Tuesday 4 April 2017

AYAM HUTAN

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah Allah memanjangkan usia jadi pokcik dapat kongsikan cerita lagi. Kisah pemburu pulak kali ni. Siapa yang rajin memburu ayam hutan atau rusa selalu berdepan dengan penyamaran ni terutama kalau berpecah ketika melakukan pemburuan. Ada kes haritu sahabat menembak sahabat sendiri kerana dia melihat kawannya seperti seekor rusa. Tak pasal-pasal tertembak dan meninggal di tempat kejadian seingat pokcik.

Ada juga jenis kalau memburu ni memang tak ada binatang melintas. Antara orangnya ialah pokcik, sampaikan membunuh hobi pokcik tu. Tak ada pun yang melintas. Yang ada dok intai dan lepak atas pokok ialah harimau dan yang rajin melintas ialah babi. Nak buat apa.
Adess.

Alkisah, salah seorang bapa saudara orang rumah pokcik kuat memburu. Pada suatu hari dia menembak ayam hutan. Apabila balik rumah dia muntah darah dan mulut berbuih-buih. Beberapa lama kemudian dia disahkan meninggal dunia. Asbab sahaja. Tapi apa yang ditembaknya tu?

Malam tu emaknya bermimpi dia masih hidup. Nak diceritakan kepada orang dan suruh gali kubur gamaknya orang memang tak akan percaya sebab dia disahkan meninggal dunia. Dalam mimpinya tu dia hanya pengsan sahaja dan kenapa dia dikebumikan. Ngeri juga kalau bermimpi macam tu. Apa pun mungkin dia hanya bermimpi kerana terlalu rindu akan anaknya tu. Wallahua'lam.

Mimpi tersebut berlaku beberapa malam katanya. Dia mimpi perkara yang sama sahaja. Namun setiap kali bermimpi dikatakan anaknya tu makin lama makin jauh kedudukannya. Lama-lama dia tak bermimpi lagi. Entahlah nak cakap pun tak kena. Kita boleh katakan itu hanya mainan tidur tapi kalau bermimpi perkara yang sama beberapa hari boleh menjadi igauan ngeri jugak ye tak..

Bergitulah lebih kurang apa yang berlaku yang diceritakan kepada pokcik. Kebenarannya tentang mimpi tu hanya Allah yang tahu. Apa pulak yang berlaku sekiranya kubur digali semula. Entahlah.. Allah saja yang maha Mengetahui. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah dia menembak anak jin yang menyamar? Adakah mimpi yang datang tu kerana si ibu masih teringat dan tidak percaya bahawa anaknya pergi secara tiba-tiba?

Dunia mistik penuh dengan misterinya. Apa pun sekiranya kita tidak terlalu taksub tiada masalah. Jangan sampai pokok bergoyang pun kita kata jin tengah dok bergaduh kat atas pokok. Tu kira parah dah tu. Siapa yang minat memburu tu hati-hatilah kerana banyak sangat kes seumpama ni yang kita sering dengar. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan kerana melibatkan kawan-kawan atau saudara mara. Moga berjumpa lagi. Salam hormat dan selamat petang semua sahabat yang dikasihi.