Tuesday 4 April 2017

HISTERIA

Image result for assalamualaikum image

Hari ni pokcik nak kongsikan perihal histeria. Tidak dinafikan bukan kita sahaja yang tinggal di muka bumi ini. Ada juga yang terganggu dengan perbuatan kita walaupun kita tidak sedar akan kewujudan mereka di sekeliling kita. Bagi jin yang taat kepada Allah, mereka akan terganggu dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh kita yang tinggal berhampiran mereka.

Begitu juga jin kafir, mereka akan terganggu dengan amal kebaikan dan amalan serta aktiviti keagamaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Dalam konteks ini, jarang sekali ( bukan tak ada ) jin Islam yang mengganggu di kawasan sekolah tetapi bagi pokcik kemungkinan itu amatlah tipis. Kita tak dapat menduga dan mengawal punca secara tepat tetapi kita boleh berusaha untuk menghapuskan gangguan dengan izin Allah.

Pokcik pernah terlibat dengan kes histeria ni. Ia berlaku di sebuah sekolah berhampiran dengan tempat tinggal pokcik. Boleh kata hari-hari berlaku. Paling lama bertahan ialah sehari sahaja sekolah itu tenang. Ada yang diganggu ketika sedang belajar, ada juga diganggu ketika masuk ke tandas, ada juga yang diganggu ketika mengikuti aktiviti sukan di padang.

Mana boleh tahan, kalau selang sehari berlaku kes seumpama ni. Tambahan pula menurut pengawal keselamatan di situ, mereka sering melihat lembaga berpakaian putih di atas atap sekolah pada waktu malam. Ada pengawal keselamatan yang bekerja tak sampai sehari kerana diganggu. Masa mengawal dan meronda pada waktu malam, mereka perlu berhati-hati kerana lembaga ini sering merupa atau menyamar sebagai rakan sekerja.

Guru-guru juga sering mendengar benda besar yang bergolek di atas syiling terutamanya di perpusatakaan. Perempuan berbaju kebaya hijau juga sering menampakkan diri mereka. Suara yang memanggil nama guru juga sering kedengaran kata guru di situ. Mana tahan, dengar nama dipanggil tetapi apabila menoleh, tiada kelihatan sesiapa di situ. Kata mereka, situasi ni berlaku di dalam bilik guru ketika mereka keseorangan atau tidak ramai.

Pendek kata, semua diganggu. Bermula dari pengawal keselamatan, pekerja yang mencuci tandas, guru, serta murid yang sering kerasukan dan tidak sedarkan diri sehingga ada pada satu tahap ingin terjun dari bangunan sekolah. Dah terlalu kerap berlaku, pokcik tak larat jugak nak berulang alik dok buat kerja yang sama. Bukan pokcik cari makan dengan cara tu. Hihihi.

Suatu hari, pokcik berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah dan berbincang juga dengan ustaz di situ untuk mengadakan solat hajat. Mau pokcik tak ajak buat solat hajat, ustaz pun tak mau terlibat kalau budak kerasukan dan histeria. Takut hantu ikut depa balik ke rumah katanya. Huhuhuhu. Macam-macam karenah.

Suatu hari yang ditetapkan maka kami mengadakan solat hajat beramai-ramai dan mengadakan bacaan yaasin selepas solat hajat itu. Selepas itu, air tu pokcik ruqyahkan. Air yang diruqyah pokcik mintak tukang kebun spray pada bangunan dengan menggunakan pam racun. Hihihi.


Alhamdulillah selepas daripada itu tidak berlaku lagi kes kerasukan dan histeria di sekolah itu. Saja laa pokcik kongsikan kisah ni. Kot-kot laa pihak yang terlibat dengan kes seumpama ini boleh ikhtiarkan cara ini juga. Jadi tak jadi tu serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Mengasihani. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Maaf andai ada terkasar bahasa. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.