetuan Allah namun kita juga haruslah berusaha sekiranya dirasakan ada sessuatu yang tak kena pada diri.
Menurutnya, dia rasa ada yang tak kena pada dirinya. Dia sering bermimpi tempat kotor, ular dan sebagainya. Lebih memeritkan lagi, pahanya sering lebam kerana digigit pelesit. Jarang kita dengan pelesit tidak bertuan. Katanya dia sudah pun berubat dengan seorang ustaz namun dia rasakan ada lagi masalah pada dirinya. Tambahan pula, ada seorang perawat dari Kedah yang memberitahu bahawa dia mempunyai saka.

Berbalik kepada cerita pelesit ini, pokcik pernah melihat seorang hamba Allah ingin menetak suaminya ketika kerasukan. Emak pokcik sendiri pernah dirasuk oleh pelesit ketika pokcik masih kecil lagi. Kebiasaannya pelesit sering dibela oleh bidan kampung. Mereka akan menghantar pelesit mereka dan akhirnya kita terpaksa memanggil mereka untuk memulihkan kerasukan itu. Mungkin ia dijadikan mata pencarian oleh si bidan dan cara ini merupakan salah satu kaedah untuk meraih kepercayaan orang terhadap kemampuannya.
Berbalik kepada kisah ini, apabila dia nampak bersungguh-sungguh untuk berikhtiar maka pokcik memintanya agar menunggu lebih kurang pukul 10.30 malam. Bukan syarat apa, pokcik dah pm dia pada awal malam namun tidak berjawab. Kebiasaannya sekiranya mesej lambat dijawab, pokcik akan usahakan kes yang lain dahulu. Ramai yang sakit sekarang ini. Ada sampai berpuluh tahun, berbelas tahun berikhtiar namun masih buntu dan tiada jalan penyelesaian.Kebiasaannya kes sebegini yang menjadi keutamaan pokcik. Bukan kata pokcik bagus, tetapi apa salahnya ikhtiarkan mana tahu Allah membuka jalan.

Apabila melihat gambarnya pokcik tiba-tiba terbayang akan seorang perempuan tua yang berambut putih. Mak lampir gamaknya. Tak apa lah. Bukan penting pun apa yang dilihat tetapi kesembuhan dengan izin Allah. Pokcik tengok dengan lebih dalam dan memberitahunya bahawa ada saka ingin mendekat. Kemungkinan saka yang dimaksudkan ialah saka bidan. Pokcik memberitahu bahawa keturunanya mungkin ada yang menjadikan bidan sebagai mata pencarian.
Jawapannya pokcik peroleh. Menurutnya ibu saudaranya merupakan seorang bidan. Dia memperoleh kelebihan berbidan melalui mimpi. Setelah itu dia boleh berurut, berbidan dan sebagainya. Apa pun soalannya kepada pokcik, kenapa dia tidak memilih anaknya sebagai pewaris? Jawapannya, dia juga mempunyai pertalian darah dengan saka tersebut dan saka bidan hanya akan mencari pewaris perempuan yang sesuai dengan dirinya..
Seperti biasa, sebelum berikhtiar pokcik memintanya untuk beristighfar. Bukan apa, moga titik hitam di hati kita sedikit berkurangan. Tambahan pula kita selalu menaruh syak wasangka terhadap orang lain. Setelah itu pokcik meminta doa kepada Allah untuk memagarnya. Ini biasa pokcik lakukan agar gangguan itu tidak dapat lari. Kebiasaannya gangguan yang lari akan mengganggu lagi si pesakit dan berlakulah gangguan berulang..

Setelah itu, pokcik dapat rasakan terdapat beberapa tempat yang telah pun menjadi sarang gangguan itu terutamanya pada bahagian bahu kirinya. Tanpa berlengah lagi, pokcik memohon kepada Allah untuk membunuh dan membakar gangguan yang ada dalam badannya. Setelah itu, pokcik iktiarkan mengeluarkan saki-baki cebisan yang ada di dalam badannya. Sekiranya ditinggalkan ia kemungkinan akan menjadi penyakit fizikal pula. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan.
Namun begitu, hamba Allah ini tidak berasa kepanasan dan pergerakan setiap gerakan pokcik. Hihihihi. Jarang berlaku perkara sebegitu kecuali kepada hamba Allah yang tidak yakin dengan usaha secara jarak jauh ini. Bagi pokcik, dekat atau jauh, kesembuhannya hak Allah. Ramai yang meminta pokcik uasahakan jarak jauh setelah puas berubat secara berdepan sehingga piluhan tahun namun menemui jalan buntu. Bukan pokcik nak bagitahu pokcik hebat sebabnya pokcik bukanlah orang yang berilmu. Hanya mengharapkan ehsan Allah semata-mata..

Setelah sekian lama, barulah petang ini hamba Allah ini memberitahu keadaannya, Mungkin dia ingin melihat keadaannya dahulu. Mungkin juga dia tak berapa pasti, betu ke pokcik usahakannya. Bersangka baik sahajalah. Mungkn dia pernah menaruh harapan yang tinggi pada seorang perawat namun kecewa. Memang kita akan kecewa kalau bergantung kepada manusia. Sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan dan pengharapan ialah Allah, bukannya kepada sesama makhluk. Tiada daya upaya manusia.
Sekian buat kali ini. Dia juga memberitahu pokcik dia tak sempat lagi meletakkan wang di dalam tabung masjid. Mungkin dia sibuk atau mungkin juga dia kurang yakin pokcik usahakannya dari jauh, Apa pun, memang pokcik tidak mengenakan mahar. Pokcik hanya meminta mereka sedekahkan duit ke tabung surau atau masjid.Ingatlah, sekiranya kita berkira dengan Allah, jangan hairan sekiranya Allah berkira dengan kita dan doa kita tidak diperkenankan. Wassalam.