Monday 3 April 2017

KEJUJURAN

Image result for assalamualaikum image
Santai juga kali ni. Bab yang agak suam iaitu KEJUJURAN. Nak cerita bab ni sebabnya ia melibatkan perawat atau pesakit. Kita cerita bab pesakit dulu. Yang menjadi masalah perawat ialah pesakit tidak jujur. Katakan mereka ada mengambil amalan bertentangan dgn syariat tetapi mereka tidak akan mengakui. Apa yang selalu diperkatakan ialah mereka sakit itu ini. Penyihir selalunya yang disebut tanpa merujuk kepada diri sendiri.
Dengan kata lain, amalan memakan diri.

Ada juga membela hantu raya dan sebagainya. Contohnya amalan seri wajah atau ilmu syarat tubuh. Dah tua-tua baru nak mengaku. Itu pun setelah sakit teruk dan tiada siapa yang sanggup untuk mengambil pendamping tersebut. Perawat terpinga-pinga juga kerana menurut pesakit dia disihir oleh orang dan menyorok kebenarannya. Malu agaknya.

Ada juga pesakit yang mengambil jalan mudah tanpa bergerak ke sana sini. Mereka akan mengambil kesempatan atas kemurahan hati sesetengah perawat. Kalau tanya, dah berubat berdepan, jawapannya sudah berbelas tempat dia pergi tapi masih belum rezeki. Yang betul-betul bersusah payah memang perawat akan bersimpati. Akan tetapi dalam ramai-ramai, ada juga jenis mengambil kesempatan. Tambahan pula sekiranya perawat berkenaan tidak mengenakan sebarang cas.



Ada juga pokcik jumpa, pesakit yang suka berdalih. Apabila tanya tempat tinggal di mana dia masih bagitahu. Apabila disuruh berjumpa dengan si polan si polan maka keluarlah berbagai-bagai kalihan. Ada saja jawapan padahal perawat berkenaan tinggal berdekatan. Liat sangat nak pergi.. Entahlah.

Kalau tak boleh pergi ke situ, perawat berkenaan boleh datang ke rumahnya. Bayaran pulak seikhlas rasa dan tidak ditetapkan. Itu pun masih lagi tak mahu. Ayat yang keluar apabila pokcik suruh pergi, saya sakit.. Tolong rawat saya. Saya sakit tolong rawat saya. Apa salahnya pergi berjumpa dengan perawat yang pokcik syorkan tu.. Apa sebabnya? Entahlah....

Perawat pun sama jugaklah, bukan pokcik nak menuding jari kat pesakit saja. Bab jujur ni payah nak cakap. Pesakit tak ok lagi perawat kata dah ok pun ada. Masalahnya pesakit pm kata tak ok padahal perawat berkenaan bagitahu pokcik dah ok. Apabila kejadian tu berlaku, pokcik mudah saja, snap shot tunjuk bukti.. Barulah mengakui keadaan sebenar. Tak perlu berpura-pura. Kita ikhtiarkan saja. Allah Maha Penyembuh. Bukannya kita buat, gerenti sembuh. Perghhhh macam nak ambik alih tugas Allah pulak.

Iti satu hal laa.. Ada juga yang suka bercerita bab kayangan bagai. Cerita bulan bintang bagi meyakinkan pesakit. Bagi pokcik, elok buktikan dengan perbuatan daripada sekadar berbicara tentang kelebihan atau kehebatan melihat sesuatu gangguan atau sihir yang dihantar. Pesakit elok dengan izin, Allah, Alhamdulillah. Tak perlu pun dok cerita bab kawan kasyaf dok tengok kita keluarkan tropedo laa, naga berapi laa, ultraman laa dan sebagainya. Pesakit sembuh sudah. Dok cerita itu ini, pesakit dok macam tu..

Tapi biasalah, pesakit atau orang awam memang suka cerita sakti-sakti ni. Tak sembuh tak paa, janji ada cerita hebat untuk dipersembahkan. Bukan ahli group ni laa, ahli group di Zimbawe nu. Ahli group ni matang dah dan pandai buat penilaian sendiri.

Banyak lagi sebenarnya kalau pokcik nak taip. Mungkin tiga empat helai lagi tak cukup kalau nak cerita bab jujur ni.. Ada kaa sahabat dalam ni pernah kena? Maiii laa kongsikan untuk pengajaran semua. Moga berjumpa lagi. Maaf andai ada terkasar bahasa dan sebagainya. Wallahua'lam. Salam hormat.