
Tempoh hari dok berbual dgn sahabat selaku sifu pokcik juga. Perihal seorang nenek yang terlantar sakit kerana sudah berusia. Si anaknya ramai. Katanya dalam 14 orang kalau tak salah pokcik. Biasalah orang tua yang terlantar ni dan dah terlalu lemah. Peranan anak cucu laa pulak dok awasi dan perdengarkan bacaan ayat-ayat suci alQuran.

Bab kifarah tu antara ibu dengan Allah. Tanggungjawab kita sebagai anak hanya mendoakan yang terbaik kepada si ibu. Bukannya dok doa dan tanya kat perawat bila agaknya maknya nak mati. Liat benar pulak nyawa emaknya. Kononnya apalah amalan yang depa buat masa muda dulu. Adessss. Ingatlah, kita juga akan berasa tua. Mati itu pasti. Kesudahan kita pun belum tentu lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.