Thursday 13 April 2017

ASAL USUL JEMBALANG. WALLAHUA'LAM

Image result for assalamualaikum image

Teringat pulak perihal jiran belakang rumah pokcik ni. Boleh kata tiap-tiap petang, isterinya akan membakar kulit bawang campur dengan cili kering. Bakar pulak dengan menggunakan dapur arang. Memang semerbak saja baunya menusuk hidung.

Apa pun, pokcik agak dah mesti ada sebab dia membakar tu. Masa pokcik kecik-kecik dulu, pernah perawat membakar daun bawang dan cili kering ni masa pokcik kesarupan. Jenuh bersin laa. Hahahahhahahhaha. Berbalik kepada cerita tadi. Suatu hari dia menelefon orang rumah pokcik dan katanya nak bercakap dengan pokcik. Hairan jugaklah sebab tak pernah dia menelefon ni. Hihihi.


Katanya dia nak mintak tolong. Makin hairan laa pokcik sebabnya pokcik hanya bercakap hal rawatan ni kepada dua orang sahabat sahaja di tempat tinggal pokcik. Betul jangkaan pokcik. Salah seorang daripada mereka yang beritahu perihal pokcik sebab katanya kasihan sangat melihat keadaan suaminya yang kurus kering. Dahulunya berisi dan besar badannya.

Apa pun pokcik tak nak cerita bab jembalang hutan yang mengganggunya sebab dia pun dah alhamdulillah. Badannya pun dah kembali seperti dahulu. Kali ni nak cerita perihal asal usul jembalang hutan yang pernah pokcik BACA lama dahulu. Kebetulan pula ada sahabat dalam group berminat nak dengar maka pokcik akan kongsikan cerita ini.

Alkisah, dalam sebuah kampung tinggallah sepasang suami isteri. Kehidupan mereka sederhana sahaja tetapi amat bahagian. Suaminya bekerja dengan mencari hasil hutan untuk menyara kehidupan mereka. Setelah sekian lama berumahtangga akhirnya isterinya mengandung. Makin kasihlah suaminya dan segala kemahuan isteri akan dituruti.

Suatu hari isterinya mengidam kijang putih. Macam-macam perempuan mengandung ni. Tu kira ok lagi. Ada jenis mengidam nak makan sabun. Haha Haha. Jenuhlah hari-hari kedarah sabun. Disebabkan keinginan yang sangat kuat maka si isteri berpesan kepada suaminya. Jangan balik selagi tak dapat kijang putih tu. Dengan berat hati maka si suami pun masuklah ke dalam hutan untuk memenuhi kehendak isterinya tu.

Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun namun kijang putih masih tidak ditemui. Banyak kijang yang dibunuh dan ditinggalkan begitu sahaja. Makin lama dia makin ke tengah hutan. Isterinya sudah pun melahirkan seorang putera. Setelah ketiadaan suaminya dia berasa menyesal dan sedih namun nasi sudah menjadi bubur.

Kini anaknya sudah meningkat remaja. Si isteri rasakan sudah sampai masanya dia menceritakan perihal suaminya itu kepada anaknya. Anaknya pula diminta menjejak ayahnya yang dikatakan hilang di dalam hutan. Setelah mendapat petunjuk dari mana ingin mulakan pencarian dan tanda di badan ayahnya maka anaknya mula masuk ke dalam hutan itu.

Setelah sekian lama dia mencari dan memanggil nama bapanya maka akhirnya berjumpalah dia dengan ayahnya itu. Namun ayahnya sudah pun berubah rupa dan bukannya manusia lagi. Ayahnya kini sudah menjadi jembalang hutan. Dia juga menunjukkan tanda pada badannya kepada anaknya itu untuk mengesahkan dia ialah bapanya.

Dengan linangan air mata, dia meminta anaknya pulang dan memberitahu ibunya bahawa ayahnya itu sudah ditemui. Ayahnya juga tidak dapat pulang ke pangkuan isterinya kerana ia bukan lagi manusia biasa. Apa pun dia berpesan kepada anaknya itu. Katanya apabila angin kuat maka bakarlah bawang dan cili kerana dia yang lalu. Dengan ini dia tak akan mengganggu kerana dia tahu itu keturunannya. Anaknya juga diminta menanam lengkuas di belakang rumah sebagai pengenalan bahawa itu keturunannya.

Sekian sahaja kisah pada kali ni. Kesahihan cerita ini pokcik pun tak pasti. Cukuplah sekadar bahan bacaan. Apa pun bab bakar kulit bawang dan cili oleh jiran tadi meningatkan pokcik akan cerita ini. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

SUKMA

Image result for assalamualaikum image
Bab sukma piii dulu.. Kalau tak faham mesti kata membela hantu raya. Tak paa laa.. Allah Maha Mengetahui.







Wallahua'lam. Salam hormat.

Wednesday 12 April 2017

HANTU TUA TAK LARAT BERJALAN

Image result for assalamualaikum image

Santaii saja kali ni noo. Mesti ramai yang pernah kena. Hantu dok atas bahu laa, belakang laa dan kat tengkuk. Tempat ni memang menjadi tempat kegemaran depa. Tak tau laa apa keistimewaan tempat-tempat tu. Boleh rasa macam naik kokko kot no.. Alamak ada tak faham  kaa naik kokko. Hihihi. Macam kita dukung anak kot belakang laa.



Emak mertua pokcik pun pernah kena. Haih depa tak kira siapa. Padahal emak mertua pokcik ni boleh dikatakan orang yang menjaga solat dan sering mengaji juga. Nak bermanja kot no? Awat tak piii bermanja dengan sama spesis dengan depa. Muka buruk kot. Orang kata kalau muka buruk hati baik ok laa. Kalau muka buruk hati buruk habislah. Oooo lupa depa tak dak hati. Ada usus jaa kakkakkakaka.

Kebetulan pulak mak mertua piii sidai kain. Jirannya teguq pulak. Haih elok laa tengkuk ngan belakang. Boleh sidai kain dah tu. Haaa, menantu kawan tu hemboiihh mohong-mohong. Alhamdulillah dah. Adoiiii kantoi.. Bermula dari situ ada sajalah kes hamba Allah di sana. Kes pertama ialah kes yang pernah pokcik kongsikan dulu.. Kes pisang layu.. Kata bekas bininya, saya tak dapat orang lain pun jangan harap nak dapat.. Amboiii mcm Tuhan pulak. Astaghfirullah hal adzim..

Berbalik kepada cerita tadi, tiga empat orang jugaklah pokcik jumpa simptom yang sama. Lebih kot daripada empat lima orang. Hihihi. Baiklah kali ni nak ceritakan kisah yang pokcik habaq tadi laa. Alkisah, ada laa haritu hamba Allah dari Kelantan maii singgah rumah pokcik bersama adik ipar dan kawan-kawannya.

Depa singgah saja laa sebab kebetulan ada mesyuarat di Kuantan katanya. Depa lepak di Hotel Sri Manja. Dalam pada tu depa huluq jugaklah gambaq beberapa orang pengarah syarikat. Suruh tengok kot-kot ada dalam kalangan depa dok pakaiii ilmu tak elok. Tengok piii laa mohong-mohong. Bukan tau sangat pun. Apa pun, elok saja depa sampai, pokcik rasa ada aura tak elok kat leher dan kepala si pemandu kereta. Pokcik kata ada benda tak elok dok ikut.

Baru dia mengaku, tengah dok drive tiba-tiba belakang tengkuknya ditekan kuat. Berhenti depa di petrol pam sebab ingatkan letih memandu dari Kelantan ke Kuantan. Hihi. Bukan nak cerita hemboiihh mohong-mohong kat dia tu.. Nak tanya laa, depa ni tua dah kot no sampai tak larat nak jalan. Kena tumpang atas belakang orang kot untuk bergerak piii sana sini. Ntah pokcik pun tak tau..Hihihi.. Santaiiiii..

Sunday 9 April 2017

JARUM TAK MENEMBUSI KULIT

Image result for assalamualaikum image

Berjumpa lagi buat sekian kalinya. Alhamdulillah. Ni laa pokcik nak sambung bab tipu daya jin. Semalam pokcik menerima pulak mesej dari seorang hamba Allah. Ia berkaitan dengan emaknya. Gangguan saka seingat pokcik..

Apa pun pokcik sangat menghormati ustaz yang merawatnya dulu sebab dia sendiri yang syorkan agar emak hamba Allah ni ikhtiar di tempat lain. Ini yang sepatutnya dilakukan oleh semua perawat dan bukannya menjanjikan angan kosong kepada si sakit.

Baru dua hari pokcik kongsikan tentang tipu daya jin yang amat licik. Kisah yang dikongsikan itu berkenaan dengan seorang hamba Allah yang dikatakan menghidap penyakit batu karang. Heran jugak ye sebab yang dikatakan batu karang itu boleh bergerak pulak ke sana sini ye..


Nak lagi best apabila nak maiii jumpa pokcik elok jaa jin tu jadi baik. Pandai pulak berlakon. Padahal kawan tu masa di hospital meraung sakit. Siap menangis lagi. Tu satu hal. Jarum pun tak boleh nak masuk ke kulit. Jenuh cocok laa. Last sekali cucuk di bontot. kakkakakaka.

Elok sampai rumah pokcik pun elok saja dia duduk senyap saja. Baik laa kononnya. Memang pelakon yang hebat laa. Hihi. Itulah antara permainan mereka. Licik dan sangat halus. Elok pulak dua hari lepas pokcik kongsikan pasal seorang sahabat yang mengikut kawannya berubat. Macam tu jugak dia main-main.

Kesian betul perawat tu dimainkan oleh jin. Bab nak kenal Islam kaa bukan mungkin jadi isu yang sensitif. Ada kata jangan dok kacau jin Islam. Tak baik. Jadi pokcik tertanya-tanya jugaklah dalam hati. Kalau orang Islam maiii dok kacau rumahtangga kita sampai bercerai berai boleh biarkan kaa. Bagi pokcik mudah saja tak kira Islam atau tak, maiii ganggu sehingga tergendala urusan, sehingga cerai berai, sehingga orang nak solat pun susah, sehingga dok baring saja nak buat apa pun tak boleh, sehingga dengan asbabnya boleh menyebabkan kematian maka tak kira jin Islam kaa jin kafir kaa memang wajar diberikan pengajaran.

Bab pengajaran tu biarlah atas perawat yang berkenaan sebab matlamatnya cuma satu iaitu pesakit sembuh dengan izin Allah atas usaha perawat yang berkenaan. Mungkin ramai yang tak setuju dengan pokcik. Tak paa xdak masalah sebab pokcik tetap hormat cara apa pun selagi tidak mensyirikkan Allah.

Buat laa cara mana pun cuma jangan tenggelam dalam khayalan sendiri, jin dok bergolek gelak kentang. Kita dok seronok dalam angan-angan dan khayalan. Sebab tu bagi perawat yang baik pada pendapat pokcik, depa buat saja. Sembang perkara kedua. Janji pesakit Alhamdulillah. Pokcik lebih suka buat perkongsian dan bukannya bersoal jawab pada status orang. Inilah cara pokcik. Nak tunggu pokcik copy paste sangat susah laa. Sebab tu kalau pokcik kongsikan memang panjang dan silap-silap kena hack pulak kalau ada yang tak puas hati dengan cara pokcik.

Apa pun moga kita semua peroleh kemenangan di dunia dan akhiran dan selamat daripada fitnah kehidupan,  fitnah kematian, fitnah kubur, fitnah hari akhirat dan fitnah dajjal. Maaf sekali lagi andai ada terkasar bahasa. Walaupun perit tapi pokcik nyatakan juga pandangan pokcik. Pokcik tak kata pokcik betul tapi kadang kala kita kena bangun daripada lamunan dan kembali ke alam nyata. Sekian perkongsian pada kali ini. Salah silap mohon dimaafi kerana pokcik pun bukan orang yang sempurna dan masih jauh jika nak dibandingkan dengan para sahabat di luar sana. Wallahua'lam. Salam hormat.

MELAYAN AHLI SIHIR

Image result for assalamualaikum image

Lepas Lee Chong Wei kalah tadi pokcik terus hubungi mak aji Ungku Balkis sebab dah janji nak ikhtiarkan tadi. Kalau tak, pokcik tak sebutkan nama. Kebetulan pulak mak aji masih dalam perjalanan pulang. Tak pe laa, dalam kereta pun boleh ikhtiarkan kalau Allah izin. Kalau mak aji yg drive memang pokcik tak usahakan laa.. Bahaya..



Lama dah pokcik tak layan live dengan ahli sihir ni. Mudahan dia insaf dan kembali kepada Allah. Sihir ni tak akan ada kesudahan selagi ada hasad dalam diri. Dengan kata lain, syaitan memainkan peranan membisikkan dalam hati kita agar berbuat jahat. Pokcik pun sama jugak, bukannya baik sangat tapi istighfar banyak-banyak sebab Allah Maha Pengampun.



In shaa Allah, habis bab bisa membisa dan cucuk-mencucuk kaki ni seizin Allah. Macam pokcik cakap tadi.. Tak penting pun cerita itu ini bagi menambah perisa.. Allah Lebih Mengetahui. Kita ikhtiar sahaja dan berdoa moga Allah memberikan ehsan Nya. Wallahua'lam. Salam hormat..


Friday 7 April 2017

NYANGKUNG

Image result for assalamualaikum image

Santai saja ni. Dok bergolek-golek kentang sambil dok tengok tv. Puas dok saja pokcik kongsikan lagi satu kisah. Kali ni bab nyangkung ngan bab menurun nombor. Depa ni memang berani laa tapi perbuatan nyangkung ni terang-terang dah syirik. Jaga. Bab hukum Allah ni bukan boleh buat main-main.

Nak dijadikan cerita, pokcik pernah menyewa rumah di sebelah rumah emak si tukang nyangkung ni. Mak dia laa yang dok cerita bab anaknya tu pernah piii nyangkung. Piii pulak buat kat kubur cina. Kubur cina tu bukannya jauh sangat dengan perumahan dia ni. Dok saja-saja, dok sihat-sihat dia nak cari masalah. Nak mintak nombor ngan latukkk katanya.



Suatu malam dia pun pergi laa ke jirat cina tu. Kira jenis ni memang berani laa. Situ memang terkenal dengan angker. Ramai dah orang terjun gaung di situ katanya sebab jalan nampak melencung padahal situ jalannya lurus sahaja. Melencung tu maksudnya lencung masuk ke dalam paya laa. Ada juga orang berjumpa dengan hantu cina di situ. Ada juga yang jumpa hantu tinggi dan drive melalui bawah kangkang hantu yang mengangkang jalan tu. Mmmm.

Betbalik pada cerita tadi. Malam tu dia pii sorang saja. Kalau piii ramai tak rugged laa. Satgi latokk tanya, heiii lu takot sama latokk kaa sebab mali lamai-lamai. Mana nak letak muka. Malu ooo. Muka tu kalau boleh pinjam muka orang lain dulu tak paa laa. Pinjam laa muka sapa-sapa dulu. Pastu pulangkan balik. Kakakakkakakakaka.

Elok saja katanya hantu tu main. Siap dok bertenggek atas batu nesan dia. Lu mau apa katanya. Haih hero mana lari. Kalau tak sia-sia dipanggil hero kampung. Hihihi. Muka hantu tu dikatakan biasa saja tapi penuh dengan kudis dan bernanah dan busuk. Dia pun bagitau laa nak nombor. Memang hantu tu bagi.. Tapi setahu pokcik nombor tu tak kena pun. Kakakkakkaka.

Malang sungguh nasib dia. Nombor tak kena. Badan pun naik kudis dan bernanah seperti hantu cina yang dia jumpa tu. Jenuh berubat jugalah kata maknya tu. Hihihi. Macam-macam. Ingatkan kali ni nak gabung dua cerita tapi nampaknya satu cerita pun panjang dah. Satgi jenuh celik mata baca. Sebab panjang sangat.

Setakat ni dulu laa kot no. Moga berjumpa lagi. Macam-macam laa depa ni noo. Awat jadi lagu tu. Apa pun moga dapat ikhtibar daripada perkongsian pokcik pada pagi ni. Moga berjumpa lagi no. In shaa Allah. Wallahua'lam dan salam hormat buat semua.

MACAM NI PUN ADA

Image result for assalamualaikum image

Santaiii saja kali ni. Kebetulan free sikit ni jadi pokcik kongsikan laa pengalaman pahit manis. Tu orang tua-tua kata, jauh berjalan luas pandangan. Macam-macam orang kita akan jumpa. Macam-macam pengalaman kita akan tempuhi. Tak kira laa pengalaman pahit atau pengalaman manis. Dulu pokcik banyak group sama ada whatsapps, telegram atau pun facebook. Laa ni kurang dah sesuai dengan meningkatnya umur.

Apabila banyak group maka banyaklah kerenah. Satu-satu pokcik left. Ada juga group yang pokcik create pokcik closed. Tujuan pokcik tubuhkan group dulu agar pesakit dapat mencari perawat yang berdekatan apabila depa memerlukan bantuan. Alhamdulillah group ni salah satu group yang menuju ke arah itu.



Kali ni pokcik nak berkongsi tentang salah seorang pesakit yang berada di dalam sebuah group yang pokcik create dulu. Biasalah sesiapa pun yang sakit akan mencari ikhtiar bagi sakit yang dihidapi. Alkisah pada suatu hari hamba Allah ni menghubungi pokcik. Rumahnya berhantu katanya. Macam-macam yang dia dengar terutama kat dapur rumahnya.

Alhamdulillah pokcik usahakan walaupun tak laa reti sangat pun. Dah orang mintak tolong dan kebetulan pokcik free maka pokcik ikhtiarkan juga. Apa yang pokcik kongsikan ni semuanya rawatan jarak jauh. Selesai rumahnya, dia pulak menceritakan perihal dirinya. Pokcik pun tolong jugalah sebab kesian. Tambahan pula dia kata sudah nak ke sana sini atas masalah kewangan yang terhad.

Selang dua tiga hari dia pm lagi dan meminta pokcik ikhtiarkan pula kawannya. Katanya kawannya tu juga menghadapi masalah kerana rumah yang diduduki agak keras. Yaa laa kasihan juga. Tambahan pula pokcik nak jaga air mukanya. Satgi kawan dia kata dia ni cakap tak serupa bikin pulak. Alhamdulillah selesai dan Allah permudahkan juga utusan kali tu.

Selang dua tiga hari dia pm lagi katanya anak kawannya pula bermasalah. Katanya anak kawannya tu dah dua minggu gatal-gatal. Katanya dah piii ke hospital bagai. Dah disuntik bagai dan gunakan krim namun tak ada perubahan juga. Yaa laa dia diludah jin mana boleh diusahakan secara rawatan moden. Alhamdulillah Allah permudahkan juga urusan kali itu. Dgn izin Allah, kering gatalnya setelah pada malam tu pokcik usahakan. Alhamdulillah.

Entah macam mana tiba-tiba hamba Allah ni keluar group kerana mendapat hasutan daripada seorang hamba Allah. Keluar tanpa sebarang isyarat. Tanpa sepatah kata atau sebagainya. Tak apalah nak buat macam mana. Tapi sekurang-kurangnya cakaplah sepatah kata atau pm pokcik sebab pokcik yang create group tu. Masa lain boleh pula ye pm. Hihihi.

Selang empat lima hari kemudian dia pm lagi pokcik. Kali ni dia nak minta pokcik usahakan pula kawannya. Entah kawan yang mana pulak kali ni pokcik tak tanya pulak. Apa yang pokcik tanya ialah mengapa dia keluar dari group secara tiba-tiba. Sibuk katanya. Hihihi. Sibuk pulak. Sebelum ni kalau sibuk jarang-jarang masuk tetapi tak tetiba left. Ni alasan sibuk pulak sebab left group. Hihihi. Tak apa laa.

Apa pun pesan pokcik pada pesakit, sekurang-kurangnya janganlah bersikap sebegini. Pokcik dan perawat lain tak harapkan sanjungan cuma secebis rasa hormat. Tambahan pula bukan pokcik nak mengungkit tetapi semua kesnya, kawannya dan sebagainya tu satu sen pun pokcik tak ambil. Ikhlas? Hal itu biarlah antara pokcik dengan Allah. Manusia bukanlah penilai yang baik. Maaf andai ada terasa dengan nukilan pokcik pada malam ni. Wallahua'lam. Salam hormat semua.

Wednesday 5 April 2017

RAGAM PESAKIT

Image result for assalamualaikum image

Santai, suam, panas-panas kuku, dingin, beku dan sebagainya topik kali ini. Sesekali nak hangatkan suasana. Bukan selalu. Banyak pengalaman sendiri mahupun rungutan daripada pesakit mahupun perawat sepanjang pokcik terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang ini.

Kisah tentang perubatan sahaja tanpa menyimpang ke tajuk lain. Mula-mula pokcik nak ceritakan perihal diri sendiri. Sudah tentu ada pahit dan manis dalam kehidupan. Itulah warna warni dan penyeri yang membezakan kita dengan robot yang tidak mempunyai perasaan. Ini bukan luahan hati tetapi perkongsian pengalaman.

Antara yang tidak boleh pokcik lupakan ialah apabila pokcik usahakan satu kes yang agak berat, pokcik pula mendapat fitnah. Kesnya pernah pokcik kongsikan lama dahulu. Perihal seorang hamba Allah yang pokcik usahakan secara jarak jauh. Itu pun apabila adiknya sendiri yang meminta pokcik usahakan kerana tidak tahan melihat penderitaan kakaknya sendiri.

Kakaknya itu mengalami pendarahan tidak berhenti-henti sejak beberapa tahun sehinggakan pihak hospital sama ada doktor pakar dan sebagainya buntu dengan keadaannya itu. Alhamdulillah setelah usahakan dengan izin Allah maka semuanya selesai dan darahnya berhenti. Kini timbul cerita yang adiknya yang berpakat dengan pokcik sihirkan dia dan sebab itulah boleh menghentikan pendarahan itu.

Tak apa lah Allah Maha Mengetahui. Kesabaran pokcik akhirnya Allah beri ganjarannya kerana baru-baru ini dia meminta adiknya menghubungi pokcik semula kerana dia kini menghadapi penyakit yang lain pula. Mungkin pihak hospital juga buntu dengan masalahnya itu dan membuatkannya mengambil keputusan untuk menghubungi pokcik bagi mendapatkan ikhtiar.

Itu antara pengalaman diri sendiri. Bagaimana pula dengan pengalaman pesakit yang diadukan kepada pokcik. Banyak sangat aduan yang sampai kepada pokcik daripada pihak pesakit. Antaranya perihal rawatan jarak jauh merupakan salah satu daripada modus operandi agar pergi kepadanya untuk mendapatkan rawatan susulan.

Namanya pun disebut tetapi eloklah pokcik rahsiakan. Kadang kala, kes ni merupakan kes terpencil tetapi apabila berlaku, tempiasnya mercik kepada semua sahabat perawat yang melakukan rawatan berdepan atau jarak jauh. Ini termasuklah pokcik sendiri.

Ada juga kata si mangsa, perawat masuk ke group sama ada group facebook, telegram dan sebagainya hanya untuk mencari MANGSA. Apabila pesakit mengadu masalah, perawat berkenaan akan terus menghantar askarnya bagi mengganggu si sakit.Setelah itu, pesakit diminta berjumpa dengan gurunya. Harga diletakkan sampai mencecah ribuan ringgit.

Ada juga rungutan daripada pesakit, si perawat diam sahaja dalam group berkenaan. Tak kira group ni atau group lain. Apabila pesakit mengadu sahaja sakit, perawat berkenaan akan terus menghubungi pesakit dan menetapkan harga ribuan ringgit. Namanya juga disebut kepada pokcik.

Macam-macam aduan yang sampai ke telinga pokcik. Yang lebih menyayat hati, yang dikatakan perawat dalam group, apabila dihubungi oleh pesakit, dia akan menghalakan pesakit kepada gurunya atau rakannya. Mahar juga ribuan ringgit. Entahlah, mungkin dia orang tengah atau sebagainya pokcik pun tak tahu. Namanya juga disebutkan kepada pokcik.



Jadinya pening juga pokcik apabila banyak sangat aduan diterima. Ada juga pesakit yang bertanya kepada pokcik perihal perawat yang merawatnya. Yang ni memang pokcik tak setuju. Sepatutnya, kalau tidak yakin, jangan minta perawat berkenaan ikhtiarkannya. Jangan dah separuh jalan baru bertanya sana sini. Lagi satu, siapa pokcik untuk menilai orang lain?

Pokcik pun seperti orang lain juga. Ada salah dan silapnya. Kita bukannya maksum. Perawat juga tidak berkecuali merungut terhadap pesakit. Pesakit dikatakan lebih berminat untuk bertanya itu ini tentang sakitnya. Siapa yang buat? Kenapa dia buat? Sihir apa yang dia buat? Sihir orang asli, siam atau apa dan sebagainya.

Tak kurang juga yang menghubungi pokcik semata-mata kerana ingin meminta pokcik membalas atau menghantar sihir yang dikenakan kepadanya kepada si pelaku. Terasa macam ahli sihir pulak pokcik ni. Hihihi. Ada juga pesakit yang berjanji untuk datang. Perawat membatalkan segala janji temu dengan pesakit lain kerana tidak ingin bertembung dengan pesakit lain.

Jenuh tunggu, sebab pesakit berkenaan tidak muncul-muncul.  Gamaknya pesakit itu tidak menghubungi perawat berkenaan untuk membatalkan janji yang telah dibuat. Wallahua'lam. Namun begitu, macam pokcik cakaplah sudah tentu ada pahit dan manisnya. Ada juga pesakit yang mewakafkan tanah atas nama kita apabila kita tak mahu mengambil mahar.

Ada juga yang memasukkan nama kita apabila mereka mengadakan kenduri doa selamat. Ada juga yang menghadiahkan wang ke tabung masjid dan niatkan atas nama kita. Sesungguhnya perjalanan seseorang dalam sesuatu bidang atau di atas muka bumi Allah ini telah dirancang dan ditetapkan oleh Allah. Berdoalah kepada Allah agar kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beruntung pada hari akhirat kelak.

Ada perkongsian daripada perawat mahu pun pesakit berkaitan dengan perubatan ni pokcik alu-alukan selagi tidak menyebut nama si polan. Kita ambil ikhtibar dan pengajaran daripada perkongsian para sahabat dan memuhasabah diri sendiri. Banyak lagi sebenarnya kalau pokcik ingin kongsikan namun cukuplah setakat itu buat kali ini. Maaf andai ada terkasar bahasa dan terlanjur bicara. Wallahua'lam. Salam hormat.

Tuesday 4 April 2017

AYAM HUTAN

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah Allah memanjangkan usia jadi pokcik dapat kongsikan cerita lagi. Kisah pemburu pulak kali ni. Siapa yang rajin memburu ayam hutan atau rusa selalu berdepan dengan penyamaran ni terutama kalau berpecah ketika melakukan pemburuan. Ada kes haritu sahabat menembak sahabat sendiri kerana dia melihat kawannya seperti seekor rusa. Tak pasal-pasal tertembak dan meninggal di tempat kejadian seingat pokcik.

Ada juga jenis kalau memburu ni memang tak ada binatang melintas. Antara orangnya ialah pokcik, sampaikan membunuh hobi pokcik tu. Tak ada pun yang melintas. Yang ada dok intai dan lepak atas pokok ialah harimau dan yang rajin melintas ialah babi. Nak buat apa.
Adess.

Alkisah, salah seorang bapa saudara orang rumah pokcik kuat memburu. Pada suatu hari dia menembak ayam hutan. Apabila balik rumah dia muntah darah dan mulut berbuih-buih. Beberapa lama kemudian dia disahkan meninggal dunia. Asbab sahaja. Tapi apa yang ditembaknya tu?

Malam tu emaknya bermimpi dia masih hidup. Nak diceritakan kepada orang dan suruh gali kubur gamaknya orang memang tak akan percaya sebab dia disahkan meninggal dunia. Dalam mimpinya tu dia hanya pengsan sahaja dan kenapa dia dikebumikan. Ngeri juga kalau bermimpi macam tu. Apa pun mungkin dia hanya bermimpi kerana terlalu rindu akan anaknya tu. Wallahua'lam.

Mimpi tersebut berlaku beberapa malam katanya. Dia mimpi perkara yang sama sahaja. Namun setiap kali bermimpi dikatakan anaknya tu makin lama makin jauh kedudukannya. Lama-lama dia tak bermimpi lagi. Entahlah nak cakap pun tak kena. Kita boleh katakan itu hanya mainan tidur tapi kalau bermimpi perkara yang sama beberapa hari boleh menjadi igauan ngeri jugak ye tak..

Bergitulah lebih kurang apa yang berlaku yang diceritakan kepada pokcik. Kebenarannya tentang mimpi tu hanya Allah yang tahu. Apa pulak yang berlaku sekiranya kubur digali semula. Entahlah.. Allah saja yang maha Mengetahui. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah dia menembak anak jin yang menyamar? Adakah mimpi yang datang tu kerana si ibu masih teringat dan tidak percaya bahawa anaknya pergi secara tiba-tiba?

Dunia mistik penuh dengan misterinya. Apa pun sekiranya kita tidak terlalu taksub tiada masalah. Jangan sampai pokok bergoyang pun kita kata jin tengah dok bergaduh kat atas pokok. Tu kira parah dah tu. Siapa yang minat memburu tu hati-hatilah kerana banyak sangat kes seumpama ni yang kita sering dengar. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan kerana melibatkan kawan-kawan atau saudara mara. Moga berjumpa lagi. Salam hormat dan selamat petang semua sahabat yang dikasihi.

RAJA ALAM SEBELAH

Image result for assalamualaikum image

Boring tak dak buat apa maka pokcik taip laa no satu lagi kisah. Kali ni tentang ketaksuban. Alkisah, semasa pokcik berulang alik di Flora Damansara dulu banyak laa pengalaman pahit manis bersama dengan para sahabat di sana. Suatu hari pokcik ke sana lagi. Maklumlah ketika tu pokcik sambung belajar lagi di sebuah pusat pengajian tinggi awam di Lembah Pantai.

Ingat tak lagi sahabat pokcik di Sunway PJ tu. Kali ni dia datang berjumpa pokcik bersama seorang sahabat lain. Pokcik tak kenal sahabatnya tu tapi katanya dia murid bekas guru pokcik dulu. Dia nak jumpa pokcik juga katanya sambil kenal-kenal. Sesampainya depa ke Flora Damansara, pokcik sudah sedia menunggu mereka di depan lif tingkat 16 tu. Manalah depa tahu rumah mana satu kalau pokcik tak tunggu.

Berpelukan lah kami sebaik saja bertemu. Maklumlah sepanjang pokcik berulang alik ke KL hanya dua kali kami bertemu. Itu pun sahabat pokcik di Damansara Perdana yang bagitau kat dia. Setelah tu masuklah kami ke rumah. Pokcik duduk sorang rumah tu, jadi kurang-kurang tak laa bosan dengan kehadiran sahabat pokcik.

Sebaik sahaja depa masuk dan duduk santai, pokcik pun tanya kat depa. Sapa punya yang dok tunggu kat lif tu. Hihihi. Kebetulan saja pokcik ternampak. Pokcik bukannya kasyaf. Depa pun memulakan cerita. Sahabatnya tu ada beli batu daripada bekas gurunya tu. Harganya RM7777. Katanya batu pertunangan dengan puteri bunian di alam sana. Itu mas kawinnya. Tudia aih.

Disebabkan kawannya tu kasyaf maka dia pun bagitau sejak dia beli batu tu, bukannya bunian cantik yang dok ikut. Dia diikut oleh seorang nenek tua bertongkat yang kebetulan pokcik nampak tu. Katanya dia ingat pokcik tak perasan. Sebab tu dia terkejut apabila pokcik tanya siapa punya yang dok tunggu kat lif tu. Jadi kerja pulak laa malam tu. Ingatkan nak sembang santai saja. Kawannya tu mintak pokcik pisahkan mereka.

Haih.. Ada tok guru katanya. Awat tak mintak tolong depa saja. Tu kata, masalah kalau guru google. Disebabkan kawan pokcik pulak mintak tolong bagi pihak kawannya tu maka pokcik usahakan jugalah. Alhamdulillah selesai malam tu. Dia nampak nenek tu keluar ikut tingkap kat rumah pokcik duduk tu. Maklumlah dia kasyaf. Bukan macam pokcik yang tak berapa nak reti ni.

Tu kira baik lagi pokcik. Kalau pokcik kata, awat tak mintak tolong tentera depa yang berbilion yang depa dapat kat kem haritu macam mana. Kakakkaakakkakakkaka. Lepas usahakan sahabat tu, usahakan pulak laa kawan pokcik ni. Katanya susah nak simpan duit laa, apa laa. Macam-macam katanya. Selesai tu depa bagitau depa sekarang mempelajari talqin syahadah pulak daripada seorang guru lain. Depa ada sebut namanya dan tempat tapi pokcik lupa. Kalau pokcik tak berminat pokcik ambik kisah tak kisah sangat.

Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Apa yang pokcik nak sampaikan ialah ketaksuban.pada guru yang salah. Kasihan juga. Duit habis puluhan ribu hasilnya entah ke mana. Ramai.sekarang ni mengambil kesempatan dengan ketaksuban kita dengan pesona mistik ni. Nak berguru pilihlah elok-elok. Nak belajar elok berdepan. Dalam berdepan pun boleh terkena lagi. Hihihihihi. Macam-macam. Moga berjumpa lagi. Maaf no andai kebetulan kisah ni terkena dengan kisah sahabat dulu-dulu. Macam pokcik cakap laa. KALAU TAK JATUH MACAM MANA KITA NAK BELAJAR BANGUN DAN BERDIRI. Wallahua'lam. Salam hormat.

HISTERIA

Image result for assalamualaikum image

Hari ni pokcik nak kongsikan perihal histeria. Tidak dinafikan bukan kita sahaja yang tinggal di muka bumi ini. Ada juga yang terganggu dengan perbuatan kita walaupun kita tidak sedar akan kewujudan mereka di sekeliling kita. Bagi jin yang taat kepada Allah, mereka akan terganggu dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh kita yang tinggal berhampiran mereka.

Begitu juga jin kafir, mereka akan terganggu dengan amal kebaikan dan amalan serta aktiviti keagamaan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Dalam konteks ini, jarang sekali ( bukan tak ada ) jin Islam yang mengganggu di kawasan sekolah tetapi bagi pokcik kemungkinan itu amatlah tipis. Kita tak dapat menduga dan mengawal punca secara tepat tetapi kita boleh berusaha untuk menghapuskan gangguan dengan izin Allah.

Pokcik pernah terlibat dengan kes histeria ni. Ia berlaku di sebuah sekolah berhampiran dengan tempat tinggal pokcik. Boleh kata hari-hari berlaku. Paling lama bertahan ialah sehari sahaja sekolah itu tenang. Ada yang diganggu ketika sedang belajar, ada juga diganggu ketika masuk ke tandas, ada juga yang diganggu ketika mengikuti aktiviti sukan di padang.

Mana boleh tahan, kalau selang sehari berlaku kes seumpama ni. Tambahan pula menurut pengawal keselamatan di situ, mereka sering melihat lembaga berpakaian putih di atas atap sekolah pada waktu malam. Ada pengawal keselamatan yang bekerja tak sampai sehari kerana diganggu. Masa mengawal dan meronda pada waktu malam, mereka perlu berhati-hati kerana lembaga ini sering merupa atau menyamar sebagai rakan sekerja.

Guru-guru juga sering mendengar benda besar yang bergolek di atas syiling terutamanya di perpusatakaan. Perempuan berbaju kebaya hijau juga sering menampakkan diri mereka. Suara yang memanggil nama guru juga sering kedengaran kata guru di situ. Mana tahan, dengar nama dipanggil tetapi apabila menoleh, tiada kelihatan sesiapa di situ. Kata mereka, situasi ni berlaku di dalam bilik guru ketika mereka keseorangan atau tidak ramai.

Pendek kata, semua diganggu. Bermula dari pengawal keselamatan, pekerja yang mencuci tandas, guru, serta murid yang sering kerasukan dan tidak sedarkan diri sehingga ada pada satu tahap ingin terjun dari bangunan sekolah. Dah terlalu kerap berlaku, pokcik tak larat jugak nak berulang alik dok buat kerja yang sama. Bukan pokcik cari makan dengan cara tu. Hihihi.

Suatu hari, pokcik berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah dan berbincang juga dengan ustaz di situ untuk mengadakan solat hajat. Mau pokcik tak ajak buat solat hajat, ustaz pun tak mau terlibat kalau budak kerasukan dan histeria. Takut hantu ikut depa balik ke rumah katanya. Huhuhuhu. Macam-macam karenah.

Suatu hari yang ditetapkan maka kami mengadakan solat hajat beramai-ramai dan mengadakan bacaan yaasin selepas solat hajat itu. Selepas itu, air tu pokcik ruqyahkan. Air yang diruqyah pokcik mintak tukang kebun spray pada bangunan dengan menggunakan pam racun. Hihihi.


Alhamdulillah selepas daripada itu tidak berlaku lagi kes kerasukan dan histeria di sekolah itu. Saja laa pokcik kongsikan kisah ni. Kot-kot laa pihak yang terlibat dengan kes seumpama ini boleh ikhtiarkan cara ini juga. Jadi tak jadi tu serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Mengasihani. Sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Maaf andai ada terkasar bahasa. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

DITIPU OLEH PERAWAT

Image result for assalamualaikum image
Al kisah, baru-baru ni pokcik piii ke rumah sahabat pokcik sambil berjalan-jalan sambil nak menonton Sepahtu. Hahhahahaha. Astro pokcik buat hal. Hihi
Sambil dok tengok tv macam-macam laa cerita keluar. Antaranya bomoh cari makan. Pokcik cuma sampaikan apa yang disampaikan oleh sahabat pokcik sahaja dan tidak menokok tambah walaupun satu ayat apa yang diperkatakan olehnya. Biasalah jerat tak akan lupakan pelanduk, hanya pelanduk akan lupakan jerat.

Alkisah, pokcik pernah usahakan ibunya. Biasalah orang tua lama ni macam-macam yang depa amalkan masa usia muda. Mungkin bagi depa ia suatu keperluan masa tu. Tapi bukan itu yang pokcik nak ceritakan. Katanya dahulu dia tak kenal siapa-siapa sekiranya berhadapan dengan masalah mistik ni. Ikut orang cakap sahaja laa. Orang kata kat situ ada perawat maka ke situlah hala tujunya.

Katanya tiap kali dia pergi dia akan membayar 1K. Dah terdesak dan tak tahu ke mana nak pii maka terpaksa juga laa membayarnya. Sehinggalah dia dah habis 9K setelah sembilan kali pergi maka pada suatu hari dia terdengar seorang pengusaha kolam ikan yang kerugian lebih 100K angkara bomoh ni barulah dia stop pergi ke situ.

Menurut pengusaha kolam ikan tu, bomoh tu bekerja sebagai jaga atau pengawal kolam ikannya pada waktu malam. Lama-kelamaan orang kurang datang ke kolam ikan berbayarnya kerana ikan begitu kurang. Rupa-rupanya si bomoh ni menangkap dan menjual kesemua ikannya terutama yang di dalam sangkar sementara nak dilepaskan ke kolam utama. Adesss parah. Apabila disiasat maka barulah kebenarannya diketahui dan si bomoh ni rupa-rupanya seorang penagih dadah.


Tidak hairanlah katanya walaupun dah habis 9K, bomoh tu tak segan silu untuk datang ke rumahnya untuk minta rm80 walaupun dah tak berubat dengannya. Antara kenangannya dengan bomoh di Indera Mahkota 2 tu ialah jin bomoh tu datang dalam bentuk nyata menyerupai orang yang dikatakan menyihir emaknya tu. Apabila ditegur ternyata jin itu tidak bersuara dan hanya lalu lalang di hadapan dia dan emaknya tu.

Namun begitu, masalahnya tidak selesai-selesai kerana bomoh tu dikatakan akan menghantar jinnya untuk mengganggu sebaik sahaja mereka pulang ke rumah. Dah habis 9K barulah dia berjumpa dengan pengusaha kolam ikan tu lalu diceritakan perihal bomoh berkenaan. Macam-macam no pengalaman mangsa penipuan permainan bomoh seperti ini. Entah banyak mana lagi si mangsa yang pokcik tidak ketahui. Kisah ini pun diceritakan kepada pokcik sebab pokcik kenal dengannya. Entahlah. Dunia-dunia. Macam-macam sandiwara.. Moga berjumpa lagi. Salam hormat semua.

PENGALAMAN DI LAUT

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dah balik dari laut tadi. Mencabar juga semalam maklumlah memancing dengan fiber dan dilanda ribut. Dengan ombak besar dan angin yang kencang di dalam bot yang kecil. Apa pun alhamdulillah semuanya selamat. Ketika balik, sahabat pokcik bercerita pengalamannya ketika membawa bot pelancong dan membawa orang memancing.

Suatu hari, ketika sedang memancing seramai empat orang di laut, dia melihat kepulan awan hitam di darat. Nak hujan katanya. Suasana tenang sahaja. Namun tiba-tiba, botnya bergegar. Telinganya menangkap bunyi angin yang amat aneh. Kawannya memberitahu dia agar melihat ke belakang. Alangkah terkejutnya apabila melihat puting beliung sudah hampir kepada mereka.

Tanpa melengahkan masa, dia meminta sahabat yang lain agar memotong tali sauh. Memang tak sempat nak angkat sauh kerana puting beliung sudah terlalu hampir dengan mereka. Berlaku seperti kejar-mengejar katanya. Puting beliung tu memang mengejar bot mereka. Dengan kelajuan penuh dia cuba melarikan diri untung berlindung di pulau Ular, tempat kami berlindung semalam. Dia sempat melancarkan botnya hingga naik terus ke pulau Ular itu.


Barulah puting beliung itu mengubah arahnya setelah gagal mengejar mereka di air. Puting beliung itu seolah-olah pusing ke tempat lain secara tiba-tiba. Seminggu dua dia fobia katanya. Orang nak sewa bot untuk skuba pun dia tak mahu selepas itu sementara dia pulih semangatnya. Persoalannya, apa sebenarnya puting beliung ini? Apakah misteri di sebaliknya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. Wallahua'lam.

JIN ASYIK

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dapat berjumpa lagi buat sekian kali. Alkisah suatu malam pokcik berjumpa dengan seorang perawat Darul Syifa di Kuantan bernama Ustaz Fuad. Kebetulan dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel, beliau duduk di sebelah pokcik.

Berbuallah kami. Dia tanya pokcik ni perawat ka, pokcik kata dak aih. Macam ayat waklie la. Sajalah pokcik tanya kat dia, apa pandangannya terhadap rawatan jarak jauh. Dia kata sebenarnya tak dak masalah. Tapi tidak digalakkan kerana tidak mahu ada pihak buat rangkuman secara pukal.



Maksudnya satgi kata boleh, ada jenis guna jin dan khadam pun seolah-olah digalakkan dan dikatakan boleh. Jadi ambil pukal katalah tak boleh untuk kemashalatan masyarakat. Kalau buat pun senyap-senyap sudah katanya bimbang timbul fitnah. Jadi pokcik ambik rumusan bahawa sebenarnya ramai pihak yang percaya bahawa rawatan sebegini boleh selagi tidak menyalahi syariat.

Perbualan kami diteruskan lagi. Kali ni berkenaan dengan jin asyik pulak. Katanya itu antara kes yang susah dia nak tangani. Kejadian pulak katanya berlaku dalam bulan puasa. Maksudnya jin Islam laa ni. Alkisah, suatu pagi katanya dalam pukul 2 lagi kalau tak salah pokcik dia menerima panggilan telefon. Dia agak dah mesti ada kecemasan.

Dia pun pergi ke rumah si pemanggil tu. Setelah meruqyah dia tengok tiada perubahan. Siap jin dalam badannya ikut bacaannya. Dia tanya macam mana boleh tahu ayat tu, katanya tadi perawat sebelumnya pun baca ayat yang sama. Terjadilah dialog antara mereka. Katanya dia minat perempuan ni sebab selalu membacakan ayat-ayat suci alQuran. Daripada minat jadi jatuh cinta pulak.

Sebenarnya banyak kes jin asyik ni kerana minat seseorang yang suka membacakan ayat-ayat suci alQuran. Yang jadi salahnya ialah minat dan jatuh cinta pada bini orang. Lagi satu, awat dok cinta pada bangsa lain. Awat tak minat kat bangsa jin juga. Seandainya laa sahabat dapat kes macam ni, agak-agaknya apa yang sahabat akan lakukan. Tambah-tambah pulak kalau ruqyah pun depa ikut dan siap betulkan bacaan lagi. Silakan sahabat yang budiman.

TENTERA GHAIB

Image result for assalamualaikum image

Bercerita bab tentera ghoib pulak kali ni. Ramai lagi dok hanyut. Sikit-sikit tentera ghoib kononnya. Ramai lagi tak ambil ikhtibar pasal bekas ahli group ni yang kononnya menjaga negeri bersama tentera-tentera ghoibnya di  Kelantan dan mengarahkan tenteranya perangi ahli sihir ntah mana-mana di Brunei. Cukup-cukuplah dengan ilusi tu..

Yang hairannya apabila diminta untuk hantar tentera ghoibnya membelasah jin-jin yang mengganggu di sebuah sekolah di Negeri Sembilan haritu katanya tenteranya memerhatikan saja. Bukan sikit syeikh, 500 bilion katanya yang dihantar. Adoiiiii laa. Last sekali orang lain jugak dok bertungkus lumus. Tentera ntah kemana. Cukuplah dengan khayalan tu.. Sedar-sedarlah...

Sahabat pokcik telah mengikuti satu kem di Gunung Angsi atau Gunung Chamah, pokcik tak pasti. Setelah dia balik tu pokcik berpeluang berjumpa dengannya di Sunway PJ. Santaiiii laa kami bersembang sambil makan-makan. Dia mula menceritakan perihal dia menjadi raja di kerajaan Langkasuka seingat pokcik dengan tenteranya yang berjumlah beberapa bilion. Katanya ada juga sahabat lain menjadi raja di alam sana bagi kerajaan di Amerika. Tenteranya juga berbilion. Pokcik dengar sajalah.



Kemudian dia mula bercerita perihal sebuah tasik di tempat tinggalnya. Tasik tu menjadi tumpuan pada waktu petang bagi aktiviti riadah. Jogging laa kot no. Katanya dia dah beberapa kali kena usik. Seram dia nak lepak di situ lama-lama pada waktu petang. Haaa ni point pokcik pulak. Pokcik tanya dia, dah ada tentera berbilion tu dok buat apa. Awat tak arahkan depa karate saja hantu yang dok kacau tu.

Sahabat pokcik diam saja. Padahal katanya masa kem tu seorang peserta kena rasuk oleh raja di alam sana. Yang bodohnya depa sorang-sorang piii cium tangan raja tu katanya. Masa ni laa depa sorang-sorang dapat menjadi pemerintah di tempat yang pokcik katakan tadi. Entah jin mana merasuk pun tak tau laa. Boleh pulak sorang-sorang beratur piii cium tangan. Adoiiiiii. Ayat last pokcik pada sahabat pokcik tu, sudah-sudah laa. Gunakan akal. Tak dak apa pun depa bagi. Dapat emas selori tahan laa jugak. Nii hantu tasik dok usik dia pun tentera tu ntah dimana... Kembalilah sahabat ke alam nyata. Kembalilah..Wallahua'lam. Salam hormat.

KEYAKINAN DIRI

Image result for assalamualaikum image
Boring tak dak cerita maiii nak kongsikan laa noo mohong-mohong bab keyakinan diri. Payah noo nak yakin. Cakap senang laa aku yakin. Betoiiii kaa yakin. Orang kata baca basmallah pun orang boleh berjalan atas air. Betoiiii tu. Tapi kita pulak lagu mana. Setakat mana keyakinan kita. Try baca basmallah dan terjun ke dalam laut. Kebetulan pulak ikan jerung dah empat minggu tak makan. Dok nganga saja tunggu. Tak yakin kot noo. Seremmmm...

Bercerita bab keyakinan ni ada dua kisah laa yang pokcik nak kongsikan. Alkisah dulu ni pokcik langsung tak reti bab perubatan dan mistik ni. Satu hari seorang budak meracau. Adooiiii. Kebetulan pulak ayahnya tak dak di rumah. Nak panggil ustaz kaa perawat kaa nak cari mana dalam masa emergency lagu tu. Pening jugak noo. Nak hemboiihh mohong-mohong tak reti pulak. Laa ni pun sama. Tau laaa sikit-sikit daripada tak tau langsung. Hihi.

Budak tu meracau nak balik ke Bukit Goh. Tudia aih. Nak piii mana. Dia dah dalam rumah dia. Pokcik suruh mak dia piii cari laa jiran-jiran yang mana tau sikit-sikit. Nak cari mana dia kata. Semuanya kaum hawa. Orang lelaki semua pii kerja. Seingat pokcik masa tu dalam pukul 12.30 tengah hari. Entah laa. Pokcik pun pening. Last sekali pokcik kata piii laa masuk dalam rumah. Ambik laa lada hitam kot-kot ada. Hihi.

Kononnya nak jadi tok bomo mohong-mohong laa. Dah dia piii ambik, pokcik pun tekan piii laa kat ibu jari kaki dia. Baca piii laa apa yang tau. Takkan fatihah ngan ayatul kursi pun tak tahu. Betoiiii tak? Hihihi. Tak lama kemudian budak tu pun sedar. Alhamdulillah. Maka pokcik dapat satu pengajaran di situ. Yakin dengan kalam Allah. Lagi satu letakkan pengharapan pada Allah dan mintak sungguh-sungguh. Alhamdulillah selesai masalah tu. Budak tu masuk ke dalam rumah dan minta makanan. Lapar katanya. Lega hati pokcik. Alhamdulillah.

Satu lagi kisah di asrama. Pokcik pernah kongsikan dulu. Masa dok asrama ni kawan pokcik selalu tidur di bilik pokcik. Mula-mula ok laa. Ingatkan sesekali saja dia nak tumpang tidur. Haih main dengan tiap malam, rimas jugaklah. Last sekali pokcik tanya kat dia pasaiii apa dia dok tidur kat bilik pokcik pada tiap-tiap malam. Katanya dia tak boleh tidur di katilnya. Keras katanya. Dia juga ditindih tiap-tiap malam. Tudia aih....

Maii jugak fikiran jahat pokcik. Gay kaa dia ni. Dak kot. Nampak lagu jantan sejati saja. Hihi. Jadi nak dipendekkan cerita, pokcik pun kata malam ni pokcik pulak tidur kat tempat dia. Bukannya pokcik terer pun. Saja laa nak pastikan dia ni mohong kaa betoiii. Saja cari pasaiiii laa pokcik kali ni. Malam tu kami tidur pulak kat bilik dia. Seram sejuk juga pokcik tapi saja laa buat-buat berani. Kakakkakkaka.

Malam tu baru saja nak lelapkan mata tiba-tiba maiiii satu lembaga. Gelap dan besar betul. Rupanya tak jelas sebab hitam saja pokcik nampak. Maiii nak terkam pokcik. Pokcik rasa nak lemas juga sebab dia cuba tindih pokcik. Nak baca apa pun rasanya berterabur sebutan dalam keadaan lagu tu. Pokcik pun mula menyumpah dia. Macam-macam pokcik carutkan dia malam tu.


Alhamdulillah dia lari. Gamaknya kena ludah ngan pokcik kot. Huhuhu. Tak tau laa. Tapi apa yang pasti dia lari dan tak lagi mengganggu sahabat pokcik mulai malam tu. Pokcik tak tau laa nak cakap tu yakin kaa atau gila kaa. Redah lagu tu saja. Padahal pokcik bukannya tau sangat pun. Entahlah.. Tapi apa yang pasti, keyakinan diri perlu ada dan mintalah kepada Allah dengan penuh pengharapan kerana Allah mendengar setiap permintaan hambaNya.

Sekian sahaja perkongsian pada malam ni. Moga mendapat manfaat. Maaf juga andai ada terkasar bahasa dan kurang enak dijadikan halwa telinga. Moga berjumpa lagi andai Allah masih memanjangkan usia kita. Wallahua'lam. Salam hormat.

Monday 3 April 2017

HANTU RAYA

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah berjumpa lagi kita noo. Buat apa tah hari ni? Santai saja kot no. Ada yang bercadang nak piii menziarah sahabat kot noo. Tak paa laa, apa pun moga semua urusan kita pada hari ni dan akan datang berjalan dengan lancar hendaknya. Ingat petang ni nak lena sat tapi sempat laa taip mohong-mohong nak bagi mata mengantuk sikit.

Kali ni nak cerita bab hantu raya lagi. Haritu dah cerita tapi kali ni kisah lain pulak laa kot no. Minat sungguh orang Melayu kita bela hantu raya ni. Tak kira laa lelaki atau perempuan. Lelaki buat cara lelaki. Perempuan buat cara perempuan. Janji boleh bela laa. Orang kata hebat ooo sapa yang bela hantu raya ni. Orang lelaki gagah katanya. Tapi yang gagah buat kerja tu hantu tu laa. Tuan dia dok gulung rokok daun kat rumah. Santaiiii saja menghembus asap. Hihihi.

Kalau perempuan pula depa kata, setiap kata-kata depa orang pakat ikut. B katanya maka B laa. A katanya maka A laa. Pastu B pulak katanya maka B laa. Nak tambah lagi, kalau I katanya maka I laa. Jadi kalau ikut semua katanya maka BABI laa. Haaa elok sangat laa tu. Tak dan laa nak angkat kening macam Ziana Zain tu pasaiii semua katanya orang ikut terutamanya suami dia. Macam kena makan nasi tangas tu.. Kata orang laa. Pokcik xtau.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam pokcik menerima panggilan telefon daripada seorang hamba Allah. Dia bagitau keadaan maknya lain macam. Kesarupan laa orang seberang kata. Kita pulak panggil kena rasuk. Kebetulan pulak masa nak keluar tu ada dua orang sahabat pokcik dok lepak kat luar rumah. Alang-alang nak piiii, pokcik ajak depa sekali. Pada dok sembang saja, ada jugak kerja berfaedah pokcik nak bagi kat depa.

Depa setuju laa. Pokcik piii bertiga pada malam tu. Kawan pokcik ni tok bilal. Adiknya pula sering mengikut dia piii mana. Jadi ngam laa kami piii bertiga. Semangat sikit pokcik. Maklumlah selalu piii sorang saja dan kali ni pii bertiga. Dalam kereta pokcik pun kata laa, adiknya ditugaskan pegang si sakit kalau pesakit bangun nak lari. Si abangnya pokcik tugaskan untuk azan apabila pokcik bagi isyarat dan menganggukkan kepala.

Semuanya sudah bersedia. Tinggal kami nak jalankan tugas masing-masing sahaja. Sesampainya kami di sana kelihatan seorang perempuan tua sedang terbaring. Mulutnya dok terkumat kamit baca sesuatu. Entah baca apa pun tak tau. Seolah-olah dia memang sudah bersedia menanti kedatangan kami. Pokcik ambik kerusi lalu duduk di bahagian kakinya. Adik sahabat pokcik tadi dok standby kat bahagian kepala.

Kebetulan pulak pokcik bawak keris. Pokcik saja laa nak tengok ada apa kat dia. Biasanya kalau ada gangguan, sebaik sahaja diletakkan keris di hujung jari dia akan menarik kakinya. Betoiiii apa dijangka. Sebaik menyentuh sedikit sahaja dia mula menarik kainya. Mulutnya kumat kamit membaca sesuatu. Tangan kanannya diletakkan pada bahagian mulut. Macam nak lontar sesuatu dari dalam mulut kepada pokcik.

Keris tu pokcik simpan. Tadi saja laa nak scan mohong-mohong guna keris. Hihihi satgi kata syirik pulak. Bahaya bahaya. Baiklah pokcik teruskan. Hihihi pokcik piii makin dekat dengannya. Dia mula gelisah. Digaru-garu badannya yang tak gatal dan mengutip apa tah dan dia menyuapkan sesuatu ke dalam mulut seperti makan kutu. Perlakuannya sebiji macam seekor beruk.

Dia mula menyeringai. Mulutnya berdesis macam marah sangat. Sebelum memulakan ruqyah, pokcik angkatkan kepala sambil memberikan isyarat supaya sahabat pokcik tu azan. Sebaik sahaja pokcik memalingkan muka ke arah sahabat pokcik tadi, si sakit pun memalingkan muka serentak dengan pokcik sambil menyeringai. Terus dia melaungkan iqomat dengan yakinnya. Begitu yakin dia dan dengan penuh bergaya dia melaungkan iqomat.

Adoiiii parah. Pokcik pun buat isyarat sekali lagi. Adiknya memegang mulut gamaknya sebab nak tahan tak mau gelak. Tapi dalam kereta sebaik sahaja kami nak balik memang kami gelak macam nak rak. Kakakakakakkaka. Seronok jugaklah pada haritu. Pengalaman bersama-sama sahabat. Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pada hari tu.

Sehinggalah pada baru-baru ni dia mengaku sendiri bahawa dia telah membela tiga ekor hantu raya. Tu yang depa heran sebab di belakang rumah depa tu selalu kelihatan kera yang ntah dari mana datangnya. Jinak pulak tu. Takkan kera atau beruk tu jinak sangat sampai boleh kata siap boleh bagi makan atas tangan laa. Rupanya ada tuannya. Dan tuannya emak depa sendiri. Siapa sangka?


Baiklah, sekian sahaja perkongsian pada kali ni. Semoga berjumpa lagi. Maaf andai ada salah dan silap. Wallahua'lam. Salam hormat.

BUKAN BENTUK ASAL JIN

Image result for assalamualaikum image

Boring ni jadi pokcik taip piii laa kot no mohong-mohong. Kali ni nak cerita bab jin yang beranggota tubuh badan. Merepek apa pulak dah pokcik ni nooo. Kakakkakakka. Dak aih, sungguh laa tak mohong. Jin kalau dah berbentuk memang laa beranggota. Contohnya toyol, pocong, hantu raya dan sebagainya. Hantu raya siap ada lesung batu lagi. Bak kata kakak apa tah dalam surat khabar mana tah haritu. Kakakakkakkakakkakaka..


Pernah dulu seorang perawat perempuan merawat mak sedara org umah pokcik di rumah mak mertua pokcik. Selesai sahaja rawatan semuanya nampak kembali kepada normal. Betoiiii laa normal pada waktu siang. Hihihihi. Maiii saja malam hantu tu langgar merata. Habis dilanggar periuk dan pinggan mangkuk.
Adoiiiii perawat wanita tu maiii balik ambik. Mata tercabut katanya. Tu yang bertoh merata. Kakakakkakakkakkaa.

Habis cerita tu teringat pulak kes di Johor haritu. Sama jugak kesnya. Tapinya kali ni kes hantu tercabut tangan pulak. Macam-macam. Asalnya pokcik hemboiihh mohong-mohong sepupu orang rumah pokcik. Kata maknya, dia ada masalah perempuan. Period dan sebagainya. Dalam dok hemboiihh tu emaknya pulak dok tunggu kat belakang pokcik. Mmmmmmmm.

Masa nak tarik jin tu sempat lagi dia berpaut tangannya pada tangan mak sedara orang rumah pokcik tu. Asalnya dia tak mau bagitau. Masa tengah makan kat dapur tu baru pokcik tengok dia dok gelabah jaa. Macam tak selesa. Baru dia bagitau pokcik dia berasa ada tangan dok berjalan kat atas lengan dia. Turun naik sesuka hati.

Jadi satu kerja pulak dah laa. Tapi ok laa sebab hanya tangan dia saja yang tinggal. Hihihihi. Habis laa cerita bab anggota tubuh badan jin ni. Apa pun ni pengalaman pokcik. Kalau tak mau percaya pun tak paa aih. Hihihi. Sekian sahaja pada malam ni. Sambil dok kira bulu kambing biri-biri  ni sempat lagi pokcik taip mohong-mohong noo. Hihihi. Gurau saja.. Moga berjumpa lagi. Wallahua'lam. Salam hormat.

SIAPA YANG KENA

Image result for assalamualaikum image

Ni baru topik santai suam nyaman dan dingin. Kali ni bab bayaran. Pokcik buka topik tanpa menyebelahi mana-mana pihak sebab tak salah pun ambik bayaran. Kalau cerita bab ni pesakit pun dok tertanya-tanya, perawat pun dok nganga apa pulak pokcik nak cakap.

Dalam bab ni ada pro dan kontra perihal bayaran ni. Pesakit akan tertanya-tanya berapa laa nak kena pulak kali ni. Tu fikiran yang timbul seandainya dah banyak tempat ikhtiar dan banyak wang telah pun habis tapi masih belum diberikan kesembuhan oleh Allah. Macam pokcik cakap dulu, sebelum ikhtiar tanya habis-habis terutama bab bayaran ni sebelum terkena dan secara tidak langsung perawat yang agak berperikemanusiaan pun terpalit sama.

Pernah tak para pesakit fikir, berapa banyak pulak perawat kena? Hihihihi. Bagi kebanyakan perawat yang tidak mengambil mahar, pesakit pula mengambil kesempatan. Siap ada merajuk pulak kalau perawat berkenaan sibuk dan mempunyai kes yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Mula-mula betullah kes pesakit tersebut, contohnya sihir, saka atau gangguan. Itu ok laa...

Setelah, Alhamdulillah perawat berkenaan akan menjadi tumpuannya laa kalau ada apa-apa. Ok laa sebab percaya kat perawat berkenaan. Tetapi, masalahnya apabila kena gigit ngan semut api pun dia pm mintak ikhtiar. Merah kakinya apabila bangun pagi katanya. Hihihihi. Pening kepala pun pm perawat berkenaan pukul 2 pagi.. Yaa laa perawat tanpa cas ni dah jadi seperti doktor peribadinya. Wajib pulak kena ikhtiarkan apabila diminta tanpa kompromi.

Kalau bab melarat tu pokcik tak mau cakap apa laa. Mula-mula dia, suaminya, mertuanya, datuknya, kawannya, jirannya dan sebagainya. Wajib rawat apabila diminta. Tak kira laa perawat tu sibuk kaa apa kaa kena buat jugak. Apa pun itulah yang perlu kita fikirkan sama-sama tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak. Bagi pokcik sendiri, kesederhaan kunci bagi setiap perlakuan dan tindakan serta gaya kehidupan.

Jangan kata pokcik memyebelahi perawat yang ambil mahar pulak sebab pokcik sendiri tak pernah ambil apa-apa bayaran. Nak ambik apa tah kalau setakat hemboiihh mohong-mohong saja. Kakakkakaka. Moga berjumpa lagi. Renung-renungkan. Wallahua'lam. Salam hormat dan selamat malam.

SAKIT PINGGANG

Image result for assalamualaikum image

Kali ni bab sakit pinggang. Orang tua macam pokcik ni kalau sakit pinggang tu biasalah. Orang muda pun kalau kerja berat pada sebelah malam, esok paginya sakit pinggang tu biasalah. Sapa suruh kerja berat sangat malam-malam. Kakakkakkaka. Orang perempuan kebiasaannya akan mengalami sakit pinggang ketika period. Betoiii kaa? Pokcik tak tau laa sebab pokcik jantan. Hihi..

Dalam dok cerita bab penyakit fizikal yang biasanya berkaitan dengan urat ni, ada juga yang disebabkan oleh jin. Pulak dah.. Hahahaha. Ada dua kes yang pokcik jumpa melibatkan gangguan yang menyebabkan sakit pinggang. Satu kes saka dan satu kes gangguan jin asyik. Tak tau laa jin asyik dok buat apa kat dia sampai habis sakit pinggang. Takkan nak tanya detail kot no. Faham-faham sudah laa.. Hihi.

Dalam kes saka tu, dia bagitau arwah ayahnya juga mengalami sakit yang sana. Kemungkinan besar saka tu dah maiii kat dia pulak. Apa pun, kesemua sakit pinggang yang terzahir ni diikuti dengan mimpi. Pesakit akan mimpi hantu, jatuh tempat tinggi dan sebagainya. Yang kes saka tu, dia sering bermimpi beruk. Kakinya juga sering ditarik ketika dia sedang tidur. Hantu tu nak kejutkan nak buat apa tak tahu laa..

Yang sakit pinggang satu lagi tu juga sering bermimpi. Boleh kata tiap-tiap malam dia bermimpi ngeri. Kelibat yang dilihat di hujung katilnya tak payah nak cerita laa. Sering dia lihat lintasan dari ekor matanya. Pernah ketika dia mimpi kawannya sedar dan kejutkan dia. Alangkah terkejutnya kawan dia tu sebab ketika dikejutkan badan hamba Allah ni bersisik. Macam-macam no. Macam cerita dongeng pulak. Tapi itu yang sebenarnya berlaku.


Alhamdulillah setelah tiada gangguan, mimpi dan sakit pinggang tu pun turut sama tiada lagi. Entah jin tu buat apa kat bahagian pinggang pun pokcik tak tahu. Kebiasaannya kita dok dengar depa ni suka duduk dan menyerang bahagian sendi sahaja. Itu kebiasaannya laa. Ada kaa sahabat dalam ni pun dok berasa sakit pinggang selepas baca perkongsian pokcik ni. Hihihi. Kalau ada, bawak-bawak laa berubat. Mana laa tau kan... Hihihihi. Wallahua'lam. Salam hormat. 

AMALAN UMUM DAN AMALAN KHUSUS

Image result for assalamualaikum image

Alhamdulillah dipertemukan lagi oleh Allah. Kali ni nak bukak topik bab amalan umum dan amalan khusus. Tapi sebelum tu sajalah pokcik nak bukak minda kita bersama. Pokcik ada dihubungi oleh seorang hamba Allah. Katanya nak komen kaa nak like kaa status pokcik dia bermasalah. Entahlah apa masalahnya. Pelik juga pokcik apabila kita takut kepada makhluk lebih daripada Allah.

Kedua, ada sesetengah pesakit yang add kita semata-mata untuk mendapatkan rawatan dan bukannya merapatkan ukhwah. Kalau niat nak dapatkan rawatan pokcik kena fikir pulak mahar yang patut dikenakan sebagai ikhtiar. Berbeza pula dengan sahabat atau saudara. Sekiranya sahabat atau saudara kita boleh laa fikirkan tiada cas atau mahar yang dikenakan.



Pelik juga pokcik dengan sesetengah pesakit. Lepas sahaja ikhtiar terus senyap tanpa berita. Berbeza masa dia sakit, boleh pulak dok pm kita hari-hari. Namun begitu pokcik respect pada Putri Perang. Sakit kaa tak sakit kaa perangainya sama sahaja. Maksudnya tiada hipokrit dan suka berterus-terang. Mau tak pelik, komen tak apa tak kat status pokcik pastu pm minta ikhtiar. Siapa pulak tu? Pokcik tak kenal pulak.. Ada pulak mintak nombor telefon. Macam-macam karenah.

Baiklah, bab amalan umum dan khusus. Apabila disebut amalan umum bagi pokcik:
1. Amalan yang dilakukan oleh Nabi dan para aulia dan para ulamak . Membaca AlQuran, berpuasa, membaca tiga Qul dan sapukan ke seluruh anggota sebagai salah satu ikhtiar untuk pendinding diri.
2. Mengamalkan amalan para sahabat apabila menghadapi gangguan seperti membaca ayatul Qursi dan sebagainya.
3. Membaca zikir tanpa sebarang tujuan lain selain mendekatkan diri kepada Allah.
Maksudnya amalan ini boleh dilakukan dan dibuat oleh sesiapa sahaja.

Amalan khusus
1. Membaca apa sahaja ayat Quran bagi tujuan perubatan dan diajarkan oleh seorang guru kepada ahlinya. Bukan kepada orang awam. Maksudnya hak cipta bterpelihara.

2. Amalan ruqyah yang melibatkan penggabungan beberapa potong ayat quran bagi tujuan perubatan kecuali diijazahkan secara umum..

3. Amalan khas seperti jurus dan ilmu batin dalam sesuatu perguruan yang melibatkan bacaan dan pergerakan.

4. Apa-apa sahaja yang diijazahkan kepada ahli tidak boleh diajarkan kepada sesiapa tanpa tauliah dan izin guru.

5. Amalan zikir bagi mendapatkan kelebihan diri dan bukannya tujuan bagi mendekatkan diri kepada Allah semata-mata dan mendapatkan ganjaran pahala.. Wallahua'lam

Kesimpulannya, amalan umum ni boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja. Ia amalan yang dibuat semata-mata ingin mendapatkan ganjaran pahala, mendapatkan redha Allah dan mendekatkan lagi diri kepada Nya. Amalan khusus pula lebih kepada amalan untuk mencapai sesuatu tujuan. Sama ada dalam perubatan atau kelebihan untuk diri sendiri. Amalan khusus perlu berguru dan mendapat ijazah atau tauliah atau kebenaran daripada guru sebelum memgamalkannya. Wallahua'lam. Kalau ada salah dan silap boleh betulkan dan sekiranya ada penambahan dipersilakan.  Kita sama-sama belajar. Salam hormat semua.

ULAR HITAM BERMATA MERAH

Image result for assalamualaikum image
Baru lepas usahakan satu kes sihir... Tak habis-habis sihir kena kat orang Islam ye. Entahlah... Katanya dulu selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi dan tempat kotor. Dalam empat hari lepas katanya dua hari berturut-turut mimpi ular. Hari pertama ular hitam tu hanya melingkar sahaja. Ular tu tak apa-apakan dia cuma sekadar mengepungnya.

Malam kedua ular hitam bermata merah tu mula mengganas katanya. Ular tu dah mula memanggung kepala dan matanya yang merah menyala seakan terjegil kuar. Katanya dia hanya ingat nak mati dan berharap ia cuma mimpi. Alhamdulillah mimpi katanya. Terjaga laa dia dalam keadaan berpeluh-peluh di tengah malam.


Tadi dah tumbang katanya dah tak boleh bertahan. Pokcik scan mohong-mohong kesan sihir ada di setiap penjuru badan. Mula-mula macam biasa sahaja pokcik minta pesakit berkeadaan macam biasa. Ikhtiar juga satu pusingan. Pesakit jadi makin sakit. Bisanya mula menunjukkan kesan dan memperlihatkan di mana depa duduk.


Kali ni nampak liat sangat maka pokcik suruh dia jadi lebih kurang pocong laa.. Kakakkakakakakka. Alhamdulillah pesakit tak banyak cerewet. Dia ikut saja. Mungkin terlalu sakit dan tak sempat nak berfikir dah.. Gamaknya kalau sihat, mesti dia kata pokcik gila suruh kelubung habis. Kakakkakakkaka.

Apa pun alhamdulillah Allah permudahkan usaha kali kedua ini. Pokcik sendiri pun kena tingkatkan zikir. Dah tiga kali yang terkahir ni pokcik usahakan dua pusingan. Tak paa laa kurang-kurang pokcik dapat lebih bermuhasabah diri. Apa pun usaha dan niat ikhtiar kita perlu sentiasa dijaga agar Allah memudahkan segala urusan.. Aamiin. Wallahua'lam. Salam hormat..

SAKA MERTUA MENGGANGGU

Image result for assalamualaikum image

Baru lepas usahakan satu kes jarak jauh. Alhamdulillah Allah permudahkan walaupun pada mulanya ada juga tertinggal sedikit..





Apa yang menyedihkan pokcik ialah sikap sesetengah perawat yang mengambil keuntungan dengan gelaran yang baik yang digunakan olehnya..












Biasalah apabila melihat kita berpakaian elok dan letak nama elok maka ramailah yang akan minta kita ikhtiarkan.














Macam pokcik, dengar nama pun orang kata nama hantu dah.. Kakakkakaka. Kalau nak tahu, Gorgon tu nama hantu orang putih.. Hihihi.
















Tak kiralah merawat berdepan atau secara jauh, kesembuhan hak mutlak milik Allah. Kita hanya ikhtiar. Ikhtiar dahulu, ganjaran letak dibelakang.
















Kalau boleh jangan ingat langsung. Kakakkakkakakkaa.. Tak pe laa.. Yang penting jujur dalam perbuatan..















 Jujur dalam percakapan biarpun amat perit untuk ditelan.. Wallahua'lam. Salam hormat dan selamat malam.