
Alhamdulillah dah balik dari laut tadi. Mencabar juga semalam maklumlah memancing dengan fiber dan dilanda ribut. Dengan ombak besar dan angin yang kencang di dalam bot yang kecil. Apa pun alhamdulillah semuanya selamat. Ketika balik, sahabat pokcik bercerita pengalamannya ketika membawa bot pelancong dan membawa orang memancing.

Tanpa melengahkan masa, dia meminta sahabat yang lain agar memotong tali sauh. Memang tak sempat nak angkat sauh kerana puting beliung sudah terlalu hampir dengan mereka. Berlaku seperti kejar-mengejar katanya. Puting beliung tu memang mengejar bot mereka. Dengan kelajuan penuh dia cuba melarikan diri untung berlindung di pulau Ular, tempat kami berlindung semalam. Dia sempat melancarkan botnya hingga naik terus ke pulau Ular itu.
Barulah puting beliung itu mengubah arahnya setelah gagal mengejar mereka di air. Puting beliung itu seolah-olah pusing ke tempat lain secara tiba-tiba. Seminggu dua dia fobia katanya. Orang nak sewa bot untuk skuba pun dia tak mahu selepas itu sementara dia pulih semangatnya. Persoalannya, apa sebenarnya puting beliung ini? Apakah misteri di sebaliknya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. Wallahua'lam.