Thursday 13 April 2017

ASAL USUL JEMBALANG. WALLAHUA'LAM

Image result for assalamualaikum image

Teringat pulak perihal jiran belakang rumah pokcik ni. Boleh kata tiap-tiap petang, isterinya akan membakar kulit bawang campur dengan cili kering. Bakar pulak dengan menggunakan dapur arang. Memang semerbak saja baunya menusuk hidung.

Apa pun, pokcik agak dah mesti ada sebab dia membakar tu. Masa pokcik kecik-kecik dulu, pernah perawat membakar daun bawang dan cili kering ni masa pokcik kesarupan. Jenuh bersin laa. Hahahahhahahhaha. Berbalik kepada cerita tadi. Suatu hari dia menelefon orang rumah pokcik dan katanya nak bercakap dengan pokcik. Hairan jugaklah sebab tak pernah dia menelefon ni. Hihihi.


Katanya dia nak mintak tolong. Makin hairan laa pokcik sebabnya pokcik hanya bercakap hal rawatan ni kepada dua orang sahabat sahaja di tempat tinggal pokcik. Betul jangkaan pokcik. Salah seorang daripada mereka yang beritahu perihal pokcik sebab katanya kasihan sangat melihat keadaan suaminya yang kurus kering. Dahulunya berisi dan besar badannya.

Apa pun pokcik tak nak cerita bab jembalang hutan yang mengganggunya sebab dia pun dah alhamdulillah. Badannya pun dah kembali seperti dahulu. Kali ni nak cerita perihal asal usul jembalang hutan yang pernah pokcik BACA lama dahulu. Kebetulan pula ada sahabat dalam group berminat nak dengar maka pokcik akan kongsikan cerita ini.

Alkisah, dalam sebuah kampung tinggallah sepasang suami isteri. Kehidupan mereka sederhana sahaja tetapi amat bahagian. Suaminya bekerja dengan mencari hasil hutan untuk menyara kehidupan mereka. Setelah sekian lama berumahtangga akhirnya isterinya mengandung. Makin kasihlah suaminya dan segala kemahuan isteri akan dituruti.

Suatu hari isterinya mengidam kijang putih. Macam-macam perempuan mengandung ni. Tu kira ok lagi. Ada jenis mengidam nak makan sabun. Haha Haha. Jenuhlah hari-hari kedarah sabun. Disebabkan keinginan yang sangat kuat maka si isteri berpesan kepada suaminya. Jangan balik selagi tak dapat kijang putih tu. Dengan berat hati maka si suami pun masuklah ke dalam hutan untuk memenuhi kehendak isterinya tu.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun namun kijang putih masih tidak ditemui. Banyak kijang yang dibunuh dan ditinggalkan begitu sahaja. Makin lama dia makin ke tengah hutan. Isterinya sudah pun melahirkan seorang putera. Setelah ketiadaan suaminya dia berasa menyesal dan sedih namun nasi sudah menjadi bubur.

Kini anaknya sudah meningkat remaja. Si isteri rasakan sudah sampai masanya dia menceritakan perihal suaminya itu kepada anaknya. Anaknya pula diminta menjejak ayahnya yang dikatakan hilang di dalam hutan. Setelah mendapat petunjuk dari mana ingin mulakan pencarian dan tanda di badan ayahnya maka anaknya mula masuk ke dalam hutan itu.

Setelah sekian lama dia mencari dan memanggil nama bapanya maka akhirnya berjumpalah dia dengan ayahnya itu. Namun ayahnya sudah pun berubah rupa dan bukannya manusia lagi. Ayahnya kini sudah menjadi jembalang hutan. Dia juga menunjukkan tanda pada badannya kepada anaknya itu untuk mengesahkan dia ialah bapanya.

Dengan linangan air mata, dia meminta anaknya pulang dan memberitahu ibunya bahawa ayahnya itu sudah ditemui. Ayahnya juga tidak dapat pulang ke pangkuan isterinya kerana ia bukan lagi manusia biasa. Apa pun dia berpesan kepada anaknya itu. Katanya apabila angin kuat maka bakarlah bawang dan cili kerana dia yang lalu. Dengan ini dia tak akan mengganggu kerana dia tahu itu keturunannya. Anaknya juga diminta menanam lengkuas di belakang rumah sebagai pengenalan bahawa itu keturunannya.

Sekian sahaja kisah pada kali ni. Kesahihan cerita ini pokcik pun tak pasti. Cukuplah sekadar bahan bacaan. Apa pun bab bakar kulit bawang dan cili oleh jiran tadi meningatkan pokcik akan cerita ini. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.