Monday 3 April 2017

NENEK

Image result for assalamualaikum image
Kali ni mengimbau kenangan bersama nenek orang rumah pokcik pulak. Banyak laa kenangan ketika bersama beliau. Pokcik satu-satunya cucu yang rock dan ngam ngan dia bab hisap rokok ni. Hahahahhaha. Pokcik suka melayan orang tua. Anak cucu lain dok marah dia hisap rokok curi-curi, pokcik pulak ajak dia hisap temankan pokcik. Hahahahhahahhaha.

Alkisah, selepas beliau menunaikan haji dia mula tak sihat. Tak lama kemudian dia pun semakin uzur. Apabila nampak agak kepelikan maka anak cucunya mula menggunakan cara perubatan tradisional keislaman. Sepanjang beliau sakit, beliau tinggal di rumah anak perempuannya. Alhamdulillah bukan pokcik nak puji, anak perempuannya ni memang boleh harap. Boleh kata habis anak saudara dan adiknya dia yang jaga.

Ahli keluarga depa ada juga perawat keluarga. Sahabat yang pokcik kenali laa jugak. Memang belah keluarga depa hanya beberapa orang sahaja yang pokcik usahakan. Itu pun usahakan secara bersyarat. Tidak boleh bagitau sesiapa atau ahli keluarga yang lain bahawa pokcik yang usahakan.


Nak dijadikan cerita, pada suatu malam pokcik dan perawat ni piii laa ke rumah mak sedara orang rumah pokcik. Sahabat perawat ni katanya kasyaf. Adoiii katanya. Ada dok main atas atap pulak. Hihihi. Biarkan, dia kata. Kami lepak kat luar rumah dulu. Ayat biasanya.. Biarlah, orang sakit nak piii mana. Biaq laa dulu kita pekena suria dulu.. Huhuhu. Sambil hulur rokok suria dia kat pokcik.

Selesai dia sedut oksigen, kami pun masuk. Dia bawak sekali anak muridnya. Kelihatan ramai dah sanak saudara menunggu di dalam rumah tu. Ada bacakan yaasin dan ada juga dok bersembang. Depa berkumpul atas amanat emak depa iaitu nenek orang rumah pokcik. Akan tetapi sesampainya depa, emak depa dah tak sedarkan diri. Terbaring saja dan mata terpejam.

Pokcik dok dekat sahabat perawat tadi sambil memerhati nenek. Sahabat pun ruqyah. Pokcik hanya memerhatikan saja setiap tindak tanduknya. Selepas selesai ruqyah nenek masih tak sedarkan diri. Dia minta anak cucu mengangkat nenek orang rumah pokcik tadi dan sandarkan seperti duduk berlunjur. Dengan kalimah Allahu akbar maka satu tenaga dia lepaskan.

Alhamdulillah terjaga dan tersedar nenek orang rumah dengan seizin Allah. Siap terkeluar najis lagi. Mungkin kuat sangat hentakan makrifat sahabat tadi. Maka setelah dicuci dan dimandikan maka sempatlah depa bermaaf-maafan. Keesokannya, macam biasa pokcik maii dan tolak kerusi rodanya jauh dari rumah tu. Dia suka laa sebab dah tahu pokcik nak ajak dia hisap rokok. Hahahahhaha. Anak cucu lain tak kata apa laa. Depa tahu tapi malas nak bising ngan pokcik. Hihihi..

Sepanjang dok tolak tu pokcik laa banyak bertanya kepadanya. Dia kata semasa tak sedar tu dia dapat rasa ramai sangat yang datang menziarahinya tapi dia tak kenal siapa. Hanya Allah yang tahu. Selepas selesai sesi menghembus dan ambik angin maka pokcik tolak kerusi rodanya balik ke rumah semula.

Malam tu seingat pokcik, dia koma semula. Kali ni dia dibawa ke hospital besar Kuantan. Maksudnya sebelum dia menghembuskan nafas yang terakhir pokcik laa yang banyak menghabiskan masa berdua dengan beliau. Tidak lama kemudian beliau menghembuskan nafas yang terakhir. AlFatihah untuk arwah. Moga Allah tempatkan beliau bersama roh orang-orang yang beriman. Aamiin.