Friday 7 April 2017

MACAM NI PUN ADA

Image result for assalamualaikum image

Santaiii saja kali ni. Kebetulan free sikit ni jadi pokcik kongsikan laa pengalaman pahit manis. Tu orang tua-tua kata, jauh berjalan luas pandangan. Macam-macam orang kita akan jumpa. Macam-macam pengalaman kita akan tempuhi. Tak kira laa pengalaman pahit atau pengalaman manis. Dulu pokcik banyak group sama ada whatsapps, telegram atau pun facebook. Laa ni kurang dah sesuai dengan meningkatnya umur.

Apabila banyak group maka banyaklah kerenah. Satu-satu pokcik left. Ada juga group yang pokcik create pokcik closed. Tujuan pokcik tubuhkan group dulu agar pesakit dapat mencari perawat yang berdekatan apabila depa memerlukan bantuan. Alhamdulillah group ni salah satu group yang menuju ke arah itu.



Kali ni pokcik nak berkongsi tentang salah seorang pesakit yang berada di dalam sebuah group yang pokcik create dulu. Biasalah sesiapa pun yang sakit akan mencari ikhtiar bagi sakit yang dihidapi. Alkisah pada suatu hari hamba Allah ni menghubungi pokcik. Rumahnya berhantu katanya. Macam-macam yang dia dengar terutama kat dapur rumahnya.

Alhamdulillah pokcik usahakan walaupun tak laa reti sangat pun. Dah orang mintak tolong dan kebetulan pokcik free maka pokcik ikhtiarkan juga. Apa yang pokcik kongsikan ni semuanya rawatan jarak jauh. Selesai rumahnya, dia pulak menceritakan perihal dirinya. Pokcik pun tolong jugalah sebab kesian. Tambahan pula dia kata sudah nak ke sana sini atas masalah kewangan yang terhad.

Selang dua tiga hari dia pm lagi dan meminta pokcik ikhtiarkan pula kawannya. Katanya kawannya tu juga menghadapi masalah kerana rumah yang diduduki agak keras. Yaa laa kasihan juga. Tambahan pula pokcik nak jaga air mukanya. Satgi kawan dia kata dia ni cakap tak serupa bikin pulak. Alhamdulillah selesai dan Allah permudahkan juga utusan kali tu.

Selang dua tiga hari dia pm lagi katanya anak kawannya pula bermasalah. Katanya anak kawannya tu dah dua minggu gatal-gatal. Katanya dah piii ke hospital bagai. Dah disuntik bagai dan gunakan krim namun tak ada perubahan juga. Yaa laa dia diludah jin mana boleh diusahakan secara rawatan moden. Alhamdulillah Allah permudahkan juga urusan kali itu. Dgn izin Allah, kering gatalnya setelah pada malam tu pokcik usahakan. Alhamdulillah.

Entah macam mana tiba-tiba hamba Allah ni keluar group kerana mendapat hasutan daripada seorang hamba Allah. Keluar tanpa sebarang isyarat. Tanpa sepatah kata atau sebagainya. Tak apalah nak buat macam mana. Tapi sekurang-kurangnya cakaplah sepatah kata atau pm pokcik sebab pokcik yang create group tu. Masa lain boleh pula ye pm. Hihihi.

Selang empat lima hari kemudian dia pm lagi pokcik. Kali ni dia nak minta pokcik usahakan pula kawannya. Entah kawan yang mana pulak kali ni pokcik tak tanya pulak. Apa yang pokcik tanya ialah mengapa dia keluar dari group secara tiba-tiba. Sibuk katanya. Hihihi. Sibuk pulak. Sebelum ni kalau sibuk jarang-jarang masuk tetapi tak tetiba left. Ni alasan sibuk pulak sebab left group. Hihihi. Tak apa laa.

Apa pun pesan pokcik pada pesakit, sekurang-kurangnya janganlah bersikap sebegini. Pokcik dan perawat lain tak harapkan sanjungan cuma secebis rasa hormat. Tambahan pula bukan pokcik nak mengungkit tetapi semua kesnya, kawannya dan sebagainya tu satu sen pun pokcik tak ambil. Ikhlas? Hal itu biarlah antara pokcik dengan Allah. Manusia bukanlah penilai yang baik. Maaf andai ada terasa dengan nukilan pokcik pada malam ni. Wallahua'lam. Salam hormat semua.